musafir ilmu ~siri ke-2~
31/1/2009
Musafir ilmu diteruskan pula ke maqam-maqam sahabat-sahabat nabi di wadi urdun (Ghour Syamali)..perjalanan dimulakan dengan bacaan doa kemudian diikuti dengan bacaan mathurat. Semoga perjalanan dan diri dilindungi dari syaitan yang tidak pernah berputus asa melalaikan manusia. Sepanjang perjalanan disaji dengan pemandangan lading limau dan sayur-sayuran yang subur..teruja melihat limau-limau yang sudah masak di pokok-pokok. Terasa diri begitu hampir dengan Palestin yang dijajah (kini Israel) kerana border antara dua Negara ini amat jelas kelihatan….terlalu dekat tapi jauh..hanya doa yang dapat disumbangkan.semoga Palestin akan dimiliki semula…amen.
Maqam pertama yang dituju ialah maqam Saidina Muaz bin Jabal dan puteranya Abdul Rahman Muaz b. Jabal..Saidina Muaz memeluk islam ketika umurnya berusia 18 tahun. Beliau memiliki wajah yang kacak, pemurah, berambut kerinting dan merupakan seorang pemuda yang bijak. Dan nabi Muhammad pernah berkata “orang yang paling mengetahui halal dan haram di kalangan umatku adalalah Muaz ibn Jabal”. Beliau juga termasuk antara 6 orang sahabat yang megumpulkan al-quran di zaman Rasulullah. Beliau meninggal ketika berusia 38 tahun akibat jangkitan wabak taun amwas. semoga ALLAH mengurniakan kami kefaqihan dalam ilmu halal dan haram...
Kemudian kami ke maqam Saidina Amir b. Abi Waqas..maqamnya terletak diperkampungan al-waqas yang dijaga rapi oleh kerajaan Jordan. beliau terkenal dengan tahap kesabaran, keberanian yang cukup tinggi dan tetap pendirian.. buktinya apabila ibunya dapat tahu akan keIslamannya, Ibunya bersumpah akan duduk di bawah terik matahari sehingga beliau kembali kepada ajaran asalnya. Namun beliau tetap dengan pendiriannya.
Maqam ke-3 yang diziarahi ialah maqam Saidina Abu Ubaidah b. Al-Jarrah r.a..beliau adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad yang terawal memeluk islam..antara hadith nabi yang membuktikan kelebihan Syaidina Abu Ubaidah adalah:
1) Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah.
2) Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana adalah Abu Bakar, Uthman b. Affan dan Abu Ubaidah Al-Jarrah
Beliau adalah seorang insan yang amat zuhud, rumahnya hanya ada sebiji mangkuk dan sehelai tikar..untuk digunakan sebagai bekas mengambil wudu’ dan bersolat..beliau layak menerima zakat tapi ditolaknya kerana sifat tawadu’ menguasai dirinya…cukuplah kebahagian dinegeri yang abadi sana sebagai balasan..sungguh hebat dan mulai hatimu…Beliau meninggal dunia kerana jangkitan wabak taun Amwas ketika berusia 58 tahun sebelum sempat memegang jawatan khalifah selepas Umar. Nama beliau telah dicalonkan sendiri oleh khalifah Umar.
Perjalanan diteruskan ke maqam Saidina Dhirar b. Al-Azwar. Beliau adalah seorang penunggang kuda yang hebat dan handal bermain pedang. Kisahnya mahsyur bersama adiknya Khaulah Al-Azwar..seorang srikandi islam yang begitu hebat di waktu itu. Berusaha berhabis-habisan untuk menyelamatkan abang yang dicintai sepenuh jiwa yang menjadi tawanan pihak musuh dalam peperangan yarmouk..Khaulah berpakaian seperti seorang tentera muslimin sehingga tiada siapa yang mengenalinya..hebatnya kecintaan seorang adik yang telah diajar segala ilmu peperangan oleh seorang abang dan beliau berjuang tanpa rasa gentar demi abangnya dan juga untuk agama islam tercinta…Subhanallah.Saidina Dhirar juga terkena jangkitan taun amwas sehingga beliau meninggal.
Kemudian kami terus ke masjid untuk solat. Di masjid itu juga terletaknya maqam sahabat nabi iaitu Syaidina Syurahbil B. Hassanah r.a…beliau terkenal dengan ketaqwaan, keberanian, kecerdikan dan berlaku adil untuk memutuskan sesuatu hukum. Antara peperangan terbesar yang disertai oleh beliau ialah peperangan yarmouk dan peperangan pembukaan Baitul Maqdis. Beliau juga wafat akibat terkena jangkitan taun amwas…
setiap kali ke maqam-maqam sahabat dan nabi-nabi, hati akan terasa sebak dengan pengorbanan mereka…dan akan terasa sayu untuk meninggalkan kerana tidak tahu apakah aka n ada kunjungan buat kali ke-2 da seterusnya…semoga diberi kesempatan seperti itu…wallahua’lam.
Perjalanan diserikan dengan cerita dan tazkirah yang disampaikan oleh adik fakhrul..memang best sampai semua lentok…huhuhuhu…maaf dik ea..ammu zaid menunaikan janji yang telah dipatri…membawa kami ke laut mati…turun ke tepi laut dengan membawa makanan…lepas menjamu selera barulah turun ke gigi air..cuba merasa kemasinan airnya…YA ALLAH..memang masin hingga menjadi pahit..dahsyat sungguh azab ALLAH..merenung ke tengah lautan sambil bermuhasabah diri sendiri dengan nikmat dan azab ALLAH…Astghrafillahulazim..
Akhirnya rancangan yang main-main menjadi kenyataan apabila ust menunaikannya…huhuhu…pi main bowling kat Mukhtar Mall…ust pun join gak…memang best sangat-sangat..riuh-rendah la…biasala kalau da main memang tak ingat la…tak tahula mana yang lagi banyak.. straight ke longkang…huhuhuhu…kami balik menaiki cooster sebabnya ammu zaid da balik..penat melayan kerenah kami…penuh 1 cooster tu dengan kami aje..memang seronok sangat..yela, ust yang belanja..memang la seronok..huhuhu..syukran ust…jasamu dikenang..
balik je apalagi semua la melepek je kat atas sofa..lepas je makan, solat semua tidur, penat sangat…….semoga mimipi-mimpi indah menemani tidurmu...zzzzzz
01/02/2009
Hari ke- 4.. Kami meneruskan lagi pengembaraan.. Pengembaraan pada pagi ni agak jauh, lebih kurang 2 jam perjalanan…kami menuju ke Azraq, di negeri Zarqa’. Ada 3 qusur di sana yang hendak di tuju..
Kami tiba Qasr Al-Azraq lebih kurang 10.45 pagi..Kubu ini yang dibina daripada batu-batu dari Byzantine. Subhanallah, memang hebat senibina orang zaman dahulu kala…sebelah pintu sahaja beratnya 1 tan..memang agak susah untuk kami membukanya..tapi bila da ramai-ramai pakat tolak..alhamdulillah..akhirnya Berjaya..kami memerlukan hampir 10 orang untuk menggerakkan 1 pintu..tetapi penjaga qusur ini hanya memerlukan 1 jari untuk membukanya..cukup berbeza kekuatan orang-orang melayu dengan orang-orang arab...kubu ini dibina tanpa penggunaan simen…Cuma menggunakan tanah liat sahaja, tapi ianya masih boleh berdiri megah hingga ke hari ini..
Kami dibawa naik ke bilik Thomas Steward Lawrance…beliau adalah salah seorang pesuruhjaya British ketika pemberontakan Arab menentang kerajaan Turki Uthmaniah pada 1 ketika dahulu... berjaya menjadi lagenda kerana memihak kepada bangsa Arab dan digelar “Lawrence of Arabia”..
Hampir jam 12 tengah hari kami tiba di Qasr Amrah… Tempat ni khas untuk mandian pada masa dahulu... Kat luar bangunan bilik mandian, ada kincir air. Hebat sungguh..takjub dengan kepakaran yang ALLAH kurniakan kepada mereka..Dalam bangunan mandian, banyak ukiran-ukiran di dinding, yang seolah-olah menceritakan kepada pengunjung tentang kehidupan di masa lalu.. cara memburu binatang, cara menangkap ikan…. Pintu-pintu bilik kat sini kecik aje, sampai ade yang masuk dengan membongkokkan badan…huhuhu (tu la tinggi sangat) ianya bertujuan untuk mengekalkan suhu-suhu bilik, lebih-lebih lagi dimusim sejuk..
Lepas tu..perjalanan diteruskan ke Qasr Al-Haranah…sini pulak tempat untuk bermalam aje..memang terdapat banyak bilik disini....ade je pintu yang menyambungkan bangunan 4 segi ini..memang unik..masing-masing sakan bergambar kerana terlalu teruja dengan seni binaanya…lepas je bergambar semua berlari melawan tiupan angin sejuk yang sangat kuat untuk menuju ke tempat bas kerana masing-masing tidak sabar untuk menuju ke Ashabul Kahfi….
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Ashabul Kahfi sebelum pintu ditutup.. tempat 7 orang yang telah ditidurkan Allah selama 309 tahun.ini juga merupakan bukti kita sebagai manusia akan dibangkitkan kembali oleh Allah, dengan jasad dan rohnya sekali! Kisah ini diceritakan di dalam Surah al-Kahfi : ayat 9-26. akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke sini..tempat yang selama ini hanya didengar dan diketahui kewujudannya..tempat yang amat dekat dihati..subhanallah..aku bersyukur atas nikmat usia dan kesempatan yang telah KAU berikan...
Kisah Ashabul Kahfi ni juga adalah bukti kepintaran Saidina Ali..apabila datang 3 orang pendeta Yahudi menemui Saidina Umar dan bertanyakan pelbagai soalan..jika segala pertanyaan dijawab dengan tepat..mereka berjanji akan memeluk agama ISLAM... Antaran soalan yang ditanya..
1) Sebutkan 5 benda yang hidup tanpa ibu bapa..
2) Apakah dia kubur yang berjalan..
3) Apakah makhluk yang dapat bagi peringatan tapi dia bukan manusia, atau jin.
Ada lagi soalan lain..tapi terlupa (kalau ada sesipa yang tahu boleh maklumkan kepda sya ye..) Saidina Umar adalah seorang yang amat jujur..buktinya..segala persoalan itu tidak diketahui akan jawapannya..maka tanpa rasa malu beliau menjawab..‘AKU TIDAK TAHU’...
Bersamanya ketika itu ialah Salman al-Farisi, beliau terus lari mendapatkan Saidina Ali. “ wahai Saidina…Selamatkan agama kita..”. maka saidina Ali terus ke rumah saidina Umar untuk menjawab segala persoalan pendeta tersebut..
ALHAMDULILLAH..segala jawapan yang dimahukan ada bersama saidina Ali..jawapan pada persoalan…
1) Adam, Hawa, unta Nabi Soleh
2) Apabila nabi Yunus ditelan ikan nun dan dibawa mengelilingi 7 lautan..
3) Semut Nabi Sulaiman yang mampu bagi peringatan.
Apabila mendengar semua jawapan..2 orang pendata terus mengucap syahadah, tapi ada seorang yang masih tidak berpuas hati. Kemudian Saidina Ali diminta menceritakan perihal Ashabul Kahfi. Memang terbukti kecerdikan dan kebijaksanaan Saidina Ali, kerana beliau menerangkan apa yang dirasakan terlalu remeh untuk diketahui.. contohnya kebesaran istana, susunan kerusi dan peralatan dalam istana, berapa permata yang ada di mahkota raja..memang best kisahnya.. Rupa-rupanya 6 pemuda dari 7 Ashabul kahfi ini adalah pembesar Raja Diqyanus…dalam kalangan pembesar dan cerdik pandai pada zaman itu..mereka ni adalah pembesar yang sangat taat pada raja, ini kerana raja Diqyanus tu tak pernah menghadapi masalah kesihatan pun,,,tetapi apabila raja Diqyanus dapat berita yang salah 1 daripada tanah jajahannya telah dirampas…die pun jatuh dari tahtanya kerana teramat sedih..terus 6 pembesar tu terfikir; yang mana mesti ada 1 kuasa lain yang lebih hebat dan tinggi dari raja mereka.(ALLAH)
Setelah kata putus diambil..mereka pun melarikan diri dari istana tersebut..tiba-tiba mereka terjumpa seorang pengembala kambing dan menceritan apa yang terjadi dan mereka mahu mencari kebenaran wujudnya TUHAN selain raja Diqyanus.. pengembala itu pun menyertai 6 pembesar tadi..diriwayatkan itulah Ashabul Kahfi yang ke-7..walluhua’lam. Pengembala tadi membawa anjing bersama mereka.walaupun pada mulanya 6 pembesar tersebut tidak bersetuju…tapi apabila dengan tiba-tiba anjing tu berkata “aku akan jadi pelindung kamu disepanjang perjalanan ini”.itulah yang dipercayai qithmir yang mulia..satu-satunya anjing didunia ini yang akan masuk ke syurga ALLAH..
akibat keletihan mereka berhenti rehat di dalam sebuah gua, akhirnya semua tertidur keletihan…disangkanya tidur sehari atau setengah hari..tapi rupa-rupanya 309 tahun lamanya mereka ditidurkan..HEBAT sungguh perancangan ALLAH..
Oleh kerana kelaparan salah seorang pembesar yang bernama Tamlikha keluar untuk membeli makanan. Keadaan menjadi asing padanya apabila kalimah LAILAHA ILLALLAH dan penduduk disitu semuanya berpakaian sopan seperti muslim...rupa-rupanya agama Islam telah tersebar di negara itu...keadaan bertambah pelik apabila penjual roti bertanyakan soalan yang bukan-bukan..ini kerana duit yang digunakan olehnya adalah duit zaman dulu..penjual tersebut membawanya meghadap raja kerana dikatakan menjumpai dan menyorokkan harta karun..Akhirnya kebenaran tetap di pihak yang benar.. dan semua orang percaya, 7 pemuda yang telah ditidurkan ALLAH sudah dibangunkan kembali..
Raja dan pembesar ke gua tersebut..Tapi Tamlikha meminta mereka menunggu sebentar di luar kerana bimbang akan mengejutkan sahabat-sahabatnya yang lain pula.. Tamlikha dan 6 yang lain terus memohon doa pada Allah supaya tidurkan dan dighaibkan mereka semua dari pandangan manusia demi kemaslahatan semua pihak..…permintaan mereka telah dikabulkan dan mereka akan dibangkitkan untuk bersama-sama dengan perjuangan Imam Mahdi kelak..wallua’lam..
Destinasi terakhir hari ini menziarah ke maqam Saidina Bilal bin Rabah..tapi ianya bukanlah doreh... Dikatakan di sinilah salah 1 daripada 2 tempat yang Saidina Bilal melaungkan azan selepas kewafatan Rasulullah. Ini kerana kesedihan yang teramat sangat dengan kewafatan kekasih ALLAH itu…dan Saidina Bilal berazam tidak ada lagi azan dari suaranya selepas kewafatan Rasulullah. Disebabkan kelantangan dan kemerduan suara Saidina Bilal, azan tersebut mampu didengari sehingga ke al-Quds…segalanya atas kehendak dan kurnian ALLAH...
Mesti kawan-kawan tahu kan dari mana datangnya gelaran bilal yang masih digunakan pada hari ini bagi muazzin di masjid-masjid dan surau-surau...tentunya dari nama Saidina Bilal b. Rabah ini sendiri…
Alhamdulillah. .pengembaraan pada hari ini berakhir dengan selamat dan tiada sebarang masalah..…ASYKURUKA YA RABB..
Selamat malam semua..huhuhu
0 ulasan:
Catat Ulasan