~BINGKISAN HATIKU~

"sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cintaku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu terus saja menuliskan..
kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta, akal terbaring tidak berdaya, bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur..
cinta sendiri yang mengubah CINTA"
~عندما يسبيح الحب~

Rabu, 3 Jun 2009

~ transaksi dalam ekonomi islam ~

alhamdulillah...akhirnya sempurna sudah perkampungan kami selama 2 hari 1 malam...memang amat memenatkan, tapi kebahagian dan keceriaan terpamer di wajah semua yang terlibat..ini merupakan proses permulaan bagi kami untuk merealisasikan misi ini, selepas ini banyak lagi yang akan kami tempuhi..sudah pastinya kami akan menerima komen-komen dan kritikan membina dari orang-orang yang akan menjalankan tanggungjawab penyuntingan bagi artikel-artikel kami...tapi kritikan yang bakal menjelma itu amatlah dihargai...

sedikit perkongsian ilmu yang akan dimasukkan kali ini berkisar tentang transaksi dalan ekonkmi islam..semoga ianya dapat memantapkan lagi ilmu yang sedia ada pada diri pembaca...dan juga 1 pertambahan ilmu kepada pembaca-pembaca yang masih belum mengetahuinya..selamat membaca dan memahami....



TRANSAKSI DALAM EKONOMI ISLAM:

1) Bank syariah: Merupakan satu institusi kewangan yang menjalankan operasi mengikut prinsip-prinsip syariah.


2) Mudharabah: Satu bentuk kerjasama antara dua pihak dimana pemilik modal menyumbangkan modal kepada orang yang melakukan kerja dengan persepakatan pembahagian untung. Kerugian pula ditanggung oleh pemilik modal.


3) Musyarakah: Satu perjanjian usaha sama antara dua pihak untuk melakukan atau terlibat dalam aktiviti perniagaan atau projek tertentu dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Modal dikeluarkan oleh kedua-dua pihak. Pembahagian untung dan rugi mengikut kadar yang telah disepakati oleh kedua belah pihak.



4) Murabahah: Satu transaksi antara dua pihak di mana kedua-duanya bersetuju pada suatu paras harga yang meliputi harga kos barangan dan juga keuntungan yang diambil.



5) Ijarah: Kontrak untuk mendapatkan khidmat atau manfaat tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu.




6) Wadiah: Barang atau simpanan yang diserahkan kepada seseorang atau bank untuk menjaganya. Ianya boleh dikeluarkan atau diambil pada bila-bila masa yang penyimpan kehendaki.



7) Ar-rahnu: Meletakkan harta benda sebagai jaminan atas hutang. Maksudnya, menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak berkemampuan untuk membayar hutang itu nanti.



8) Ujrah: Perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan kerja sebagai satu ganjaran atau upah atas apa yang dikerjakannya.




9) Qard Hassan: Pinjaman tanpa faedah. Ia merupakan pinjaman kebajikan dimana peminjam hanya perlu membayar sejumlah wang yang dipinjamnya.




10) Hiwalah: Bermaksud pemindahan. Merujuk kepada proses pemindahan wang atau hutang daripada satu pihak ke pihak yang lain atau dari satu akaun ke akaun yang lain dan bank dapat mendapat bayaran kerana perkhidmatan yang diberikannya.

11) Bai’ salam: Transaksi jual beli yang mana perjanjian dibuat antara dua pihak (pembeli dan penjual). Dalam perjanjian ini pembeli bersetuju membeli dengan membayar secara tunai barangan yang akan dihantar pada kemudian hari. Bahasa mudahnya, bayar dahulu tapi barang atau perkhidmatan belum diperolehi.




12) Bai’ bithaman ajil: Jualan bayaran tertangguh (tertunda). Jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan di tangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang di tetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.




13) Bai’ musawamah: Transaksinya sama seperti mudarabah. Tetapi pembeli tidak mengetahui harga kos barangan yang dibeli dan penjual sememangnya tidak berniat untuk memberitahu pembeli.




14) Kafalah: Jaminan yang diberikan oleh seseorang kepada tuan punya barangan yang meletakkan barangan itu kepada pihak ketiga. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, penjamin yang akan menanggung segalanya.




15) Wakalah: Seseorang wakil yang merujuk kepada keadaan di mana seseorang melantik orang lain untuk mewakilinya di dalam sesuatu urusan.




16) Tawarruq: Prinsip ini melibatkan dua peringkat urusniaga yang mana melibatkan belian secara kredit antara pembeli dengan penjual asal barangan. Kemudian pembeli akan menjual semula barangan tersebut secara tunai kepada pihak ketiga.




17) Sarf: Merupakan kontrak tukaran wang iaitu tukaran daripada satu matawang kepada matawang yang lain. Samada dari jenis yang sama atau kepada jenis yang berlainan. Tetapi ada diantara mazhab yang tidak membenarkan tukaran wang sekiranya melibatkan urusan kontrak di masa hadapan.




18) Istisna’: Prinsip jual beli yang mana perjanjian dibuat antara pembeli dan penjual yang bersetuju membeli sesuatu barangan sebelum barangan itu berada di pasaran. Pembeli barangan boleh membayar samada pada awal kontrak ataupun apabila barangan yang dipesan sudah siap untuk dihantar. Kontrak ini tidak boleh ditamatkan sewaktu proses pembuatan.





19) Bai’ al-dayn: Pembiyaan hutang. Dalam prinsip ini, pembiayaan dibuat berdasarkan jual beli dokumen-dokumen perdagangan dan pembiyaan digunakan untuk membiayai keprluan kewangan bagi tujuan pengeluaran, perdagangan dan perkhidmatan.




20) Bai’ istijar: Prinsip ini merupakan transaksi jual beli dimana perjanjian dibuat oleh pihak pembeli dan penjual yang mana bersetuju membeli kaedah yang berterusan dan tidak aka nada lagi proses tawar-menawar antara pembeli dan penjual setelah perjanjian awal disempurnakan.




p/s: jika terdapat kesalahan boleh la bagi teguran ye..ade lagi yang tidak dimasukkan..apa-apa pun..terima kasih atas kunjungan anda.


0 ulasan:

*cinta sejati menyembuhkan bukan menyakitkan..
yang terpendam, hapuskanlah..jangan membarah, yang ditangisi, lupakanlah... jangan dikenang,
yang dikesali, maafkanlah.. jangan difikir lagi,
kunci bahagia RUMAH kita..
pendamlah keimanan & ingatan manis,
kenangilah tangisan syukur,
semoga cinta terus dalam REDHA ILLAHI*

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP