~BINGKISAN HATIKU~

"sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cintaku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu terus saja menuliskan..
kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta, akal terbaring tidak berdaya, bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur..
cinta sendiri yang mengubah CINTA"
~عندما يسبيح الحب~

Rabu, 17 Jun 2009

~congratulation to all my senpai~

bismillahirahmanirrahim...

pasti tarikh keramat 17 june 2009 akan bersemadi dalam ingatan kalian semua.tarikh yang amat bermakna untuk dikongsi bersama keluarga tersayang nun jauh di tanah air tercinta...alhamdulillah..selesai sudah majlis konvokesyen bagi senpai-senpai tersayang...walaupun sesak dibanjiri ribuan manusia..adik-adikmu sanggup meredah dan berasak-asak dengan orang-orang arab..hanya kerana kalian semua..jangan sedih-sedih..walaupun tiada keluarga di sisi, tapi kami adik-adik kalian tetap datang sebagai wakil keluarga kalian....TAHNIAH!!!MABRUK!!!!CONGRATULATIONS to all of you!!!semoga segala penat-lelah dan jerih payah kalian berjuang selama ini terbayar..tinggal lagi 38 hari bagi kalian menghabiskan sisa kehidupan di bumi jordan ini..


gambar dibawah adalah dedikasi istimewa buat tatapan kalian semua...bagi yang berkeinginan untuk melihat video yang dirakamkan sewaktu senpai semua mengambil sijil di atas pentas..boleh minta terus dengan sya..tidak di paparkan dalam ruangan ini kerana ianya hanya teristimewa buat senpai-senpai sekalian...tapi mungkin video tu bergegar sebabnya berasak-asak dan tersepit dengan mak cik arab, terpenyek sekejap, tapi tidak mengapa...demi senpai-senpai semua segalanya boleh....huhu..doakan adik-adik kalian yang bakal bergelar senpai ini akan berjaya seperti kalian atau lebih cemerlang dari kalian...sebelum balik nanti boleh la belanja adik-adik kalian yang bakal ditinggalkan ye....apa-apa pun kami semua menyanyangi senpai semua.. dedikasi untuk senpai tersayang..


senpai IKIP-YARMOUK GEN 1


berdiri belakang: zhafirrul tahrizie, mohd saufi, muhamad al amran, syed syarif qusyairi, mohd hassan, mohd syihabudin, mohamad fadhil, ahmad farhan, muhammad syafiq, mohd fais


berdiri tengah: hidayah, nurul anis, wan hafizah, farah najiha, nur fatihah, fareha, masitah fatahiyah, nurizzati, maniszah, nurul adilah, nor suhaila

berdiri hadapan: nor badariah, ain fadzreen, nurdiana, khairunnisa, siti robeah, nurul firdaus, nurul nadiah, siti farhana, sofila, normala emiza



tiada dalam gambar: mohd aizuddin, siti noor bahiyaah, nurul aiman







semua graduate yarmouk 09 bersama Dr Omari dekan fakulti syariah









senpai IKIP-YARMOUK GEN 1







semua graduate (JAIS, YAYASAN PAHANG & SINGAPURA)






senpai & bakal senpai bergabung...tapi tak cukup pun..





senpai IKIP-YARMOUK


bayt RAUNAQ



PLAZA HOME 3

bayt ANDALEEP


bayt IBTISAM




senpai JAIS


p/s: doakan seorang adik kalian yang pengsan selepas konvo kalian tadi cepat sihat ye..

kepada senpai-senpai IKIP-YARMOUK...jangan lupa...nak tengok video mintak ye..



bagi yang tersalah ejaan nama boleh beritahu sya untuk pembetulan ye..


Khamis, 11 Jun 2009

~ selamatkanlah perjalanan mereka YA ALLAH ~

bismillahirrahmanirrahim...

apabila dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa sahabat-sahabat di bumi Mesir..fikiran asyik teringat kepada sahabat-sahabat yang sedang menunaikan umrah...tambahan pula 8 beradik kami juga disana...semoga ALLAH permudahkan segala urusan kalian disana, permudahkan segala ibadah yang kalian laksanakan...dan semoga kalian juga selamat pulang ke pangkuan keluarga kecil kalian disini...kami disini, tidak putus-putus dan jemu mendoakan keselamatan kalian tidak kira dimana kalian berada..juga tidak dilupakan buat 2 beradik perempuan lagi yang kini sedang bermusafir ke rumah ibu saudara di UK..moga permusafiran kalian dalam jagaan-NYA..kami di sini merindui kalian dan berdoa segala yang terbaik buat kalian..kadang-kadang perpisahan itu mengajar erti sebuah kerinduan..ya..itulah yang kami rasai sekarang..semoga ukhwah antara kita semua akan terus berkekalan dan semakin mantap untuk terus berjuang dalam bidang kita..akhir kalam..kami menantikan kepulangan kalian semua..semoga diberi kesempatan untuk kita berjumpa lagi...salam ukwah buat kalian...

GEN 2 IKIP-YARMOUK

CLASS OF 2006-2010

~hanya doa mampu kami kirimkan~

Asalamualaikum w.b.t.

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN Mesir


sampai ke hari ini inbox email dan ym penuh dengan berita-berita dari bumi cairo..terasa sebak di dada membacanya..semoga segalanya dipermudahkan..secara jujurnya sya memang tidak mengenalinya..tapi apa yang dibaca mengenainya membuktikan arwah sangat istimewa di hati sahabat-sahabatnya..

terasa terpanggil untuk mengepost ke halaman blog ini walaupun diri tidak mengenali mangsa-mangsa..tapi mungkin kerana keadaan kita yang sama, berjauhan dengan keluarga tersayang menambatkan dan mengukuhkan lagi hati-hati kita yang diperantauan ini untuk bersatu..walau kita berbeza pandangan, berbeza bidang yang dituntut, berbeza negeri, berbeza loghat, berbeza perangai, berbeza negara yang dirantau..tapi ada perkara yang tidak membezakan kita...kita adalah saudara seakidah, saudara hidup & mati dan kita juga adalah anak-anak dari bumi bertuah..MALAYSIA..

tersentuh hati apabila terlihat status ym seorang sahabat KIBA-MARA di Mesir sekarang.."tiada lagi gelak tawamu yang menyerikan bayt ini, pemergianmu amat dirasai...al-fatihah"..mungkin beliau lebih merasai kehilangan ahli bayt yang seorang itu..mana mungkin segala suka dan duka sahabat yang tinggal serumah boleh terhapus dalam sekelip mata..moga kalian semua tabah..kami disini turut merasainya..lebih-lebih lagi sahabat-sahabat tahun 3 JUST yang turut mengenali semua mangsa..

mari sama-sama kita doakan semoga ALLAH permudahkan segala urusan penghantaran dan pengkebumian arwah di Malaysia...juga mohon didoakan sahabat-sahabat kita yang masih di dalam keadaan kurang stabil akan terlepas dari segala kemungkinan yang buruk bagi diri mereka...kepada 2 orang lagi sahabat yang tidak mengalami kecederaan fizikal yang teruk, tapi sya yakin..dikala ini, mesti kecederaan mental yang amat teruk menghuni diri kalian..banyakkan berdoa dan terus mengadu dengan-NYA..ini qadha' & qadar yang perlu ditempuhi..mungkin ianya terkandung berjuta-juta hikmah yang masih tersembunyi..moga kalian terus tabah menghadapi ujian yang ALLAH timpakan ini..

mari sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah..semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada' dan solihin..takziah diucapkan buat keluarga dan sahabat handai Allahyarham..

{ doa adalah senjata orang-orang mu'min }

Rabu, 3 Jun 2009

~ transaksi dalam ekonomi islam ~

alhamdulillah...akhirnya sempurna sudah perkampungan kami selama 2 hari 1 malam...memang amat memenatkan, tapi kebahagian dan keceriaan terpamer di wajah semua yang terlibat..ini merupakan proses permulaan bagi kami untuk merealisasikan misi ini, selepas ini banyak lagi yang akan kami tempuhi..sudah pastinya kami akan menerima komen-komen dan kritikan membina dari orang-orang yang akan menjalankan tanggungjawab penyuntingan bagi artikel-artikel kami...tapi kritikan yang bakal menjelma itu amatlah dihargai...

sedikit perkongsian ilmu yang akan dimasukkan kali ini berkisar tentang transaksi dalan ekonkmi islam..semoga ianya dapat memantapkan lagi ilmu yang sedia ada pada diri pembaca...dan juga 1 pertambahan ilmu kepada pembaca-pembaca yang masih belum mengetahuinya..selamat membaca dan memahami....



TRANSAKSI DALAM EKONOMI ISLAM:

1) Bank syariah: Merupakan satu institusi kewangan yang menjalankan operasi mengikut prinsip-prinsip syariah.


2) Mudharabah: Satu bentuk kerjasama antara dua pihak dimana pemilik modal menyumbangkan modal kepada orang yang melakukan kerja dengan persepakatan pembahagian untung. Kerugian pula ditanggung oleh pemilik modal.


3) Musyarakah: Satu perjanjian usaha sama antara dua pihak untuk melakukan atau terlibat dalam aktiviti perniagaan atau projek tertentu dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Modal dikeluarkan oleh kedua-dua pihak. Pembahagian untung dan rugi mengikut kadar yang telah disepakati oleh kedua belah pihak.



4) Murabahah: Satu transaksi antara dua pihak di mana kedua-duanya bersetuju pada suatu paras harga yang meliputi harga kos barangan dan juga keuntungan yang diambil.



5) Ijarah: Kontrak untuk mendapatkan khidmat atau manfaat tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu.




6) Wadiah: Barang atau simpanan yang diserahkan kepada seseorang atau bank untuk menjaganya. Ianya boleh dikeluarkan atau diambil pada bila-bila masa yang penyimpan kehendaki.



7) Ar-rahnu: Meletakkan harta benda sebagai jaminan atas hutang. Maksudnya, menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak berkemampuan untuk membayar hutang itu nanti.



8) Ujrah: Perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan kerja sebagai satu ganjaran atau upah atas apa yang dikerjakannya.




9) Qard Hassan: Pinjaman tanpa faedah. Ia merupakan pinjaman kebajikan dimana peminjam hanya perlu membayar sejumlah wang yang dipinjamnya.




10) Hiwalah: Bermaksud pemindahan. Merujuk kepada proses pemindahan wang atau hutang daripada satu pihak ke pihak yang lain atau dari satu akaun ke akaun yang lain dan bank dapat mendapat bayaran kerana perkhidmatan yang diberikannya.

11) Bai’ salam: Transaksi jual beli yang mana perjanjian dibuat antara dua pihak (pembeli dan penjual). Dalam perjanjian ini pembeli bersetuju membeli dengan membayar secara tunai barangan yang akan dihantar pada kemudian hari. Bahasa mudahnya, bayar dahulu tapi barang atau perkhidmatan belum diperolehi.




12) Bai’ bithaman ajil: Jualan bayaran tertangguh (tertunda). Jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan di tangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang di tetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.




13) Bai’ musawamah: Transaksinya sama seperti mudarabah. Tetapi pembeli tidak mengetahui harga kos barangan yang dibeli dan penjual sememangnya tidak berniat untuk memberitahu pembeli.




14) Kafalah: Jaminan yang diberikan oleh seseorang kepada tuan punya barangan yang meletakkan barangan itu kepada pihak ketiga. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, penjamin yang akan menanggung segalanya.




15) Wakalah: Seseorang wakil yang merujuk kepada keadaan di mana seseorang melantik orang lain untuk mewakilinya di dalam sesuatu urusan.




16) Tawarruq: Prinsip ini melibatkan dua peringkat urusniaga yang mana melibatkan belian secara kredit antara pembeli dengan penjual asal barangan. Kemudian pembeli akan menjual semula barangan tersebut secara tunai kepada pihak ketiga.




17) Sarf: Merupakan kontrak tukaran wang iaitu tukaran daripada satu matawang kepada matawang yang lain. Samada dari jenis yang sama atau kepada jenis yang berlainan. Tetapi ada diantara mazhab yang tidak membenarkan tukaran wang sekiranya melibatkan urusan kontrak di masa hadapan.




18) Istisna’: Prinsip jual beli yang mana perjanjian dibuat antara pembeli dan penjual yang bersetuju membeli sesuatu barangan sebelum barangan itu berada di pasaran. Pembeli barangan boleh membayar samada pada awal kontrak ataupun apabila barangan yang dipesan sudah siap untuk dihantar. Kontrak ini tidak boleh ditamatkan sewaktu proses pembuatan.





19) Bai’ al-dayn: Pembiyaan hutang. Dalam prinsip ini, pembiayaan dibuat berdasarkan jual beli dokumen-dokumen perdagangan dan pembiyaan digunakan untuk membiayai keprluan kewangan bagi tujuan pengeluaran, perdagangan dan perkhidmatan.




20) Bai’ istijar: Prinsip ini merupakan transaksi jual beli dimana perjanjian dibuat oleh pihak pembeli dan penjual yang mana bersetuju membeli kaedah yang berterusan dan tidak aka nada lagi proses tawar-menawar antara pembeli dan penjual setelah perjanjian awal disempurnakan.




p/s: jika terdapat kesalahan boleh la bagi teguran ye..ade lagi yang tidak dimasukkan..apa-apa pun..terima kasih atas kunjungan anda.


Selasa, 2 Jun 2009

~ merealisasikan misi ~

2 june 2009
jam 11malam (di saat kelopak mata dirasakan terlalu berat untuk diangkat)


assalamualaikum..
kalam bismillahirrahmanirrahim pembuka kata semoga penulisan ini diberi keberkatan dan manfaatnya..

hari ni merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh budak-budak GEN 2 IKIP-Yarmouk..hari perkampungan bagi semua sebagai satu cara untuk merealisasikan misi 1 kepala minimum 1 artikel..sebenarnya, misi ini sudah lama dirancang, tetapi baru dapat dilaksanakan kerana sedikit kekangan masa dan banyak perkara yang menuntut perhatian yang tinggi..


alhamdulillah..jam 10 pagi tadi tugasan telah diberikan kepada semua, tapi pada kali ini hanya 16 orang yang terlibat..bukan seperti kebiasaannya seramai 18 orang (perempuan)...kepada 8 adik-beradik lelaki kami, diberikan sedikit kelonggaran untuk memilih sendiri artikel yang mahu diolah, ini kerana, 2 hari lagi mereka akan berangkat menyahut lambaian KAABAH dan menjadi tetamu-NYA bagi menunaikan umrah...sudah pasti mereka sangat sibuk mempersiapkan diri di saat-saat akhir begini..semoga kalian tidak lupa untuk menembak doa buat kami semoga diberi kesempatan seperti kalian..

selepas masing-masing mendapat tugasan, bertebarlah adik-beradik besar kami ke tempat-tempat yang dijanjikan mengikut persetujuan ahli kumpulan masing-masing..maka..proses pengolahan ilmu yang dipelajari berkaitan ekonomi pun bermula..masing-masing menyibukkan diri dengan tugasan masing-masing..macam-macam gelagat dapat dilihat..punyalah khusyuk masing-masing sampai terlupa untuk makan tengah hari.

tanpa perancangan di awalnya, dalam masa 10 minit kami membuat keputusan untuk makan beramai-ramai..menu utama..NASI LEMAK...memang mantap..sahabat-sahabat memang best..makan dalam talam beramai-ramai membangkitkan selera masing-masing, sampai licin semua periuk kuali..bagus-bagus..tak berlaku pembaziran..huhuhu.walaupun tanpa kehadiran 2 sahabat tersayang yang kini sedang bermusafir ke UK, tetapi yang pastinya mereka tidak akan hilang dihati kita semua..moga ukhwah kita akan lebih bersatu dan berterusan hingga ke akhir hayat..semoga persahabatan ini membawa kita semua ke syurga abadi..

lepas makan, terus menunaikan kewajipan sebagai hamba-NYA..selepas selesai bertemu pencipta, masing-masing terus berteleku di posisi masing-masing bagi meneruskan artikel ke-2..bunyi kerjanya seperti senang sahaja kan???..memang senang bagi seorang yang bergelar penulis..bagi kami ianya sesuatu yang mencabar dan sesuatu yang baru dalam hidup..tapi sya yakin ianya akan menjadi 1 pengalaman yang berharga pada semua..tetapi untuk mengolah perkataan demi perkataan menjadi ayat yang boleh difahami agak sukar..bagi yang memang mempelajari bidang ini adalah tidak sukar untuk memahami jika kami cuma meletakkan point-point penting sahaja..tapi tujuan kami adalah untuk memberi kefahaman kepada insan-insan yang mempelajari bidang selain kami..maka akal dipertajamkan setajam-tajamnya untuk merelisasikan impian kami..moga ianya akan memberi manfaat pada semua..

pada sahabat-sahabat yang masih bertungkus-lumus pada waktu ini, teruskan perjuangan kalian. sebanyak manapun artikel yang kalian mampu hasilkan hingga petang esok, ikhlas kan niat kerana ALLAH..semoga salah satu usaha kita untuk menyebarkan ilmu ekonomi kepada masyarakat tercapai..yang paling penting ianya mampu memantapkan ilmu ekonomi yang sudah dipelajari..sama-sama kita doakan ye..

oklah..sampai di sini dulu coretan untuk kali ini..nak sambung mengolah ayat untuk artikel ke-2 pula..semoga ALLAH permudahkan segalanya...pada 2 sahabatku..hati-hati disana ye..mohon doakan kami ye..chaiyok!!chaiyok!!

Isnin, 1 Jun 2009

~ selesai untuk sem 6 ~


alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkn ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat kasih sayangnya, diri ini masih diberi pinjaman nafas yang tidak berbayar hingga ke saat ini..hari ini juga merupakan hari kemerdekaan kecil buat kami..yang mana merupakan hari terakhir kami berperang dengan soalan-soalan peperiksaan di universiti bagi sem 6..alhamdulillah..ada juga markah yang sudah kami perolehi..apapun natijahnya, segeralah melaksanakan sujud syukur kerana semua itu datangnya dari-NYA..semoga kita sama-sama menjadi hamba yang tahu erti sebuah perjuangan dan kesyukuran..

bila exam sudah melabuhkan tirainya..secara automatiknya..tirai percutian pula akan terbuka dengan selebar-lebarnya..wah-wah...ni mesti banyak program yang sudah direncanakan didalam fikiran masing-masing..tidak kira kemana pun arah tujuan anda untuk habiskan cuti ini, semoga ianya memberi banyak manfaat buat diri kalian semua..yang akan bermusafir ke negara orang, berhati-hati dan ke mana juga anda melangkah, melangkahlah dengan membawa agama islam..insyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan permusafiran kalian..

kepada senior-senior ku tersayang.. gunakanlah kesempatan yang masih berbaki lebih kurang 50 hari ini untuk kalian mengutip sebanyak mana mutiara-mutiara berharga yang melata di bumi jordan ini..ciptalah sebanyak manapun kenangan yang kalian mampu..kerana kita yang mampu cipta sesebuah kenangan itu..kitalah yang mencorakkan samada itu kenangan manis untuk dikenang atau kenangan yang pahit untuk diingati..tapi percayalah tidak semua kenangan pahit itu mampu membunuh rasa kita untuk mengingatinya..kadang-kadang ia pahit untuk masa sekarang, tapi mampu memberi kemanisan dan mampu membuatkan kita tersenyum bila mengenangkannya..dikesempatan ini daku mewakili adik-adik kalian yang lain ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan kalian semua..semoga pulangnya kalian nanti memberi sinar baru terhadap ekonomi islam khususnya di tanah air tercinta..gunakan segala yang kalian pelajari, semoga kalian terus berjaya dan akan menunggu kami yang masih berbaki 1 tahun ini untuk sama-sama mengorak langkah yang lebih lebar..semoga segala impian kalian, kami, keluarga dan warga pendidik bukanlah sekadar mimpi indah yang disulam semata-mata..juga setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kerana kasih sayang, amarah, nasihat, teguran, pertolongan, tunjuk ajar, perkongsian ilmu, segala kenangan suka dan duka yang kalian berikan kepada kami sebagai adik-adikmu sejak dulu..hanya ALLAH yang dapat membalasnya..


kepada adik-adik, sahabat-sahabat, senior-senior JUST..selamat menghadapi exam yang bakal menjelang..dikesempatan yang masih berbaki ini siapkan segala senjata-senjata kalian untuk berperang pada kali ini..semoga segalanya berjalan dengan lancar..semoga semua akan berjaya dengan cemerlang..kerana kalian adalah bakal-bakal doktor yang memperjuangkan islam..tiada apa yang lebih tinggi dari agama islam itu sendiri..

sekadar ini dulu coretan untuk kali ini..insyaALLAH..lepas ni banyak sikit masa untuk berteleku di hadapan alat penghubung maya ini..semoga dipermudahkan segalanya..jaga diri ye semua..jangan nakal-nakal cuti ni..jaga kesihatan dan jaga akhlak..doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat & diri sendiri....sayang semua..


*cinta sejati menyembuhkan bukan menyakitkan..
yang terpendam, hapuskanlah..jangan membarah, yang ditangisi, lupakanlah... jangan dikenang,
yang dikesali, maafkanlah.. jangan difikir lagi,
kunci bahagia RUMAH kita..
pendamlah keimanan & ingatan manis,
kenangilah tangisan syukur,
semoga cinta terus dalam REDHA ILLAHI*

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP