~BINGKISAN HATIKU~

"sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cintaku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu terus saja menuliskan..
kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta, akal terbaring tidak berdaya, bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur..
cinta sendiri yang mengubah CINTA"
~عندما يسبيح الحب~

Jumaat, 18 Disember 2009

~pinjaman yang dituntut kembali~

setelah seminggu berlalu...
jumaat
11 disember 2009
8.30 pagi

Ya ALLAH...APA NI???tersentak melihat laptopku dipenuhi oleh tetingkap Ym dari sahabat-sahabtku di sini..

INNALILLAHI WA INNA ILAI ROJIOUN..terus meluncur laju dibibir bersama linangan air mata, bukan meratapi, tetapi ianya mengalir tanpa paksaan, bukti kasihnya diri ini pada Arwah..ALLAH lebih sayangkan ustaz melebihi dari kita yang ada di dunia ini..

terkilan rasa hati..kekangan masa dan exam menyebabkan diri ini tidak langsung berkesmpatan melawat arwah ketika masih ada hayatnya..peringatan demi peringatan datang buat kami disini..6/12 ibu kepada adik juniorku (hanis najwa) dijemput pulang selama-lamanya..sekarang ustaz kesayangan kami pula dijemput pulang..arwah merupakan Pegawai Atase Pendidikan disini..orang ke-2 selepas pengarah MSD..

arwah ustaz arman dalam kenangan

kami akan merindui ustaz..ustaz yang sentiasa mekar dengan senyuman, seorang yang mudah mesra dengan pelajar,sentiasa memberikan contoh teladan yang baik, tidak kekok bergaul dengan pelajar, sentiasa memberikan layang terbaik, penuh dengan kata-kata hikmah & nasihat, sentiasa dipenuhi dengan kasih-sayang..itulah arwah..

salam takziah buat isteri, anak-anak, keluarga, EMBASSY Malaysia, MSD (Malaysian student depatpent)& seluruh warga Malaysia di jordan di atas penuntutan pinjaman terhadap sebutir mutiara ini...semoga k.sue & anak-anak (alifah, amirah, abdullah & aisyah) tabah dan sabar dalam menghadpi ujian yang maha berat ini..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban..kenangan-kenangan bersama arwah ustaz akan tersimpan utuh dalam kotak memori dan hati kami..terima kasih atas segala jasa baktinya..

~kenangan terindah~
arwah ustaz arman, k.sue & anak-anak (alifah, amirah, abdullah & aisyah)

kepada semua pembaca budiman, marilah sama-sama berdoa semoga arwah ditempatkan dikalangan solihin & para syuhada' dijalan ALLAH..syahidnya arwah bukan dalam peperangan, tetapi insyaALLAH...syahidnya arwah dalam memastikan anak bangsanya tetap & istiqamah dalam menuntut ilmu di rantauan ini mengikut jalan yang digariskan oleh ALLAH..jauh dirantauan..sudah pasti banyak cabarannya..

~jenazah ustaz selamat dikebumikan di kampaung Ketereh, Kelantan pada 14/12/2009
~k.sue & anak-anak turut pulang bersama jenazah dan pulangnya k.sue ke malaysia, tanda berkemungkinan tiada lagi harapan untuk kita bertemu denganya di bumi jordan...
~bumi jordan akan berada dalam penantian lagi..10 tahun penantian yang lalu, kita dipinjamkan oleh ALLAH dengan sebaik-baik ustaz...moga ada hikmahnya..
~YA ALLAH..kuatkan aku jika episod ini terjadi terhadap diriku????mohon ketabahan dan kekuatan itu YA RABB..
~AL-FATIHAH
~semoga seorang sahabat kita yang masih ditahan di wad (ditimpa kecelakaan pada hari rabu baru ini) terus kuat menghadapi ujian itu..semoga cepat sembuh ye..

Isnin, 7 Disember 2009

~hulurkan tangan ringankan beban~


assalamualaikum......
entry kali ni berkaitan dengan sahabat seperjuangan saya di sini..NABILA HUDA..sepatutunya beliau akan sama-sama melangkah ke pentas berjubah konvo bersama saya pada bulan 6 depan insyaALLAH..tapi apakan daya. kita merancang..ALLAH juga merancang buat hamba-NYA.maka pastilah rancangan PENCIPTA kita adalah yang terhebat..pengajian beliau terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana beliau disahkan menghidap lukemia di tahap yang kronik..ya..siapa sangka, insan yang dulunya lincah, aktif bergerak ke sana ke mari, senyuman sentiasa mekar dibibir, rupa-rupa terbeban ke atasnya satu bebanan yang tidak disedarinya..tiba-tiba sakit dan disahkan ditahap yang kronik..MAHA HEBAT ALLAH itu kan kawan-kawan??semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan beliau & keluarganya..

"Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini…Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan….

~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda...mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt...Terima Kasih... ~~Allahumma yassir wala tu'assir....Amin..

~saya memohon kepada semua pembaca, pengunjung blog sya sudi menadah tangan sama-sama mendoakan kesihatan atau apa-apa yang terbaik buat sahabat saya itu..sungguh..sya amat menyayanginya walau kami bukan lama bersama..hanya 1 semester..mungkin kita tidak mampu sumbangkan wang ringgit..tapi doa saudara/i yang ikhlas lagi diperlukan..mungkin ada diantara kita yang ALLAH makbulkan doanya..siapa tahu kan?? jadi mohon pada semua ye..sebar-sebarkan..semoga ada nilai buat kita di sana nanti~

Isnin, 16 November 2009

~mereka pergi lagi~

bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..

mereka pergi lagi..insyaALLAH mereka akan pergi pada 9.30 pagi esok waktu jordan atau 3.30 petang waktu di malaysia..selamat bermusafir kembali sahabat-sahabatku..cemburu merajai hati melihat kalian "pergi" menjejakkan kaki sekali lagi menjadi tetamu istimewa di rumah-NYA..cemburu, sedih, geram, terkilan dan seribu satu perasaan bercampur-baur dengan kepergian kalian..

hati mana tidak sedih..hanya 1 hari=24 jam perjalanan menaiki bas dari Jordan ke Haramain berbanding beberapa jam di dalam flight dari Malaysia..1 perbezaan yang ketara bukan??? kos pula jangan dipertikaikan..lagi murah berbanding dari Malaysia..hanya JOD 400 = RM2000 sahaja untuk menunaikan haji..alangkah indahnya jika diberi kesempatan itu..

kerajaan Jordan tiada masalah untuk melepaskan kami "pergi"..tetapi, kerajaan Arab Saudi pula tidak mengizinkan wanita-wanita ke sana KECUALI adanya mahram..sedih bukan?? jarak sudah dekat, insyaALLAH..tambangnya pun sudah ada..tetapi tidak dibenarkan..YA ALLAH..sedih yang teramat sangat..apa-apa pun yang terjadi..pasakkanlah dalam hati bahawa pastinya terkandung berjuta-juta hikmah yang tidak terlihat sekarang..

semoga hati dan perasaan yang senantiasa merindui Haramain ini sentiasa mekar dan subur mewangi menghidupkan dan menceriakan diri..ya, mungkin bukan sekarang peluangku..mungkin satu hari nanti..mungkin bersama ayah bonda tersayang atau mungkin bersama suami tercinta nanti..mungkin tahun hadapan, atau mungkin sesudah bekerja nanti...dan segalanya mungkin bukan???

kepada sahabat-sahabatku..semoga segala urusan & amalan kalian dipermudahkan..doakan kami di sini juga ye..insyaALLAH..doa kami sentiasa mengiringi perjalanan & permusafiran kalian ke sana..semoga kalian selamat pergi dan selamat pulang ke pangkuan bumi IRBID semula.

lakukanlah sebanyak-banyak amalan sedaya yang mampu kerana kalian terSANGAT bertuah diberi peluang ketika usia masih muda, tenaga masih kuat & kos yang boleh dikatakan murah..cuba kalian lihat jemaah dari Malaysia..kebanyakan mereka adalah daripada golongan ayah, ibu, atuk & nenek kita..yang tidak segagah dan semuda kalian, tapi masih mampu berasak-asak dalam lautan manusia semata-mata mahu menjadi tetamu yang teristimewa dihadapan-NYA...mana mungkin peluh & keringat yang mereka telah usahakan dan kumpulkan selama bertahun-tahun ini akan disia-siakan begitu saja.

Oleh itu, sebagai pemuda-pemuda yang tersangat bertuah..kecapilah & rebutlah peluang keemasan ini..tinggalkanlah dahulu segala urusan duniawi ini buat sementara waktu, isikanlah dengan amalan-amalan yang akan membantu kalian di suatu ketika nanti..semoga kalian semua memperoleh haji yang mabrur..dan jangan lupa luangkan masa hubungi ayah bonda di tanah air sebelum permusafiran kalian bermula..sesungguhnya restu dan doa mereka antara yang terpenting buat kalian di saat ini..

~salam permusafiran buat tetamu-tetamu Haramain~


Ahad, 1 November 2009

~sonata terakhirku~

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..terupdate jugak akhirnya..

~sonata terakhirku????~
hari ini merupakan hari ke-3 musim sejuk di jordan..sudah ramai student2 di universiti bersweater ke kuliah2..tapi ini belum sejuk betul-betul tau...tiba-tiba perasaan sedih & sebak menguasai diri..mungkinkah ini winter terakhir yang mungkin sya alami???tahun hadapan merupakan tahun terakhir pengajianku di sini..insyaALLAH, sya dan sahabat-sahabat akan terbang pulang ke tanah air tercinta pada bulan 7 (paling awal la)..amat singkat sekali masanya..

rasa-rasanya baru semalam mencipta memori sonata bersama sahabat seperjuangan & senpai-senpai tersayang..hari ini sya berdiri mencipta memori sonata terakhir bersama sahabat seperjuangan juga adik-adik tersayang..semalam seharian menemani mereka di bandar untuk membeli kelengkapan winter..melihat gelagat mereka...fikiran terus melayang memikirkan kondisi yang pernah sya alami suatu masa lalu..agak2nya macam itulah penatnya senpai2 melayan kerenah & kenakalan kami dahulu..kalau boleh satu bandar tu nak dibawa pulang..huhuhu

jika diberi peluang..ingin merasai indahnya sonata di negara lain pula..semoga sonata ini menjadi memori terindah yang akan tersisip rapi dalam kotak memori kita bersama..ingin menikmatinya sepuas-puas hati..kerana belum tentu nyawa ini terus diberi pinjaman bagi merasai sonata yang ke-3..YA ALLAH terima kasih atas nikmat-MU yang tak pernah terjangkau dek fikiran yang aku akan merasainya..terimak kasih atas RAHMAT & KASIH-SAYANG-MU..

WSALAM

p/s: pada family tersayang..doakan adik@acu disini sihat2 aje ye..tengah demam ni..ok..sayang semua..

Rabu, 7 Oktober 2009

~sambutan lebaran aidilfitri permai 2009~

bismilahirrahmanirrahim..

agak lama blog ni tidak di update..alhamdulillah..2/10 lepas sya selamat kembali ke dataran syam ini semula bagi menyambung pengajian yang berbaki 1 tahun lagi..dikesempatan ini sya mewakili seluruh ahli keluarga besar sya memohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang tempoh perkenalan kita bagi yang mengenali diri kami..

kalau da raya..memang tak sah la tanpa sambutannya..RINDU beraya dengan teman-teman seperantauan??? al-maklumlah..ramai yang balik beraya bersama keluarga masing-masing pada tahun ini..

maka dengan ini pihak permai 2009 dengan kerjasama MSD & BKMPJ sekali lagi menjemput ahli2 permai untuk bersama beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sambutan lebaran pada kali ini..dengan tema yang dicipta khas oleh penulis muda kita...."perantau takkan sepi"...


macam-macam ada....persembahan istimewa, tayangan, hadiah bertuah, pakaian raya terbaik, dan yang paling istimewa...sudah tentunya makan kan???so...kalau nak tahu, anda semua dijemput dan dialu-alukan ke majlis tersebut... lagipun ahli semakin ramai..masa ni la kita nak kenal & rapatkan ukhwah sesama ahli...adik baru boleh kenal kakak/abang..kakak/abang boleh kenal adik baru..yang lama jadi semakin kenal..btol x??? jadi mari beramai-ramailah kita datang memeriahkannya..

~BERPERMAI HINGGA KE SYURGA~

Selasa, 8 September 2009

~untukmu umat~

kepada semua sahabat yang sedang diuji..yang telah diuji..dan yang belum diuji dan yang mungkin akan diuji...

jangan bersedih wahai sahabatku..
Cinta ALLAH dan RASULULLAH menjamin kebahagiaan

jangan bersedih temanku...
Redha dengan anugerah ALLAH membuat kamu kaya di dunia

jangan bersedih kawanku..
ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmat-NYA yang amat luas

jangan bersedih saudaraku...
semata-mata anda berbeza dengan orang lain...
kerana setiap kejadian ALLAH itu ada kelebihannya tersendiri..

jangan bersedih duhai hati..
bila disakiti, dicela.direndahkan atau dizalimi..
kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

jangan bersedih lagi...
sesungguhnya sesudah kesusahan pasti ada kesenangan..

jangan bersedih..
kerana kesedihan anda merupakan kegembiraan bagi musuh anda..
jangan bersedih dan meratapi..
atas perilaku manusia terhadapmu..tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap ALLAH

jangan bersedih wahai PEJUANG-PEJUANG AGAMA ALLAH..
ALLAH tidak akan mempersia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara baik mahupun buruk, ada hikmahnya

jangan bersedih saudara seagamaku...
kerana dunia ini begitu hina untuk ditangisi..

DARI SEOARANG UMAT UNTUK UMAT...

~sekadar ucapan~

bismillahirrahmanirrahim..

bersyukur ke hadrat ilahi di atas segala kurniaan-NYA..betul-betul cipta sejarah dalam hidup ni..bulan 8 kosong tanpa sebarang post..maklumla..sibuk dengan exam & persiapan nak pulang ke tanah air..sampai je ke rumah, masalah internet pula..dalam minggu ni la baru dapat internet semula..macam mana la nak update..mohon maaf ye kawan-kawan..sedar tak sedar dah 19 hari kite berpuasa..alhamdulillah masih diberi kesempatan hingga ke hari ini..di kesempatan ini sya ingin mengucapkan "RAMADHAN KAREEM" pada semua yang mengenali diri ini..apa kabar agaknya sahabat-sahabat yang tinggal di irbid??harap semuanya sihat menyambut kedatangan pelajar baru..alhamdulillah..tahun ni sya diberi peluang berpuasa bersama keluarga tercinta di Malaysia..oklah..sekadar ingin mengucapkan selamat berpuasa pada semua sahaja..lain kali kita bersua lagi..jom pakat-pakat tambah iman & amal dalam bulan penuh keberkatan ini..sama-sama doakan ye..wsalam.

Ahad, 26 Julai 2009

~YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN MEREKA~

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..masih diberi nikmat ini..mohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini..dihambat dengan kesibukan pelajaraan & program..PENTINGKAN YANG MANA LEBIH PENTING...itulah yg terbaik..

sekadar ingin berkongsi sedikit cerita..

semalam berakhirlah sudah episod kami sebagai seorang adik bagi GEN 1 IKIP-Yarmouk disini..mereka telah terbang pulang ke tanah air memikul dan membawa amanah yang sangat besar untuk merubah masa depan ekonomi di Malaysia....dan kini perjuangan mereka akan diteruskan dan disambung oleh kami yang masih berbaki 1 tahun disini..dan kami juga perlu mengambil alih tempat mereka, memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang abang & kakak pula buat adik-adik GEN 3 yang bakal bermusafir mengutip ilmu di bumi Barakah ini...semoga segalanya dipermudahkan..



suasana wida' semalam amat meriah..al-maklumlah, 34 orang yang akan balik meninggalkan dataran syam ini..maka ramailah yang turun mengucapkan salam perpisahan buat mereka.4 buah bas dan 1 MPV bergerak secara konvoi ke sana.memang amat meriah..detik2 terakhir bersama mereka sangat dirasai...menatap wajah mereka dalam kesuraman cahaya lampu coster mampu mengalirkan air mata kasih...2 tahun hidup dibawah jagaan mereka..sudah pasti banyak kenangan yang tercipta..tidak kira abang, akak atau adik..sya rasa perasaan itu menghuni dan merajai diri masing-masing..

alhamdulillah..segala urusan di airport berjalan dengan lancar..esakan mengiringi pemergian mereka..sudah pasti kami akan merindui kalian..terima kasih pada semua..

ingatkan cerah hingga ke akhirnya..tapi ALLAH turunkan sekali lagi cabaran jiwa buat mereka untuk menguji ukhwah yang terbina..kami mendapat panggilan dari mereka di Bangkok mengkhabarkan berita yang agak sedih bagi semua. merancang untuk sama-sama menjejakkan kaki ke Malaysia seramai 34 orang tidak tercapai..itulah perancangan ALLAH..keluarga sudah menanti di seberang sana..tapi apakan daya..kita merancang..tapi segalanya DIA yang menentukan...jiwa mereka semuanya sudah terbang pulang ke tanah air bertemu keluarga yang terpisah selama ini..tapi kegembiraan itu terpaksa di tahan kerana mengalami masalah berkaitan tiket flight ke Malaysia....dikhabarkan hanya 18 orang yang dapat terbang pulang dan 16 lagi terpaksa menahan kegembiraan dan juga berkorban untuk tinggal di Bangkok buat sementara waktu..mungkin esok, mereka baru dapat terbang pulang..

buat sahabat-sahabt, sama-samalah kita menembak doa buat mereka..semoga mereka semua selamat dari sebarang masalah..semoga ALLAH jauhkan diri mereka dari virus H1N1..pada keluarga-keluarga yang menanti di malaysia, semoga tabah menuggu kepulangan mereka yang tersayang ke pangkuan..semoga ujian yang ALLAH turunkan ini mengukuhkan lagi ikatan kasih-sayang yang terbina antara kita semua..

semoga kita berjumpa lagi di pertemuan yang lain..raya nanti kita konvoi ramai-ramai ke rumah lecterur IKIP ye...huhuhu..jangan lupa bagi no contact di Malaysia nanti..jangan sedih-sedih tau..kami adik-adik kalian sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian..kasih-sayang kami tidak akan terhenti sampai di sini sahaja..insyaALLAH ianya subur hingga ke akhir hayat kami..terima kasih diatas kesudian kalian menjadi abang dan kakak kami..doakan kami berjaya seperti kalian atau lebih berjaya dari kalian..terima kasih atas segala-galanya..salam sayang dari kami di sini untuk meneruskan perjuangan kalian..tapi......we will miss you all like mad..
wsalam...

p/s: kami mula merindui kalian..hanya doa dan kenangan buat pengubat diri...doakan kami tabah..maaf, ini luahan untuk tatapan senpai2 tersayang..

buat semua...selamat berjuang untuk exam yang mendatang (imtihan thani & imtihan nihaie)..

Rabu, 1 Julai 2009

~selamat ulang tahun bondaku sayang~

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...dalam kesibukan dan kepanasan melalui musim panas di sini, masih diberi sedikit ruang untuk mencoret sesuatu buat insan yang terlalu dan teramat istimewa dihatiku...1/7 genaplah umurnya yang ke-56..semoga segala impianmu selama ini menjadi realiti..terima kasih bonda atas segala-galanya...tak mampu ku ucapkan dengan kata-kata yang dirimu amat ku sayangi..rindunya nak menatap wajahmu, memeluk dirimu dan mengucup tangan dan pipimu seperti dulu..sabarlah wahai hati dan diri...1 tahun saja lagi, akan ku luahkan segalanya bila tiba masa dan detik waktunya....ini adalah dedikasi teristimewa untukmu...

ibu..
9 bulan 10 hari diriku menumpang di rahimmu,
lahirnya diriku didunia disambut penuh mesra,
membesarnya diriku didunia penuh dengan limpah kasih sayangmu,
sihatnya diriku didunia hasil dari titisan susumu,
berjayanya diriku didunia hasil didikan dan amarahmu,

ibu....
tak terungkap dengan kata-kata bahawa diri ini
amat-amat menyayangimu
tak tertulis dengan tinta bahawa diri ini
amat mengasihimu,
tak terlukis dengan pelbagai warna sekalipun,
bahawa diri ini...amat mencintaimu...

ibu...
andai diberi pilihan walau sejuta insan sekalipun..
tiada sesiapa yang boleh menggantikan dirimu,
dirimu tiada galang gantinya,
dirimu hanya satu dalam hidupku,
jiwamu hanya satu dalam hidup anak dan suamimu..

ibu...
andai ada yang mampu ku balas jasamu
andai dapat ku balasi pengorbananmu...
akan daku laksanakan...
biar sejuta rintangan yang melanda..
biar beribu dugaan yang mendatang..
akan ku gagahi demi kasihmu...
lautan api sanggup ku renangi demimu...
duhai ibuku...

ibu...
terima kasih atas segalanya...
hanya ALLAH yang mampu membalasnya..
hanya doa mampu ku kirimkan buatmu yang jauh dimata...
hanya air mata kasih yang mampu ku curahkan dikala kerinduan melanda..
hanya sebuah janji kejayaan yang mampu ku patrikan buat dirimu..
hanya ingatan sayang yang mampu ku coretkan buatmu..
hanya gambar dirimu sebagai penguat semangat ku disini..
hanya restu dan doamu kuharapkan buat bekalan diriku ini...

ibu...
semoga bonda menjadi permata dan cinta agung...
buat ayahanda di dunia dan disyurga kelak..
semoga bonda menjadi bonda kami buat selama-lamanya...
terima kasih ibuku...
kaulah sumber kekuatan ku...
salam sayang dan rindu dari anakmu yang jauh diperantauan...

p/s: semoga diriku setabah dan setegas dirimu...sayang mak sangat-sangat..mmmuuuuuaaaahhhh...flying with love..

maaf sangat-sangat sebabnya anakmu ini tidak pandai bermadah pujangga, tidak pandai bermain kata-kata untuk melakar puisi yang indah dan cantik...hanya mengikut kata yang terbit dari lubuk hati sahaja..gambar tidak dapat dipostkan sekali kerana ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan...

mohon undur diri..wasalam..

Rabu, 17 Jun 2009

~congratulation to all my senpai~

bismillahirahmanirrahim...

pasti tarikh keramat 17 june 2009 akan bersemadi dalam ingatan kalian semua.tarikh yang amat bermakna untuk dikongsi bersama keluarga tersayang nun jauh di tanah air tercinta...alhamdulillah..selesai sudah majlis konvokesyen bagi senpai-senpai tersayang...walaupun sesak dibanjiri ribuan manusia..adik-adikmu sanggup meredah dan berasak-asak dengan orang-orang arab..hanya kerana kalian semua..jangan sedih-sedih..walaupun tiada keluarga di sisi, tapi kami adik-adik kalian tetap datang sebagai wakil keluarga kalian....TAHNIAH!!!MABRUK!!!!CONGRATULATIONS to all of you!!!semoga segala penat-lelah dan jerih payah kalian berjuang selama ini terbayar..tinggal lagi 38 hari bagi kalian menghabiskan sisa kehidupan di bumi jordan ini..


gambar dibawah adalah dedikasi istimewa buat tatapan kalian semua...bagi yang berkeinginan untuk melihat video yang dirakamkan sewaktu senpai semua mengambil sijil di atas pentas..boleh minta terus dengan sya..tidak di paparkan dalam ruangan ini kerana ianya hanya teristimewa buat senpai-senpai sekalian...tapi mungkin video tu bergegar sebabnya berasak-asak dan tersepit dengan mak cik arab, terpenyek sekejap, tapi tidak mengapa...demi senpai-senpai semua segalanya boleh....huhu..doakan adik-adik kalian yang bakal bergelar senpai ini akan berjaya seperti kalian atau lebih cemerlang dari kalian...sebelum balik nanti boleh la belanja adik-adik kalian yang bakal ditinggalkan ye....apa-apa pun kami semua menyanyangi senpai semua.. dedikasi untuk senpai tersayang..


senpai IKIP-YARMOUK GEN 1


berdiri belakang: zhafirrul tahrizie, mohd saufi, muhamad al amran, syed syarif qusyairi, mohd hassan, mohd syihabudin, mohamad fadhil, ahmad farhan, muhammad syafiq, mohd fais


berdiri tengah: hidayah, nurul anis, wan hafizah, farah najiha, nur fatihah, fareha, masitah fatahiyah, nurizzati, maniszah, nurul adilah, nor suhaila

berdiri hadapan: nor badariah, ain fadzreen, nurdiana, khairunnisa, siti robeah, nurul firdaus, nurul nadiah, siti farhana, sofila, normala emiza



tiada dalam gambar: mohd aizuddin, siti noor bahiyaah, nurul aiman







semua graduate yarmouk 09 bersama Dr Omari dekan fakulti syariah









senpai IKIP-YARMOUK GEN 1







semua graduate (JAIS, YAYASAN PAHANG & SINGAPURA)






senpai & bakal senpai bergabung...tapi tak cukup pun..





senpai IKIP-YARMOUK


bayt RAUNAQ



PLAZA HOME 3

bayt ANDALEEP


bayt IBTISAM




senpai JAIS


p/s: doakan seorang adik kalian yang pengsan selepas konvo kalian tadi cepat sihat ye..

kepada senpai-senpai IKIP-YARMOUK...jangan lupa...nak tengok video mintak ye..



bagi yang tersalah ejaan nama boleh beritahu sya untuk pembetulan ye..


Khamis, 11 Jun 2009

~ selamatkanlah perjalanan mereka YA ALLAH ~

bismillahirrahmanirrahim...

apabila dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa sahabat-sahabat di bumi Mesir..fikiran asyik teringat kepada sahabat-sahabat yang sedang menunaikan umrah...tambahan pula 8 beradik kami juga disana...semoga ALLAH permudahkan segala urusan kalian disana, permudahkan segala ibadah yang kalian laksanakan...dan semoga kalian juga selamat pulang ke pangkuan keluarga kecil kalian disini...kami disini, tidak putus-putus dan jemu mendoakan keselamatan kalian tidak kira dimana kalian berada..juga tidak dilupakan buat 2 beradik perempuan lagi yang kini sedang bermusafir ke rumah ibu saudara di UK..moga permusafiran kalian dalam jagaan-NYA..kami di sini merindui kalian dan berdoa segala yang terbaik buat kalian..kadang-kadang perpisahan itu mengajar erti sebuah kerinduan..ya..itulah yang kami rasai sekarang..semoga ukhwah antara kita semua akan terus berkekalan dan semakin mantap untuk terus berjuang dalam bidang kita..akhir kalam..kami menantikan kepulangan kalian semua..semoga diberi kesempatan untuk kita berjumpa lagi...salam ukwah buat kalian...

GEN 2 IKIP-YARMOUK

CLASS OF 2006-2010

~hanya doa mampu kami kirimkan~

Asalamualaikum w.b.t.

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN Mesir


sampai ke hari ini inbox email dan ym penuh dengan berita-berita dari bumi cairo..terasa sebak di dada membacanya..semoga segalanya dipermudahkan..secara jujurnya sya memang tidak mengenalinya..tapi apa yang dibaca mengenainya membuktikan arwah sangat istimewa di hati sahabat-sahabatnya..

terasa terpanggil untuk mengepost ke halaman blog ini walaupun diri tidak mengenali mangsa-mangsa..tapi mungkin kerana keadaan kita yang sama, berjauhan dengan keluarga tersayang menambatkan dan mengukuhkan lagi hati-hati kita yang diperantauan ini untuk bersatu..walau kita berbeza pandangan, berbeza bidang yang dituntut, berbeza negeri, berbeza loghat, berbeza perangai, berbeza negara yang dirantau..tapi ada perkara yang tidak membezakan kita...kita adalah saudara seakidah, saudara hidup & mati dan kita juga adalah anak-anak dari bumi bertuah..MALAYSIA..

tersentuh hati apabila terlihat status ym seorang sahabat KIBA-MARA di Mesir sekarang.."tiada lagi gelak tawamu yang menyerikan bayt ini, pemergianmu amat dirasai...al-fatihah"..mungkin beliau lebih merasai kehilangan ahli bayt yang seorang itu..mana mungkin segala suka dan duka sahabat yang tinggal serumah boleh terhapus dalam sekelip mata..moga kalian semua tabah..kami disini turut merasainya..lebih-lebih lagi sahabat-sahabat tahun 3 JUST yang turut mengenali semua mangsa..

mari sama-sama kita doakan semoga ALLAH permudahkan segala urusan penghantaran dan pengkebumian arwah di Malaysia...juga mohon didoakan sahabat-sahabat kita yang masih di dalam keadaan kurang stabil akan terlepas dari segala kemungkinan yang buruk bagi diri mereka...kepada 2 orang lagi sahabat yang tidak mengalami kecederaan fizikal yang teruk, tapi sya yakin..dikala ini, mesti kecederaan mental yang amat teruk menghuni diri kalian..banyakkan berdoa dan terus mengadu dengan-NYA..ini qadha' & qadar yang perlu ditempuhi..mungkin ianya terkandung berjuta-juta hikmah yang masih tersembunyi..moga kalian terus tabah menghadapi ujian yang ALLAH timpakan ini..

mari sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah..semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada' dan solihin..takziah diucapkan buat keluarga dan sahabat handai Allahyarham..

{ doa adalah senjata orang-orang mu'min }

Rabu, 3 Jun 2009

~ transaksi dalam ekonomi islam ~

alhamdulillah...akhirnya sempurna sudah perkampungan kami selama 2 hari 1 malam...memang amat memenatkan, tapi kebahagian dan keceriaan terpamer di wajah semua yang terlibat..ini merupakan proses permulaan bagi kami untuk merealisasikan misi ini, selepas ini banyak lagi yang akan kami tempuhi..sudah pastinya kami akan menerima komen-komen dan kritikan membina dari orang-orang yang akan menjalankan tanggungjawab penyuntingan bagi artikel-artikel kami...tapi kritikan yang bakal menjelma itu amatlah dihargai...

sedikit perkongsian ilmu yang akan dimasukkan kali ini berkisar tentang transaksi dalan ekonkmi islam..semoga ianya dapat memantapkan lagi ilmu yang sedia ada pada diri pembaca...dan juga 1 pertambahan ilmu kepada pembaca-pembaca yang masih belum mengetahuinya..selamat membaca dan memahami....



TRANSAKSI DALAM EKONOMI ISLAM:

1) Bank syariah: Merupakan satu institusi kewangan yang menjalankan operasi mengikut prinsip-prinsip syariah.


2) Mudharabah: Satu bentuk kerjasama antara dua pihak dimana pemilik modal menyumbangkan modal kepada orang yang melakukan kerja dengan persepakatan pembahagian untung. Kerugian pula ditanggung oleh pemilik modal.


3) Musyarakah: Satu perjanjian usaha sama antara dua pihak untuk melakukan atau terlibat dalam aktiviti perniagaan atau projek tertentu dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Modal dikeluarkan oleh kedua-dua pihak. Pembahagian untung dan rugi mengikut kadar yang telah disepakati oleh kedua belah pihak.



4) Murabahah: Satu transaksi antara dua pihak di mana kedua-duanya bersetuju pada suatu paras harga yang meliputi harga kos barangan dan juga keuntungan yang diambil.



5) Ijarah: Kontrak untuk mendapatkan khidmat atau manfaat tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu.




6) Wadiah: Barang atau simpanan yang diserahkan kepada seseorang atau bank untuk menjaganya. Ianya boleh dikeluarkan atau diambil pada bila-bila masa yang penyimpan kehendaki.



7) Ar-rahnu: Meletakkan harta benda sebagai jaminan atas hutang. Maksudnya, menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak berkemampuan untuk membayar hutang itu nanti.



8) Ujrah: Perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan kerja sebagai satu ganjaran atau upah atas apa yang dikerjakannya.




9) Qard Hassan: Pinjaman tanpa faedah. Ia merupakan pinjaman kebajikan dimana peminjam hanya perlu membayar sejumlah wang yang dipinjamnya.




10) Hiwalah: Bermaksud pemindahan. Merujuk kepada proses pemindahan wang atau hutang daripada satu pihak ke pihak yang lain atau dari satu akaun ke akaun yang lain dan bank dapat mendapat bayaran kerana perkhidmatan yang diberikannya.

11) Bai’ salam: Transaksi jual beli yang mana perjanjian dibuat antara dua pihak (pembeli dan penjual). Dalam perjanjian ini pembeli bersetuju membeli dengan membayar secara tunai barangan yang akan dihantar pada kemudian hari. Bahasa mudahnya, bayar dahulu tapi barang atau perkhidmatan belum diperolehi.




12) Bai’ bithaman ajil: Jualan bayaran tertangguh (tertunda). Jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan di tangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang di tetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.




13) Bai’ musawamah: Transaksinya sama seperti mudarabah. Tetapi pembeli tidak mengetahui harga kos barangan yang dibeli dan penjual sememangnya tidak berniat untuk memberitahu pembeli.




14) Kafalah: Jaminan yang diberikan oleh seseorang kepada tuan punya barangan yang meletakkan barangan itu kepada pihak ketiga. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, penjamin yang akan menanggung segalanya.




15) Wakalah: Seseorang wakil yang merujuk kepada keadaan di mana seseorang melantik orang lain untuk mewakilinya di dalam sesuatu urusan.




16) Tawarruq: Prinsip ini melibatkan dua peringkat urusniaga yang mana melibatkan belian secara kredit antara pembeli dengan penjual asal barangan. Kemudian pembeli akan menjual semula barangan tersebut secara tunai kepada pihak ketiga.




17) Sarf: Merupakan kontrak tukaran wang iaitu tukaran daripada satu matawang kepada matawang yang lain. Samada dari jenis yang sama atau kepada jenis yang berlainan. Tetapi ada diantara mazhab yang tidak membenarkan tukaran wang sekiranya melibatkan urusan kontrak di masa hadapan.




18) Istisna’: Prinsip jual beli yang mana perjanjian dibuat antara pembeli dan penjual yang bersetuju membeli sesuatu barangan sebelum barangan itu berada di pasaran. Pembeli barangan boleh membayar samada pada awal kontrak ataupun apabila barangan yang dipesan sudah siap untuk dihantar. Kontrak ini tidak boleh ditamatkan sewaktu proses pembuatan.





19) Bai’ al-dayn: Pembiyaan hutang. Dalam prinsip ini, pembiayaan dibuat berdasarkan jual beli dokumen-dokumen perdagangan dan pembiyaan digunakan untuk membiayai keprluan kewangan bagi tujuan pengeluaran, perdagangan dan perkhidmatan.




20) Bai’ istijar: Prinsip ini merupakan transaksi jual beli dimana perjanjian dibuat oleh pihak pembeli dan penjual yang mana bersetuju membeli kaedah yang berterusan dan tidak aka nada lagi proses tawar-menawar antara pembeli dan penjual setelah perjanjian awal disempurnakan.




p/s: jika terdapat kesalahan boleh la bagi teguran ye..ade lagi yang tidak dimasukkan..apa-apa pun..terima kasih atas kunjungan anda.


Selasa, 2 Jun 2009

~ merealisasikan misi ~

2 june 2009
jam 11malam (di saat kelopak mata dirasakan terlalu berat untuk diangkat)


assalamualaikum..
kalam bismillahirrahmanirrahim pembuka kata semoga penulisan ini diberi keberkatan dan manfaatnya..

hari ni merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh budak-budak GEN 2 IKIP-Yarmouk..hari perkampungan bagi semua sebagai satu cara untuk merealisasikan misi 1 kepala minimum 1 artikel..sebenarnya, misi ini sudah lama dirancang, tetapi baru dapat dilaksanakan kerana sedikit kekangan masa dan banyak perkara yang menuntut perhatian yang tinggi..


alhamdulillah..jam 10 pagi tadi tugasan telah diberikan kepada semua, tapi pada kali ini hanya 16 orang yang terlibat..bukan seperti kebiasaannya seramai 18 orang (perempuan)...kepada 8 adik-beradik lelaki kami, diberikan sedikit kelonggaran untuk memilih sendiri artikel yang mahu diolah, ini kerana, 2 hari lagi mereka akan berangkat menyahut lambaian KAABAH dan menjadi tetamu-NYA bagi menunaikan umrah...sudah pasti mereka sangat sibuk mempersiapkan diri di saat-saat akhir begini..semoga kalian tidak lupa untuk menembak doa buat kami semoga diberi kesempatan seperti kalian..

selepas masing-masing mendapat tugasan, bertebarlah adik-beradik besar kami ke tempat-tempat yang dijanjikan mengikut persetujuan ahli kumpulan masing-masing..maka..proses pengolahan ilmu yang dipelajari berkaitan ekonomi pun bermula..masing-masing menyibukkan diri dengan tugasan masing-masing..macam-macam gelagat dapat dilihat..punyalah khusyuk masing-masing sampai terlupa untuk makan tengah hari.

tanpa perancangan di awalnya, dalam masa 10 minit kami membuat keputusan untuk makan beramai-ramai..menu utama..NASI LEMAK...memang mantap..sahabat-sahabat memang best..makan dalam talam beramai-ramai membangkitkan selera masing-masing, sampai licin semua periuk kuali..bagus-bagus..tak berlaku pembaziran..huhuhu.walaupun tanpa kehadiran 2 sahabat tersayang yang kini sedang bermusafir ke UK, tetapi yang pastinya mereka tidak akan hilang dihati kita semua..moga ukhwah kita akan lebih bersatu dan berterusan hingga ke akhir hayat..semoga persahabatan ini membawa kita semua ke syurga abadi..

lepas makan, terus menunaikan kewajipan sebagai hamba-NYA..selepas selesai bertemu pencipta, masing-masing terus berteleku di posisi masing-masing bagi meneruskan artikel ke-2..bunyi kerjanya seperti senang sahaja kan???..memang senang bagi seorang yang bergelar penulis..bagi kami ianya sesuatu yang mencabar dan sesuatu yang baru dalam hidup..tapi sya yakin ianya akan menjadi 1 pengalaman yang berharga pada semua..tetapi untuk mengolah perkataan demi perkataan menjadi ayat yang boleh difahami agak sukar..bagi yang memang mempelajari bidang ini adalah tidak sukar untuk memahami jika kami cuma meletakkan point-point penting sahaja..tapi tujuan kami adalah untuk memberi kefahaman kepada insan-insan yang mempelajari bidang selain kami..maka akal dipertajamkan setajam-tajamnya untuk merelisasikan impian kami..moga ianya akan memberi manfaat pada semua..

pada sahabat-sahabat yang masih bertungkus-lumus pada waktu ini, teruskan perjuangan kalian. sebanyak manapun artikel yang kalian mampu hasilkan hingga petang esok, ikhlas kan niat kerana ALLAH..semoga salah satu usaha kita untuk menyebarkan ilmu ekonomi kepada masyarakat tercapai..yang paling penting ianya mampu memantapkan ilmu ekonomi yang sudah dipelajari..sama-sama kita doakan ye..

oklah..sampai di sini dulu coretan untuk kali ini..nak sambung mengolah ayat untuk artikel ke-2 pula..semoga ALLAH permudahkan segalanya...pada 2 sahabatku..hati-hati disana ye..mohon doakan kami ye..chaiyok!!chaiyok!!

Isnin, 1 Jun 2009

~ selesai untuk sem 6 ~


alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkn ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat kasih sayangnya, diri ini masih diberi pinjaman nafas yang tidak berbayar hingga ke saat ini..hari ini juga merupakan hari kemerdekaan kecil buat kami..yang mana merupakan hari terakhir kami berperang dengan soalan-soalan peperiksaan di universiti bagi sem 6..alhamdulillah..ada juga markah yang sudah kami perolehi..apapun natijahnya, segeralah melaksanakan sujud syukur kerana semua itu datangnya dari-NYA..semoga kita sama-sama menjadi hamba yang tahu erti sebuah perjuangan dan kesyukuran..

bila exam sudah melabuhkan tirainya..secara automatiknya..tirai percutian pula akan terbuka dengan selebar-lebarnya..wah-wah...ni mesti banyak program yang sudah direncanakan didalam fikiran masing-masing..tidak kira kemana pun arah tujuan anda untuk habiskan cuti ini, semoga ianya memberi banyak manfaat buat diri kalian semua..yang akan bermusafir ke negara orang, berhati-hati dan ke mana juga anda melangkah, melangkahlah dengan membawa agama islam..insyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan permusafiran kalian..

kepada senior-senior ku tersayang.. gunakanlah kesempatan yang masih berbaki lebih kurang 50 hari ini untuk kalian mengutip sebanyak mana mutiara-mutiara berharga yang melata di bumi jordan ini..ciptalah sebanyak manapun kenangan yang kalian mampu..kerana kita yang mampu cipta sesebuah kenangan itu..kitalah yang mencorakkan samada itu kenangan manis untuk dikenang atau kenangan yang pahit untuk diingati..tapi percayalah tidak semua kenangan pahit itu mampu membunuh rasa kita untuk mengingatinya..kadang-kadang ia pahit untuk masa sekarang, tapi mampu memberi kemanisan dan mampu membuatkan kita tersenyum bila mengenangkannya..dikesempatan ini daku mewakili adik-adik kalian yang lain ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan kalian semua..semoga pulangnya kalian nanti memberi sinar baru terhadap ekonomi islam khususnya di tanah air tercinta..gunakan segala yang kalian pelajari, semoga kalian terus berjaya dan akan menunggu kami yang masih berbaki 1 tahun ini untuk sama-sama mengorak langkah yang lebih lebar..semoga segala impian kalian, kami, keluarga dan warga pendidik bukanlah sekadar mimpi indah yang disulam semata-mata..juga setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kerana kasih sayang, amarah, nasihat, teguran, pertolongan, tunjuk ajar, perkongsian ilmu, segala kenangan suka dan duka yang kalian berikan kepada kami sebagai adik-adikmu sejak dulu..hanya ALLAH yang dapat membalasnya..


kepada adik-adik, sahabat-sahabat, senior-senior JUST..selamat menghadapi exam yang bakal menjelang..dikesempatan yang masih berbaki ini siapkan segala senjata-senjata kalian untuk berperang pada kali ini..semoga segalanya berjalan dengan lancar..semoga semua akan berjaya dengan cemerlang..kerana kalian adalah bakal-bakal doktor yang memperjuangkan islam..tiada apa yang lebih tinggi dari agama islam itu sendiri..

sekadar ini dulu coretan untuk kali ini..insyaALLAH..lepas ni banyak sikit masa untuk berteleku di hadapan alat penghubung maya ini..semoga dipermudahkan segalanya..jaga diri ye semua..jangan nakal-nakal cuti ni..jaga kesihatan dan jaga akhlak..doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat & diri sendiri....sayang semua..


Jumaat, 15 Mei 2009

~dedikasi buat yang teristimewa~

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..wah-wah…banyaknya sawang dalam blog ni..memang xsempat nk bersihkan la..banyak lagi yang perlu dimantapkan sebelum final exam yang bermula 17 mei 2009 iaitu pada hari ahad ni..semoga ALLAH permudahkan segalanya..


DEDIKASI PERTAMA:


Alhamdulillah..sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya dapat lagi diri ini bernafas hingga ke saat ini dan masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu buat kalian yang teristimewa lagi bermakna di dalam hidupku..


16 mei 2009..
“SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK” “HAPPY TEACHERS DAY” Tidak lengkap rasanya hidup ini jika ucapan yang satu ini tidak terungkap di bibirku..ucapan ini ditujukan khusus buat semua warga pendidikku dan amnya pada seluruh guru-guru didunia..


Guru tabika kemas jengka 17 : tahun 1993 – 1994
Guru SEK. KEB. LKTP JENGKA 17 : tahun 1995 – 2000
Warga pendidik MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI : tahun 2001-2005
Warga pendidik KULIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR : tahun 2006
Warga pendidik IKIP – YARMOUK generasi ke-2 : tahun 2006-2010




Semoga kalian semua terus bersemangat mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna..tanpa kalian siapalah diriku ini..atas usaha dan dorongan daripada kalian daku mampu mencapai apa yang diimipikan. Halalkan segala ilmu yang dicurahkan..moga-moga berkat redha dan doa kalian, anak-anak didikmu akan Berjaya..terima kasih atas kasih-sayang, masa, wang-ringgit, nasihat, dorongan, panduan, ilmu, amarah kalian, leteran kalian, buah tangan (rotan), kenangan suka dan duka bersama kalian dan segalanya. Tidak mampu untuk daku membalasnya..Cuma doa dapatku panjatkan semoga kalian semua sentiasa dibawah lembayung rahmat YANG MAHA ESA..kalian amat bermakna di dalam hidupku..nama kalian juga terpahat elok di hatiku..doakan anak didikmu ini. salam sayang penuh kerinduan dari daku buat kalian yang teristimewa.





DEDIKASI KE-DUA

Ini adalah surat yang dihantar kepada warga pendidik ma’ahad sas sempena hari guru 2009..pertama kali tidak dapat menemui dan berbual mesra bersama guru-guru tersayang hampir 9 bulan.rindunya...semoga terus tabah
..



Assalamualaikum w.b.t


Kehadapan warga pendidik MA’AHAD SAS yang kurindui..semoga kalian semua berada dalam keadaan sejahtera dan bahagia dibawah lembayung rahmat kasih illahi..semoga diri ini tidak terlewat mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada tahun 2009 ini..


Rasanya baru semalam kita duduk bergelak tawa…rupa-rupanya sudah hampir 4 tahun daku meniggalkan alam persekolahan di sana..memori indah, suka dan duka masih menari-nari indah di kotak ingatanku..seperti baru semalam segal-galanya berlaku..saat di beri amanah, tanggungjawab, bersukan, dileteri, ditegur, dirotan dan segalanya..ya..sesungguhnya daku amat merindui saat-saat itu..


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada kalian semua..kerana kalian, daku mampu berada di tempat sekarang..tidak pernah terjangkau dek akal fikiran yang satu hati nanti diri ini mampu menjejakkan kaki di bumi Jordan ini..tapi hasil didikan dan jerih payah kalian selama ini..segalanya telah menjadi realiti…


Kerana jasa dan pengorbanan kalian yang bersusah-payah mendidikku..aku mampu berdiri di rantauan orang..guru-guruku…teruskan usaha murni kalian, mendidik anak bangsa menjadi seseorang yang berguna pada AGAMA, Negara dan Masyarakat..semoga kalian dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat kelak..


Restu dan doa kalian ku harapkan untuk meneruskan kehidupan ini..redha kalian terhadap ilmu yang pernah dicurahkan mampu menukarkan mimpi-mimpi indahku selama ini menjadi realiti…ku doakan kalian sentiasa mampu mengukir senyuman di hari-hari mendatang kerana senyuman kalian amat bermakna buat pengubat ketakutan dan penawar duka dihati para pelajarmu..senyuman kalian juga adalah sebagai sumber inspirasi setiap hati-hati yang memerlukannya..senyuman kalian juga mampu memberi keyakinan kepada anak didikmu dikala ketakutan dan kegagalan menimpa diri..dan senyuman kalian juga adalah penyeri bagi seluruh alam kecil MA’AHAD SAS..dan sesungguhnya diri ini amat merindui setiap tutur bicara dan senyuman kalian..semoga diri ini diberi kesempatan untuk menatap wajah-wajah kalian yang amat dirindui..


Sampai di sini dahulu coretan hatiku..doakan anak didikmu ini yang jauh dirantauan orang..doakan daku Berjaya menjadi seseorang pada saru hari nanti..terima kasih sekali lagi di atas jasa dan pengorbanan kalian..saya mewakili seluruh ex-ma’ahad sas SPM 05 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diatas usaha murni kalian selama ini..semoga kalian mampu tersenyum bangga apabila melihat kejayaan anak didik kalian seramai 88 orang ex-students ma’ahad sas SPM 05 ke puncak menara gading dan menjadi bintang-bintang yang bersinar 1 hari nanti...…

TERIMA KASIH GURU-GURUKU..

SELAMAT HARI GURU
16 MEI 2009



Dari anak didikmu di rantauan..
Natasyashazlin Abdullah
Ex-student MA’AHAD SAS SPM 05
pelajar tahun 3 syariah, ekonomi & perbankan islam,
Universiti Yarmouk, Irbid
Hashemite Kingdom of Jordan..

p/s: harap maaf..tidak ada diskriminasi ya..tapi hanya gambar-gambar ini sahaja yang masih ada dalam simpananku..mohon maaf bagi warga pendidik yang gambarnya tidak tersiar sekali.apa pun jasa dan pengorbanan kalian tetap utuh disanubari..

Sabtu, 18 April 2009

~ muhasabah cintaku ~

assalamualaikum...dalam kesibukan menelaah buku untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang di univesiti..hamba-NYA ini masih diberi kesemptan oleh ILLAHI untuk mencoretkan sesuatu buat kalian yang teristimewa..terima kasih diucapkan buat sahabatku di sarawak yang sudi menghantar video ini kepadaku..dan akan ku kongsikan bersama kalian semua..semoga ada manfaat yang boleh diambil daripada post kali ini....kerana,
AMSYAKKI..~ aku manusia sayang akan kamu kerana illahi~



~WARKAH KE SYURGA~
ASSALAMUALAIKUM..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

SERING KUTITIPKAN DOA
AGAR KITA SEMUA SENTIASA
BERADA DIBAWAH PAYUNGAN
RAHMAT DAN HIDAYAH-NYA
YANG MAHA ESA

DALAM KEKALUTAN DUNIA PADA KETIKA INI..
DAKU AMAT BERHARAP AGAR ALLAH
SUDI MENGAMPUNKAN DOSA
KITA SEMUA..

DALAM KEADAAN MANUSIA TIDAK LAGI
TAKUT KEPADA TUHAN-NYA
DALAM KEADAAN MANUSIA
TIDAK LAGI DAPAT MEMBEZAKAN
ANTARA YANG HAK DAN YANG BATIL…
DAN DALAM KEADAAN MANUSIA
TIDAK LAGI DAPAT MEMBEZAKAN
YANG MANA PAHALA DAN
YANG MANA DOSA..

MOGA-MOGA DOA YANG
SELALU KITA POHON
DIMAKBULKAN OLEH-NYA…

WALAUPUN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA
KADANG KALA KITA LUPA KEPADA-NYA…
DAN KADANG KALA KITA INGAT KEPADA-NYA..

TAPI YANG PASTI…
TERLALU BANYAK MASA KITA
DIHABISKAN BUKAN UNTUK-NYA….

BUAT PERMATA ISLAM….
SUDAH TENTU DIKASIHI ALLAH
DAN DIRINDUI NABI…
SESUNGGUHNYA ISLAM ITU
BUKAN SEKADAR AGAMA…
TETAPI IA ADALAH CARA HIDUP KITA..
SAMA ADA CARA KITA BERPAKAIAN…
BERTUTUR..BEKERJA..ATAU
DENGAN PERKATAAN YANG LEBIH MUDAH…
BERMULA KEHIDUPAN KITA
DARIPADA BAGUN TIDUR SEHINGGA
KITA TIDUR KEMBALI….

SEMUANYA ALLAH TELAH GARISKAN UNTUK KITA…
HATTA SEBELUM KITA LAHIR SEHINGGALAH
KITA DITEMPATKAN DI DALAM LIANG LAHAD…
ISLAM JUGA TELAH MENGAJAR CARANYA…

SERINGKALI KITA MENDENGAR
SABDA RASULULLAH S.A.W. YANG BERMAKSUD…
"ISLAM ITU TINGGI..TIADA YANG TINGGI SELAINNYA"…

TAPI SAYANG SAMA SEKALI..
KITA YANG MERENDAH-RENDAHKANNYA…
KITA MENJAUHKAN DIRI DARIPADANYA..
BAHKAN KITA MALU APABILA ISLAM ITU…
MENJADI IDENTITI KITA…

KITA LALAI DENGAN KEHIDUPAN KITA…
SEHINGGA KITA MENYANGKA
DUNIALAH SYURGA YANG KEKAL ABADI UNTUK KITA..
SEHINGGA KITA LUPA
ALLAH S.W.T. TUHAN YANG MAHA ESA,
SEDANG MEMERHATIKAN KITA…

KITA TAHU ADANYA ALLAH…
TAPI KITA MELANGGARI PERINTAH-NYA..
SOMBONGNYA KITA… KERANA KITA LUPA
KEPADA PEMBERI SEGALA NIKMAT..
SEHINGGA KITA MENJADI ORANG YANG KUFUR KEPADA-NYA….

KITA TAHU BENARNYA AL-QURAN..
TAPI KITA TIDAK MENGAMBIL PENGAJARAN DARIPADANYA…
KITA JUGA TAHU…
ADANYA DOSA DAN PAHALA..
BAHKAN KITA JUGA TAHU…
ADANYA SYURGA DAN NERAKA..
TAPI KITA MASIH TIDAK MEMPEDULIKAN
PERINTAH ALLAH S.W.T. YANG MAHA KUASA…

BUAT MUTIARA ISLAM…
YANG INSYAALLAH….
AKAN TERUS BERGEMERLAPAN DI BUMI ALLAH…
PROF DR HAMKA PERNAH BERKATA….
“ KITA BOLEH MENGHITUNG USIA KITA YANG TELAH DIGUNAKAN…TETAPI KITA TIDAK BOLEH MENGHITUNG BERAPA LAGI USIA KITA YANG MASIH TINGGAL “

PERSOALANNYA…
BAGAIMANA PERSEDIAAN KITA…
APABILA USIA YANG TERKANDUNG DALAM JASAD KITA SUDAH HABIS DIGUNAKAN…

MASIHKAH DIKAU INGAT AKAN FIRMAN ALLAH S.W.T.
DLAM HADITH QUDSI-NYA…YANG BERMAKSUD..
DARIPADA ABU HURAIRAH R.A…
AKU SESUAI DENGAN DUGAAN HAMBA-KU KEPADA-KU
DAN AKU BERSAMA DENGANNYA..
KETIKA DIA INGAT KEPADA-KU…

JIKA DIA INGAT KEPADA-KU DI DALAM HATINYA..
AKU AKAN MENGINGATINYA DI DLAM HATI-KU…
DAN JIKA DIA INGAT KEPADA-KU DALAM LINGKUNGAN KHALAYAK RAMAI…
NESCAYA..AKU JUGA MENGINGATINYA
DALAM LINGKUNGAN KHALAYAK RAMAI YANG LEBIH BAIK….
DAN JIKA DIA MENDEKATI-KU SEJENGKAL..
AKU PUN AKAN MENDEKATINYA SEHASTA…
DAN JIKA DIA MENDEKATI AKU SEHASTA…
NESCAYA AKU MENDEKATINYA SEDEPA…
DAN JIKA DIA DATANG KEPADA-KU BERJALAN…
MAKA AKU MENDATANGINYA DENGAN BERLARI…

HADITH RIWAYAT SYAIKHANI DAN TARMIDZI..

WALAUPUN SEBESAR BUKIT UHUD SEKALIPUN DOSA YANG KITA LAKUKAN…
SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T. MASIH MENGAMPUNKAN DOSA KITA..
OLEH ITU…KEMBALILAH KEPADA-NYA..

ANDAIKATA HIDUP INI TELAH JAUH
DARI LANDASAN YANG DITENTUKAN OLEH-NYA…

SESUNGGUHNYA KASIH SAYANG ALLAH…
MEMBATASI KASIH SAYANG SELURUH MAKHLUK..

SETAKAT INI SAHAJA NUKILAN BUATMU..
KU MOHON JUTAAN KEMAAFAN ANDAI KATA BICARAKU SEBENTAR TADI..
MENGGURIS HATIMU…
TETAPI SESUNGGUHNYA DAKU TIDAK SEKALI-KALI
BERMAKSUD UNTUK MELUKAIMU…
SEMOGA DIRAHMATI ALLAH SELALU..
BERTEMU LAGI…
KALAU TIDAK DIDUNIA…
INSYAALLAH DI TAMAN SYURGA NANTI…
WASSALAM..

Jumaat, 17 April 2009

~ selamat ulang tahun sayang ~

ALHAMDULILLAH...sedar tak sedar da hampir exam final da..lebih kurang 1 bulan aje lagi sem 6 buat diriku dan rakan-rakan seperjuangan akan melabuhkan tirainya..dan c-nior2 yang kami sayangi lagi dihormati akan mula menyibukkan diri dengan segala macam perkara yang mesti diselesaikan sebelum terbang pulang ke tanah air tercinta bertemu keluarga setelah 2 tahun tidak bersua muka..


semoga pulangnya kalian membawa segulung ijazah ditangan dan ilmu yang sarat di dada..didoakan semoga segala urusan kalian berjalan dengan lancar..ameen..agak sedih jugakla, sebab sya dan sahabat-sahabat tak dapat mewakili IRBID tuk KARISMA nanti, coz 2/5 exam ke-2 untuk madah Lughah..takpela, pentingkan apa yang lebih penting kerana disitu adalah masa depan kita..moga tahun depan berkesempatan..didoakan team BIRU berjaya disana..


kali ini tak ada yang menarik untuk disampaikan..cuma didedikasikan khas buat:

CIK NORAZLINAWATI BINTI ABDULLAH..


sanah helwa ya ukhti (3x)

hepi besday my sis (3x)

selamat hari lahir k.teh (3x) ..


18/4/2009 genaplah usiamu 24 tahun, semoga umurmu diberkati ALLAH selalu, diberi kejayaan didunia dan di akhirat, semoga menjadi anak, adik, akak, ibu saudara yang solehah..

dikesempatan ini adik memohon sejuta kemaafan atas segala salah dan silap adik sepanjang kita membesar bersama. maafkan adik jika selama ini k.teh yang banyak menerima hukuman diatas kesalahan adik(nama pun adik kan, mestila manja sikit..huhuhu)..

mudahnya cecair ini mengalir menuruni pipi..k.teh, adik rindu sangat-sangat. teringat tutur katamu yang penuh dengan semangat dan inspirasi buat adik..teringat akan ketabahanmu disaat ujian yang MAHA KUASA keatasmu dengan menciptakan sakit tulang belakang terhadapmu..

tulang belakang dibahagian bawah hancur ketika itu..tapi kau masih mampu tersenyum dikala kesakitan yang terlampau kau tanggung, kau masih mengukir segaris senyuman pengubat duka dikala abah, mak, abg, akak2, adikmu dan juga anak2 saudaramu menangis melihat penderitaanmu..kami menjadi tabah melihatmu masih bertahan walaupun urusan hospital amat lambat..kira-kira sebulan k.teh di hospital kuantan (HTAA), 1 bulan terlantar di katil rumah tanpa sebarang rawatan atau susulan dari pihak hospital..16 januari 2006 akhirnya penantian k.teh berakhir apabila k.teh di arahkan ke Hospital Selayang(itupun selepas abah dan k.na serang HTAA) terukkan???k.teh sakit dah separuh mati pun, tapi doktor tak buat apa-apa pun, siap suruh mak dan abah bawa k.teh balik rumah lagi...

bila sampai Hospital Selayang, pakar tulang kat situ tak boleh nak terima k.teh..katanya sakit k.teh da teruk..k.teh terus di rujuk ke HKL..alhamdulillah.urusan k.teh dipermudahkan di situ, memandangkan k.teh masih student maka segalanya dibawah tanggungan kementerian pengajian tinggi, cuma abah dan mak perlu keluarkan duit sebanyak RM1300 untuk baju penyokong tulang belakang k.teh..waktu k.teh jalani pembedahan tu, adik tak balik, adik kat PEKAN tapi adik risau sangat-sangat..adik demam, tak boleh tidur, adik buat solat hajat dan baca yassin dan Al-Quran untuk k.teh..Alhamdulillah, adik dapat massage dari k.ngah bagitau k.teh selamat, baru adik boleh bernafas dengan teratur..sayangnya adik pada k.teh tidak tergambar (bukan tak syg pada yang lain..tapi masa adik lebih banyak bersama k.teh berbanding yang lain)...


hampir setahun k.teh bergantung dengan baju penyokong untuk meneruskan kehidupan sebagai student, mula-mula nampak segala yang k.teh lakukan serba tak kena, tapi alhamdulillah..k.teh berjaya mengatasinya. walaupun k.teh sakit dan perlu ke hospital setiap bulan untuk rawatan susulan, k.teh mampu membuktikan yang k.teh juga mampu tersenarai antara pelajar terbaik DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM di politeknik kuantan..dan sekarang di UNITEN menyambung diperingkat ijazah dalam bidang yang sama..TAHNIAH!!!kaulah sumber inspirasiku..

oklah k.teh..sampai di sini dulu mampu adik coretkan..terasa kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan di sini..maafla sebabnya adik ceritakan kisah duka family kita disini.
1 lagi pesanan adik, k.teh jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada abah dan mak sebab tanpa mereka tiada angka 1 hingga 24 dalam umur k.teh..terima kasih atas kasih sayangmu..tunggu kepulangan adik ye..tolong jaga abah dan mak untuk adik ye..salam rindu yang menggunung dan sayang yang tak terluah dari adik diperantauan..

semoga ketabahanmu menjadi penguat semangatku disini. maaf bagi yang tak berkenaan kerana post kali ini bersifat peribadi..semoga bakal-bakal doktor mengambil pengajaran dari kisah ini, kerana nyawa seseorang begitu berharga, kerana bagi pesakit dan ahli keluarganya, doktor adalah seorang kawan dan juga seorang insan yang paling berilmu untuk membantu ketika mereka didalam kesakitan, mungkin seorang doktor mampu menyembuhkan penyakit, tapi bukan kuasa doktor untuk menghalang kematian, kerana doktor adalah manusia biasa, doktor hanya mampu sedaya mungkin berusaha dengan ilmu yang dia ada tapi hanya yang MAHA ESA mampu menentukan hidup dan mati seseorang, kerana nyawa doktor juga ada bersama-NYA..semoga ianya bermanfaat buat semua..


p/s: salam imtihan thani buat semua..bersama tingkatkan muadal dan prestasi.

Jumaat, 13 Mac 2009

~ AMSYAKKI...penawarku juga kesayanganku ~

ALHAMDULILLAH...setinggi-tinggi kesyukuran dirafaqkan kepada ALLAH, tuhan semesta alam di atas segala nikmat-nikmat yang telah dikurniakan buat diri ini tanpa apa-apa bayaran..kali ni hanya mahu berkongsi rasa seorang anak rantau..yang jauh dari keluarga tercinta, jauh dari gelak tawa dan tangis mereka..sedih la pulak..

hari sabtu lepas, habis je exam lughah, terus ke balad (bandar) dengan kawan-kawan..niat nak pos barang ke malaysia je...alih-alih, lepas pos barang, kami merewang kat bandar..da lama tidak berkesempatan keluar bersama-sama..menemani kawan-kawan mencari barang-barang yang mahu dikirimkan kepada keluarga tercinta yang jauh beribu batu..

lepas je siap beli-beli barang tu...kononnya nak terus balik la..tapi tiba-tiba teringin sangat nak cari something special untuk diri sendiri..kaki terus melangkah melewati syari' husson..masuk je kedai haiwan, hati terus berbunga riang..terpaku melihat pelbagai spesis ikan berenang-renang, burung berkicau merdu mengalunkan irama tersendiri..hebatnya ciptaan ALLAH..

terasa mahu mencari kura-kura..tangan terus menghubungi akk c-nior..sebabnya lupa apakah kura-kura dalam B.A..terima kasih kak..kura-kura adalah SULHAFA' dalam B.A...terus la tanya ammu kat kedai tu...ada tak SULHAFA'...ammu tu terus senyum..die tunjuk yang kecil je...anak-anak..takde la berminat sangat..tiba-tiba, die ambil yang besar..adalah besar tapak tanganku..hati terus jatuh cinta padanya..dengan tidak teragak-agak lagi, terus buat keputusan untuk membelinya..lepas proses tawar-menawar..dapatlah harganya 6 dinar..lepas bayar kami pun menahan teksi untuk pulang...

sampai sakan, terus ke bilik seorang sahabat yang memelihara kura-kura yang diberi nama AMSYAK..sebab jantan..dan kura-kura daku adalah betina, maka diberi nama AMSYAKKI oleh sahabatku itu..special sangat nama tu.."AKU MANUSIA SAYANG AKAN KAMU KERANA ILLAHI"

tak tahu macam mana nak menggambarkan riangnya hati..dulu bila balik dari kuliah, tak rasa seperti sekarang..sebabnya sekarang, terasa kewujudannya di bilik kecil ini..rindu melihat keletahnya berenang-renang, rindu melihatnya berjalan di dalam bilik, bermain sorok-sorok..memang menghiburkan..walaupun usianya baru seminggu hidup bersamaku..tapi terasa sudah lama bersama..dialah tempatku meluahkan rasa, melepaskan rindu..bila selalu bercakap dengannya..terasa dia memahami apa yang dibicarakan..begitu hebat dan indah ciptaan-NYA..itulah AMSYAKKI ku...semoga kamu terus hidup didunia ini..

tahun depan, kita akan berpisah..sebabnya untuk membawa kamu pulang ke malaysia, agak susah..insyaALLAH, kalau umur mu panjang..akan ku serahkanmu kepada insan yang paling ku sayangi di sini, tanda kasih-sayang antara kita (manusia & haiwan) kerana kamu juga makhluk ALLAH sama seperti kami..

semoga kamu bahagia disampingku sebagaimana bahagianya aku dengan kehadiran & kewujudan kamu..




~SAYANG AMSYAKKI~

~ ma'rad al-thaqafi 2009 ~

bismillahirahmanirrahim...alhamdulillah, masih diberi kesemptan untuk hidup di dunia ini...syukur juga dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan segala nikmat yang diberikan, ma'rad telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang..walaupun sudah 5 hari ma'rad melabuhkan tirainya, rasa-rasanya masih tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada AJK pelaksana program dan semua yang bertungkus-lumus menjayakan ma'rad walaupun masing-masing sibuk dengan imtihan awal yang bergerak seiring dan sejalan bersama..semoga kita semua mendapat kebaikan di dunia dan akhirat..andai ada salah dan silap sepanjang ma'rad, saya yang telah ditaklifkan sebagai setiausaha, mewakili semua AJK pelaksana program memohon ampun dan maaf..semoga ma'rad tahun hadapan lebih mantap, lebih ceria dan lebih baik dari tahun ini...di sini, dipaparkan juga gambar-gambar di booth malaysia dan juga video perasmian.tapi disebabkan orang yang merakam tu rendah dan terpaksa bersesak-sesak dengan pak-pak arab, maka hasilnya tidak lah secantik mana...semoga daripadanya masih terselit sedikit perkongsian antara kita..

malam persiapan ma'rad:
syu'un tolabah
8- 12.30 malam



muka-muka yang bertungkus lumus menyiapkan booth malaysia..terima kasih semua..korang memang best!!!



inilah hasil kerja tangan semua yang terlibat..ada majlis perkahwinan, perayaan dan juga permainan tradisional.. cantik tak




syu'un tolabah : 30/3/2009
majlis perasmian ma'rad



antara hidangan makanan yang disediakan pada hari pertama..hari-hari lain da tak sempat ambil gambar..sibuk dengan exam.





ni pulak gambar hantaran-hantaran perkahwinan..contoh jela, tak larat nak buat banyak-banyak..





tenggolok...



ni pulak sudut permainan tradisional



petugas-petugas ma'rad dan juga encik arman di pagi perasmian..hensem dan cantik-cantik belaka..




pesilat-pesilat yang diamanahkan membuat demo di pagi perasmian..mantap-mantap!!boleh jemput kenduri kawin nanti..huhuhu




datin & k.long menjamu selera sambil berbual bersama presiden MMY..saudara Syihab




pengarah program..sharafie bergambar kenangan bersama datuk, datin, ust sulaiman & k.long





datuk & datin memang sporting.."mengimbau kenangan di zaman muda-muda dulu"..kata datuk..




ust sulaiman & k.long turut mengabadikan kenangan di booth malaysia..








harap maaf sebabnya perakam video ini bukanlah seorang yang pro..gambar gegar-gegar ke..lagipun bersesak-sesak waktu tu..memang susah..hanya ini yang mampu..


oklah..sampai di sini dulu yang mampu dicoretkan, masa rehat study malam ini terisi dengan post tuk kali ini..mohon didoakan kami penuntut-penuntut ekonomi tahun 3 ye...esok kami exam..buat sahabat-sahabat tersayang, semoga semuanya najjah ye..berjuang untuk memartabatkan semula ekonomi islam tercinta...jumpa lagi di post akan datang dengan tajuk AMSYAKKI....penawar dan kesayanganku..nak tahu apa???kena la jenguk-jenguk blog yang tak seberapa ini...ok...selamat membaca semua..terima kasih atas segala nasihat dan dorongan dari kalian sama ada secara langsung atau secara tidak langsung..salam perjuangan..







*cinta sejati menyembuhkan bukan menyakitkan..
yang terpendam, hapuskanlah..jangan membarah, yang ditangisi, lupakanlah... jangan dikenang,
yang dikesali, maafkanlah.. jangan difikir lagi,
kunci bahagia RUMAH kita..
pendamlah keimanan & ingatan manis,
kenangilah tangisan syukur,
semoga cinta terus dalam REDHA ILLAHI*

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP