~BINGKISAN HATIKU~

"sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cintaku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu terus saja menuliskan..
kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta, akal terbaring tidak berdaya, bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur..
cinta sendiri yang mengubah CINTA"
~عندما يسبيح الحب~

Isnin, 13 Februari 2012

tragedi 20/08/2011


Bismillahirrahmanirrahim...atas beberapa sebab..sya postkan gambar-gambar dihari kejadian..semoga sama-sama mendapat manfaat darinya..


biarlah hanya gambar yang berbicara.........tragedi 20/08/2011




3 buah kenderaan yang terlibat (van vanette, van rusa & lori 6 tayar)




jiran tetangga bergegas ke tempat kejadian..



bantuan jiran tetangga untuk mengeluarkan mak & abang yang tersepit..


keadaan van kesayangan kami sekeluarga...sudah habis bayar, tetapi masih seperti baru dibeli..



salah seorang saudara menyelamatkan barang-barang milik mak abah



keadaan abah yang tersepit ditempat pemandu..



abah berjaya dikeluarkan..ketika ini, nafasnya sudah terhenti..malaikat maut sudah menjemputnya kembali...



jenazah abang berjaya dikeluarkan..janji untuk menjaga tok wan dipegang hingga ke akhir hayatnya..hingga ke liang lahad bersemadi bersama...


AL-FATIHAH

اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم وأكرم نزلهم ووسع مدخلهم واغسلهم بالماء والثلج والبرد ونقهم من الخطايا كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس . وأبدلهم دارا خيرا من دارهم وأهلا خيرا من أهلهم وازواجا خيرا من ازواجهم وأدخلهم الجنة وأعذهم من عذاب القبر





Selasa, 31 Januari 2012

~satu februari dua ribu dua belas~

bismillahirrahmanirrahim....

setelah 178 hari berlalu pergi...

tanggal 1 feb 2012...rindu yang semakin menghimpit rasa...bangun awal pagi terus mencapai handphone..no telefon abah terus didail..tiba-tiba tersedar..sampai bila-bila pun abah tidak akan menjawab panggilan itu..ya, abah sudah tiada..itulah hakikatnya..dan cecair jernih itu laju menuruni pipi..

di saat ini..kerinduan itu semakin menyeksa jiwa..rindu pada pelukannya, gurauannya, nasihatnya dan segala-galanya tentang dia.. abah..puteribongsu abah ni tak takut naik motor dengan orang lain dah..tahun ni adik kutip durian sorang-sorang, abah tak de nak teman adik..

abah...dulu, anak abah ni takut sangat nak sentuh jenazah, nak ziarah kubur lagi la takutnya..tapi sekarang macam takde rasa ape2 dah...tiap2 hari mesti ke kubur..tenangnya duduk disitu..seperti mak abah & abang ade sekali..sampai ke hari ini..jiran-jiran kita tak rasa pun kehilangan mak abah..dieorang rasa mak abah balik kampung je..tapi kalau kami ke kenduri..mesti dengar dieorng sebut nama mak abah..mungkin kerana terbiasa dengan kehadiran mak abah dimana2 kenduri pun..sampai ada yang menitiskan air mata bila menyebut nama mak abah..alhmdulillah..untungnya mak abah..masih ada yang sudi mengingati segala kebaikan kalian walaupun sudah 178 hari kalian meninggalkan mereka..

mak abah..sekarang jiran-jiran kita yang banyak uruskan urusan adik & k.teh...memang sedih, sebab mak abah tak sempat nak sambut 2 menantu tahun ni..tapi insyaALLAH, kami akan tunaikan hajat mak abah yang nak sambut menantu tahun ni..terasa sedih sangat pabila segala-galanya perlu difikirkan sendiri..dari urusan tarikh, hantaran, majlis, jemputan, jamuan & sebagainya..mungkin bagi sesetengah orang perkara ini biasa, tapi bagi adik & k.teh..berat sangat2..yela..dari abang sampai ke k.na (6 orang)..semuanya abah mak yang uruskan..tup2 waktu kami abah mak takde...hurmmmm..hanya ALLAH saja yang mengetahuinya...

rindu sangat2 dengan abah mak..insyaALLAH hujung minggu ni, adik balik pahang ye..doakan sya terus diberi pinjaman kekuatan itu..semakin lemah untuk melangkah..

Al-FATIHAH....

اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم وأكرم نزلهم ووسع مدخلهم واغسلهم بالماء والثلج والبرد ونقهم من الخطايا كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس . وأبدلهم دارا خيرا من دارهم وأهلا خيرا من أهلهم وازواجا خيرا من ازواجهم وأدخلهم الجنة وأعذهم من عذاب القبر


p/s : mungkin ini post yang agak peribadi..mohon maaf..kadang-kadang sya xreti untuk luahkan apa yang terpendam jauh di lubuk hati ini pada sesiapa pun..hanya sebuah catatan mampu menguatkan sya kembali..

saat2 ini sangat2 rindukan pelukan hangat mereka..YA ALLAH kuatkan aku untuk mengharungi kehidupan ini...setelah 13 hari diperam barulah di postkan...

Sabtu, 27 Ogos 2011

~pinjaman & kehilangan yang tiada ganti~

bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk terus menulis disini..YA ALLAH..berat betul dugaan yang diberikan buat kami sekeluarga..20 & 21 Ogos 2011..tanggal yang tidak akan dilupakan...

tidak ku sangka lambaian dan semyuman itu adalah yang terakhir..mereka pergi meninggalkanku tanpa sebarang penyakit..pedihnya hanya DIA yang tahu..

SABTU

5.00 = waktu sahur...selalunya aku hanya bersahur dengan segelas air milo panas & kurma sahaja...tapi pagi tu aku makan nasi bersama mereka..rupanya itulah kenangan makan bersuap dari abah & mak buat kali terakhir..

abah: "adik..makan bagi perabih lauk ni...petang ni tak de orang lalu makan dah" mak: "haah dik..makan banyak-banyak ye..meh mak suapkan..lama tak suap adik" dan aku...hanya mampu tersenyum waktu itu..awal pagi lagi kan...=)

6.15 = kebiasaannya abah akan ke masjid berjemaah subuh disana..tetapi pagi itu, dia hanya solat dirumah...lama abah termenung di atas sejadah..aku yang baru naik dari mengambil wuduk pelik melihat kelakuan abah..abah jarang termenung jauh sebegitu..usai solat subuh, dan aku lihat..abah masih begitu..aku terus menegur abah..cadangnya mahu menyakat abah...

aku: "abah nape ni???haaaa..ingat kat sape tu bah???"

lantas abah mengangkat wajahnya memandangku sayu..dan aku lihat dimatanya ada kesan basah & air matanya masih bergenang...

abah: "ntahla dik...abah rasa xsempat je nak jadi wali tuk adik & k.teh...tapi nasib baik abah dah kenal imam muda adik" lantas menguntumkn senyuman yang dipaksa buatku..

aku: "ishhh abah ni..ape cakap camtu plak...insyaALLAH xde ape-ape la" jawapan sebab nak cover malu..boleh pulak abah gunakan gelaran imam muda yang diberi oleh anak saudaraku..aku terus berlalu masuk ke bilik..

aku: aikkk...mak tido ke??selalunya mak xtido lepas subuh..terus niat untuk menyakat mak datang...hahaha..terus menggeletek kaki mak yang terjuntai dari katil..mak terkejut akibat kegelian..misi berjayaaaa...akibatnya sya pula menjadi mangsa mak..akhirnya tertidur keletihan dalam pelukan mak..owhh..itulah yang terakhir...

8.15 = aku yang diluar rumah memanggil mak yang sedang bersiap...
aku: "mak, oooo mak...mak ikut abah x ni???kang kena tinggal baru tau" mak: "abah mana boleh tinggal mak...mestilah mak ikut..mana abah ade situlah mak ada..mana abah pergi, mak pun akan pergi'

8.30 = mereka (abah, mak, abg ipar & anak saudara) keluar menaiki van yang dipandu arwah abah menuju ke temerloh pada perancangan asalnya..tapi dibatalkan saat-saat akhir kerana barang yang dicari, ada dijual di kedai kawasan jengka.

abah: "babai dik..assalamualaikum" abg: : "babai acu,,nanti kita jumpa lagi" mak hanya tersenyum..senyuman yang mampu menenangkan jiwa ini...

9.30 = abah menghantar abg iparku kembali ke rumah kerana dia tidak mahu bersama mengikut ke bandar jengka untuk membeli persiapan raya.

9.45 = abah, mak & abg (anak saudara) keluar semula ke bandar jengka...

11.30 = dalam perjalanan pulang ke rumah...mereka singgah di rumah p.long ku di jengka 16..melihat abah dalam keadaan mengantuk, p.long mempelawa abah untuk tidur di rumahnya dahulu..tetapi abah menolaknya dengan gurauan.."tak boleh long..aku kena balik tidur kt jengka..takut tak sempat kang"...lantas die memeluk p.long ku seeratnya seperti memberitahu masanya sudah hampir sampai..

12.00 = van yang dinaiki abah, emak & abg bergerak meninggalkan rumah p.long..lagi 600 meter dari jengka ku, van yang dipandu abah itu dikatakan terbabas dan termasuk sedikit ke jalan bertentangan dan akhirnya bertembung dengan lori yang amat laju dari arah bertentangan...van terpusing 180 darjah..abah tersepit ditempat pemandu..mak terpelanting keluar dan dilanggar oleh van rusa pula..abg tercampak dari tempat duduk belakang ke bahagian depan..

12.15 = itulah yang tercatat di sana..abah & abg meninggal di tempat kejadian..manakala mak pula dikejarkan ke hospital ke hospital jengka kerana keadaan yang sangat parah. bomba, polis,ambulans dan orang ramai datang memberi pertolongan..dikatakan waktu itu, keadaan lalulintas sangat sesak..kawan-kawan abah & mak ada yang pengsan, ada yang meraung, ada yang memandang tanpa reaksi...ya..siapa yang tidak terkejut..mereka pergi dalam keadaan yang sangat sihat..tetapi itulah janji ALLAH dengan mereka..

12.30 = aku yang sememangnya berada di bandar jengka bersama jiranku terus dihantar ke hospital jengka tanpa apa-apa penjelasan..bingung dengan sms yang masuk bertalu-talu mengucapakan takziah..akhirnya aku menghubungi abg iparku..

aku: "a.mamat..mak abah mana??" a.ipar: "adik kat mana ni??'' aku: "kat hospital jengka ni ha...nape adik dapat banyak sms ucap takziah ni??" a.ipar: "sabar dik..mak abah & abg accident ni..adik uruskan mak kat sana ye.." aku: "abah & abg mana?teruk ke accident tu?" a.ipar: "adik jangan tanya da ye...abah & abg, biar a.mamat uruskan...adik uruskan mak je kat sana ye"
aku terus menghubungi semua abang dan kakak..rupa-rupanya semua sedang bergerak balik..semua mendoakan yang terbaik..sepupuku datang ke hospital sebaik mengetahui berita itu..tiba-tiba keluar seorang doktor bertanyakan waris kepada mak..sya terus kehadapan kaunter..aku diberikan surat penukaran hospital untuk ditandatangani..keadaan mak yang kritikal menyebabkan mak terpaksa dihantar ke hospital temerloh (HOSHAS)..seorang jururawat keluar membawa cincin & handphone mak untuk diserahkan kepadaku..cincin itu kemek sedikit..terus ku sarung ke jari..semoga cincin ini mampu menguatkan aku meneruskan ayunan langkah kakiku saat itu..aku tidak dibenarkan menaiki ambulans bersama mak..sepupuku terus menawarkan diri untuk menghantarku ke HOSHAS..

didalam perjalanan, kami berselisih dengan kereta polis, bomba dan ambulans..tanpa aku ketahui..rupanya didalam itulah adanya jenazah abah & abg..kemudian berselisih pula dengan truck yang membawa van abah..melihat keadaan van yang remuk begitu..hatiku pilu..dalam hatiku memanjat kesyukuran...syukurlah hanya mak yang teruk ketika ini..menghubungi abang buat kesekian kalinya..barulah diberitahu bahawa abah & abg sebenarnya sudah tiada..pandanganku gelap..hancur segala harapan..musnah segala kekuatan..cincin perkahwinan mak & abah yang tersemat dijariku kukucup lama..menharapkan segalanya mimpi sahaja..kepada si dia yang jauh diperantauan, terus dikhabarkan berita duka ini..

setibanya di HOSHAS..mak ditempatkan di zon merah..ramai rakan taulan mak abah sudah tiba disana..pihak hospital jengka menghubungiku meminta kebenaran untuk post moterm jenazah abah.. aku tidak mengizinkannya walaupun diminta beberapa kali.. keputusanku muktamad..sekali mereka menyentuh abah untuk tujuan itu.. dimahkamah lah kita akan berjumpa...

lebih 45 minit menunggu..akhirnya aku dipanggil untuk melihat keadaan mak..sebelum itu, aku diterangkan tentang keadaan mak ketika itu..tangan sebelah kanan mak patah, pendarahan yang teruk dikepala, kecederaan yang teruk dibahagian mata kanan...dengan langkah yang longlai..aku menuju ke katil mak..aku tidak dibenarkan ke bahagian kanan tubuh mak...

aku mencium kakinya yang pucat..mohon dihalalkan segala susah payahnya dia membesarkan ku selama ini..menghalalkan setiap percikan keringatnya sewaktu melahirkanku..menghalalkan setiap titisan susuannya terhadapku..menghalakan segala-galanya buatku..mengampunkan dosa-dosaku terhadapnya juga redhakanlah aku sebagai anaknya..kaki itu bergerak semasa aku mengucupnya..ku harap gerakan itu menandakan segala permintaanku itu dia halalkan dan redhakan..mak masih memberikan tindak balas sewaktu aku menyentuh bahunya..ku bisikkan kata-kata semangat untuknya..ku alunkan selawat dan salam juga kalimah syahadah ditelinganya..juga kubisikkan pemergian abah dan abg ketelinganya..aku meminta izin darinya untuk pulang ke rumah sekejap untuk menguruskan jenazah suami dan cucunya..air matanya mengalir perlahan..aku meninggalkan HOSHAS dengan langkah yang lemah meredah gerimis dipetang itu..

setibanya di jengka, aku dan adik-beradikku menunggu jenazah di masjid..ramai orang yang sudah menanti dari jam 4.oo petang, walaupun sudah dimaklumkan jenazah akan tiba jam 5.30 petang..suasana petang itu sangat suram diringi gerimis petang seperti sama-sama menangisi pemergian mereka..

17.15 = 2 kenderaan jenazah masuk ke perkarangan masjid..kakak-kakakku terus memandangku meminta penjelasan..rupa-rupanya mereka tidak dimaklumkan dengan kematian abg..suasana bertambah pilu ketika itu..semua meraung melepaskan segala yang kesedihan yang terbuku..

selepas solat jenazah, kami diberi kesempatan melihat dan mencium arwah buat kali terakhir..bagaikan tidak percaya mereka sudah tiada kerana seperti melihat abah & abg tidur tenang sambil tersenyum..wajah itu panas lagi sewaktu dikucup..tanda hangatnya kasih sayang yang telah diberikan selama ini..kaki dan tangannya kukucup memohon kemaafan dan keredhaan darinya..bezanya kali ini, tiada lagi tindak balas dari tubuh itu..melihatnya tersenyum begitu..aku cuba menguntumkan senyuman paling indah buatnya..pergilah abah, adik akan baik-baik saja, jangan risaukan adik ye..semoga kalian tenang disana..

18.00 = mengiringi jenazah ke perkuburan..

18.15 = jenazah dibawa turun...abah & abg disemadikan bersama di dalam 1 liang lahad yang sangat besar..ini kerana penggali kubur tersalah maklumat..mereka menggali kubur itu untuk 3 orang..masing-masing kerisauan andai terpaksa bergelap dan masa berbuka pula kurang dari 1jam..

19.00 = alhamdulillah...segala urusan pengkebumian mereka dipermudahkan..selesai urusan pengkebumian dan talkin..sewaktu talkin dibacakan..ramai yang tertunduk mengalirkan ari mata..aku tidak tahu siapakah abah & abg dihati mereka..tetapi melihat mereka begitu, cuma 1 doaku.. semoga air mata mereka itu adalah saksi segala kebaikan yang pernah ditaburkan abah & abg didunia ini..

19.10 = berbuka puasa dirumah jiran..hanya seteguk air yang mampu kutelan ketika itu..itupun kerana sedang menjalani ibadah puasa..terus pulang ke rumah untuk mandi dan solat..mulai saat itu aku sudah tidak punya hati untuk bercakap dengan sesiapa pun..sepatah yang ditanya, sepatah yang kujawab..

20.00 = bergerak ke HOSHAS untuk melihat bonda tersayang..perasaan tidak enak kerana banyak kali menerima panggilan dari HOSHAS tentang keadaan mak..mak dipindahkan ke wad biasa kerana doktor tidak mampu menjanjikan apa-apa..mak menerima alat bantuan pernafasan..keadaan mak sangat lemah..kami masih tidak dibenarkan melawat mak.

22.00 = sahabat-sahabat dunia akhiratku tiba..semangat persahabatan dari mereka mengalir menguatkanku ketika itu..terima kasih sahabat..

24.00 = dibenarkan melawat mak..kami adik beradik dipanggil doktor..dan air mataku mengalir semula..otak mak da mati..hanya jantung yang masih berfungsi ketika ini..jika ALLAH izinkan mak hidup lama..mak akan lumpuh & buta..hancur luluh hatiku, mendengar hakikat itu.. beratnya dugaan ini...saudara-mara dari kedah sudah ramai yang sampai..ketika ini tiada had untuk sesiapa pun masuk menziarahi mak..masuk dan keluarlah jam berapa sekali pun..tiada yang akan marah..aku dan sahabat-sahabat terus setia disisi emak mengalukan ayat-ayat al-quran untuknya..tiada rasa mengantuk sedikit pun..
AHAD

4.00 = bersahur setelah dipaksa oleh kakak dan anak-anak saudara..hanya 3 suap nasi yang berjaya ditelan..terus ke surau menunaikan solat hajat..mengadu segalanya pada DIA..

5.30 = memaksa memejamkan mata juga untuk tenaga disiang harinya..

6.00 = menunaikan solat subuh dan meneruskan bacaan al-quran disisi mak..

7.00 = turun ke lobi HOSHAS membeli pampers buat mak..terlihat muka depan akhbar.."ATUK, CUCU MAUT"...terus mengambil dan membayarnya..terduduk melihat gambar hadapan berita tersebut..

8.00 = ramai kenalan abah mak datang..aku masih disisi mak..biarlah datang beribbu orang sekalipun..aku tidak akan berganjak dari situ..

10.00 = semakin ramai yang menziarahi mak..bilangan makin bertambah..doktor mengarahkan 2 pesakit dihadapan katil mak dialihkan ke wad lain kerana melihat kebanjiran manusia ketika itu..

14.00 = kehadiran insan-insan yang amat ku perlukan ketika itu..terima kasih kerana sudi memelukku, menenangkan aku ketika itu.. "ALLAH uji sya begini kerana DIA nak hadiahkan sya dengan sesuatu yang lebih berharga selepas ini" -umi-...

15.00 = orang ibaratnya tidak pernah surut..masih ramai yang menunggu diluar untuk menziarah..

16.00 = mak kritikal..denyutan nadinya makin lemah..dari abangku yang sulung sehinggalah kepada anak-anak saudaraku bergilir mengucupnya..bergilir membisikkan kalimah syahadah juga redha dengan takdir ini..."pergilah mak, kami redha mak pergi bersama abah & abg"...air matanya turun mengalir kepipi..

17.00 = menghantar k.teh dan 2 orang anak ke lobi..mereka harus pulang untuk meneruskan perjuangan hidup masing-masing..kerana pada keesokkan harinya k.teh menghadapi kertas terakhir untuk semester terakhirnya bagi menggenggam segulung ijazah..manakala 2 lagi anak saudaraku menghadapi trial SPM ketika itu...semoga mereka kuat..

18.00 = perbincangan terakhir bersama doktor

19.00 = keputusan bersama diambil untuk membawa mak pulang ke rumah..berbuka dengan air milo & kurma..alhamdulillah..

22.00 = urusan untuk membawa mak pulang diuruskan setelah disahkan oleh doktor.

22.30 = katil mak disorong keluar dari wad menuju ke ambulans yang menanti di bawah.

22.50 = ambulans bergerak keluar dari HOSHAS menuju ke jengka 17..dalam perjalanan...tiba-tiba nafas mak terhenti..aku terus menjerit

"mak tak boleh..mak tak boleh..anak cucu mak semua tengah tunggu mak kat rumah..mak kena kuat..YA ALLAH...tolonglah..berilah peluang mak untuk sampai rumah sahaja..bagilah mak balik rumah...tolonglah YA ALLAH.."


alhmdulillah..DIA mendengar permintaanku..mak kembali bernafas..aku terduduk kelegaan..syukur yang teramat sangat..

23.20 = sampai ke rumah..dipenuhi oleh sanak-saudara dan rakan taulan mak abah yang datang dari serata tempat..dirumah jiran diadakan bacaan yassin & tahlil untuk abah & abg...aku mengambil keputusan dan meminta doktor untuk membuka alat bantuan pernafasan mak di dalam ambulans.

23.25 = mak diusung masuk kerumah oleh anak menantu dan cucunya, dengan berhati-hati diletakkan diatas tilam yang telah disediakan..

23.30 = maka terputuslah nyawa dari jasadnya..dan dengan itu, berakhirlah lagi satu perjalanan kehidupan seorang hamba-NYA didunia...alhmdulillah..semuanya tenang menghadapinya ketika itu..

ISNIN

2.00 = orang ramai beransur pulang..kami adik-beradik bergilir-gilir merehatkan diri..si dia menghubungiku memberikan semangat yang semakin luntur...aku memejamkn mata dan berharap sangat segalanya adalah mimpi ngeri..dan apabila terjaga nanti segalanya seperti sedia kala..

2.30 = mandi dan solat..terus menemani jenazah mak hingga ke subuh..selepas solat subuh..aku ke rumah jiranku..menumpang kasih dipeha dan pelukan mereka..mohon untuk terus diberi kekuatan..

7.00 = orang ramai kembali memenuhi kawasan rumah..masih disisi jenazah menghabiskan 2 juzuk terakhir..

8.00 = urusan untuk penyediaan kain kafan dan bahan2 untuk memandikan mak dibuat..Datuk Tuan Ibrahim b. Tuan Man datang menziarahi..sugul wajahnya ketika melangkah masuk dan bergenang matanya taktala duduk berdoa dikepala mak..mungkin kerana keakraban mereka, maka beliau terasa dengan permergian ini..

9.00 = Alhamdulillah..aku diberikan pinjaman kekuatan dari-NYA..akulah yang terlibat sepenuhnya daripada urusan mandi hingga mengkafankan jenazah..seorang demi seorang anak, menantu, cucu, adik-beradik mak, anak-anak saudara mak abah mengucup wajah itu buat kali terakhir..dan diakhiri olehku...tersenyum wajahnya..dan ramai mengatakan wajah mak persis wajah abah..tenanglah mak disana..

11.00 = dibawa ke masjid untuk disolatkan..alhmdulillah..ramainya kenalan jauh dan dekat mak abah datang..

11.30 = jenazah dibawa ke tanah perkuburan...

12.30 = segala urusan selesai akhirnya..melangkah dengan perasaan yang bercampur baur meninggalkan pusara insan-insan yang disayangi itu..
YA ALLAH...aku bersyukur di atas nikmat-MU yang sangat bernilai ini..terima kasih kerana meminjamkan aku ibu bapa & anak saudara sehebat ini..mereka adalah sebaik-baik pinjaman..YA ALLAH kau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil..kumpulkanlah kami disana nanti YA ALLAH..tenang dan redhakanlah hati kami sebagaimana tenang dan redhanya mereka ketika menyambut kelahiran kami dahulu..jadikanlah kubur mereka seperti taman-taman syurga-MU..peliharalah mereka dari seksa kubur, perluaskanlah, perindahkanlah dan terangilah kubur mereka YA ALLAH...

#setelah 125 hari kehilangan mereka#


Isnin, 1 Ogos 2011

~5 bonus khas Ramadhan buatmu~

ALHAMDULILLAH.....hari ke-2 berpuasa bagi umat islam hari ini..melihat keletah anak-anak disekolah menjalani ibadah puasa membuatkan fikiran melayang mengimbau kenangan di zaman kecil dahulu...mesti bermacam ragam seperti mereka juga..post kali ini sya akan kongsikan 5 bonus khas Ramadhan yang diberi oleh ALLAH untuk hamba-NYA yang berpuasa..


dari ABU HURAIRAH R.A. meriwayatkan bahawa RASULULLAH S.A.W. bersabda yang bermaksud : " umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat yang terdahulu ketika Ramadhan iaitu:
1) bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi ALLAH.

2) para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3) ALLAH memperindahkan syurga-NYA setiap hari dan berfirman : " hampir-hampir hamba-hamba-KU yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

4) syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5) mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda S.A.W..: " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar?" Baginda menjawab: "bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (riwayat Ahmad)

maka dengan itu, marilah kita bersama-sama bergerak menjadi hamba terbaik untuk menggapai redha Ilahi...hendak seribu daya, kalau tidak mahu ciptlah beribu alasan untuk tidak melaksanakannya..semoga perkongsian ini membawa kebaikan kepada sya dan juga yang sudi membacanya..

sekian dulu untuk kali ini..insyaALLAH berjumpa lagi di lain perkongsian..semoga hidup kita terus dirahmati-NYA..

~dariku untuk mu~
surau Al-Farabi
SK TUN TEJA,
Rawang
(11.00 a.m)

Ahad, 24 Julai 2011

~ramadhan yang dirindui semakin menghampiri~






Diam tak diam...masih hanya berbaki 1 minggu lagi sahaja untuk umat islam menyambut kedatangan RAMADHAN...owhhhhhh...sangat2 merindui semangat ramadhan di dataran syam sana...tentulah suara lunak syiekh makmun mengalunkan ayat-ayat suci ketika solat terawikh masih terngiang-ngiang dicuping telinga, walau di mana pun kita, puasa tetap puasa...


Cuma mungkin suasana di bumi Malaysia ini agak berlainan...kita baru nak menyambut ketibaan puasa, tapi iklan raya, rancangan tv raya, jualan murah baju raya, kasut raya, kuih raya pun semakin rancak...owhhh.......alangkah indahnya jika ketibaan bulan ramadhan ini juga disambut meriah seperti menyambut ketibaan syawal..semoga hari itu menjadi realiti...

Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan
usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan dan harapkan :

“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan
Ramadhan.”




“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, iaitu bulan yang berkat, maka Allah telah mewajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dan akan dibukakan seluas-luasnya pintu-pintu syurga, dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka dan akan ditambat para syaitan laknatullah, Dan di dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia adalah dikalangan orang-orang yang rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Itulah diantara kelebihan-kelebihan bulan RAMADHAN ini...jom sama-sama menambah saham -saham pahala dan bersama-sama mengejar keredhaan-NYA...moga-moga kitalah PENCINTA ILAHI, PENGEMIS SYAFAAT NABI DAN PERINDU SYURGA ILAHI yang sejati.....jom bersama kearah itu....

selamat menyambut dan meningkatkan saham-saham di bulan RAMADHAN ini untuk dituai di negeri abadi nanti...selamat menunaikan ibadat puasa dengan sebaik-baiknya dari kami sekeluarga..salam sayang untuk ummah.......

*semoga masih diberi keizinan dan kesempatan waktu untuk menerokainya*

12.15 am
tun teja, rawang

Jumaat, 22 Julai 2011

~selepa 1 tahun 25 hari berlalu pergi~


ALHAMDULILLAH.....masih bernafas rupanya tuan blog ini...sujud syukur ku panjatkan..dan mohon maaf sebab lama tak diupdate (macam la ade yang peduli kn??...huhuhu )...1 tahun..macam tak percaya..tapi itulah hakikatnya...

1 tahun 25 hari meninggalkan bau pohon zaitun & debuan padang pasir..bau syawarma & maqlubah jugaaaaaaa...sangat2 merinduinya..maktabah jamiah menjadi saksi hubungan itu..dengar cerita tangganya sudah ditukar ye??maknanya tiada lagi ketukan2 sepatu yang amat kuat bunyinya....tapi tentunya bayt andaleep yang menjadi tempat untuk berteduh menggamit memori indah untuk dikenang.. owwwwhhhhh..tersangat merindui jordan...


ya, setelah 1 tahun 25 hari...banyak yang ingin dikongsikan..yang pasti diri ini bukan lagi seorang yang begelar pelajar universiti..tapi sudah boleh tersenyum puas bergelar seorang pendidik bagi anak-anak kecil itu..anak-anak yang kadang kala menyesakkan dada juga yang amat menenangkan hati..mulut-mulut kecil yang tidak pernah jemu dengan pelbagai soalan yang memeningkan kepala guru-guru mereka..tetapi itulah anak-anak yang ku harap sudi mengirimkan doa seikhlasnya buat menemaniku disana nanti...ya diri ini mengakuinya...~GURU JUTAWAN AKHIRAT~ semoga terus bersemangat mendidik anak-anak tersayang menjadi pencinta ILAHI,pengemis syafaat Nabi juga perindu syurga ILAHI...

diam tak diam da ramai sahabat2 yang sama2 berkonvo dulu telah ke jinjang pelamin...semoga ikatan suci cinta kalian terus kekal hingga ke syurga ILAHI..doakan kami untuk menjejaki....

1) nurul syazwana & ustaz faiez (18/9/2010)

2) noorul hidayah & mohd aroff (24/12/2010)

3) muhammad firdaus & shima (4/2/2011)

4) shafiqah sharuddin & hariz (13/5/2011)

5) faizah sarani & salman (27/5/2011)

yang menunggu giliran pun ramai jugak..hujung tahun ni kena sedia budjet lebih sikit..semoga urusan kalian semuanya dipermudahkan..

10 julai 2011 : baru-baru ini kami menerima orang baru...anak pasangan bahagia wana & suami... muhammad khaleel fahmi...anak sedare sulung kami...alhmdulillah sempat meluangkan sedikit masa untuk menziarahi mereka...sayu hati bila tiba saat untuk berpisah dengan si comel itu... umi sudah rindukan khaleel...insyaALLAH raya nanti kita jumpa lagi ye...semoga terus membesar menjadi anak yang soleh dan juga penegak agama ALLAH...

yang memegang status "mak buyung" pun ada jugak...tahniah buat Pn. hidayah & Pn. shafiqah..semoga proses kelahiran baby nanti dimudahkan..tak sabar nak menanti detik itu..

ya..itulah kehidupan..semuanya sudah berubah..dari status pelajar bertukar ke pekerja, dari status bujang ke status tunangan orang, seorang isteri, seorang suami dan juga sebagai seorang ibu ayah...walau apa pun status kita, semoga kita semua terus dilindungi dibawah lembahyung rahmat kasih ilahi....

sudah lama tidak menulis..jadi..inilah hasilnya...mohon maaf andai post kali ini tiada manfaatnya..hanya sekadar berkongsi sdkit cerita tentang KAMI...sekian dulu untuk kali ini..semoga berjumpa lagi...

*road to ramadhan...7 hari yang masih berbaki di syaaban....

lot of loves....
12.30 pm
tun teja, rawang...


Isnin, 19 April 2010

~muhasabah cintaku~




Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.


Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.


Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.


Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami


Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.


Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.


Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.


Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.


“Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.


Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu???


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.


Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.


Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.


Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.


Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.



Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.


Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.


*cinta sejati menyembuhkan bukan menyakitkan..
yang terpendam, hapuskanlah..jangan membarah, yang ditangisi, lupakanlah... jangan dikenang,
yang dikesali, maafkanlah.. jangan difikir lagi,
kunci bahagia RUMAH kita..
pendamlah keimanan & ingatan manis,
kenangilah tangisan syukur,
semoga cinta terus dalam REDHA ILLAHI*

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP