~BINGKISAN HATIKU~

"sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cintaku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu terus saja menuliskan..
kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta, akal terbaring tidak berdaya, bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur..
cinta sendiri yang mengubah CINTA"
~عندما يسبيح الحب~

Jumaat, 20 Februari 2009

~khas untuk seorang yang bergelar puteri~

Seorang puteri itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang puteri itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, dari tulang rusuk putera yang bengkok, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


Seorang puteri itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang puteri itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang puteri itu ...
bisa setabah Maryam, meskipun dicaci dan dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti kudusnya Fatimah, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


Seorang puteri itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Ad-Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang puteri itu ...
melenturnya perlu dengan penuh kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang puteri itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerana seorang puteri itu yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan..

seorang puteri itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!


Seorang puteri itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dan hídayah & mujahidah, pejuang ummah ...
sebagai anak ummi & ayah, sebagai muslimah yang solehah ...kerana kelak puteri akan menjadi ibu, membentuk anak-anak ummah, dan rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang puteri itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ... kebahagiaan seseorang puteri itu! Moga-moga Ar-Rahman melindungi dan meredhai jalannya..

~saidina bilal r.a. dan kecintaannya~

Alhamdulillah...Tanggal pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah mengikut pendapat yang masyhur, atau 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi berpandukan kepada pendapat yang rajih, lahirlah Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w ke dunia.

kelahiran Rasulullah saw merupakan kelahiran yang ditunggu-tunggu. Bahkan ketibaan nabi akhir zaman ini sangat dinantikan oleh kaum yahudi. Namun dek kerana taksubkan kepada entiti perkauman, nabi utusan terakhir penyempurna kepada agama ini ditolak mentah-mentah oleh mereka bila mana nasabnya bukan daripada keturunan Bani Israil.

Sekarang kita ditinggakan baginda saw lebih daripada 1400 tahun yang lalu, terasa sangat jauh sekali jaraknya, hinggakan segala ajaran Islam kembali menjadi asing dalam bentuk pengamalan yang sebenar. Dagang dan merempat di bumi sendiri.

Pernah menguasai dua pertiga dunia, kini Islam kembali kepada zaman fitnah. Namanya sahaja sudah dipalitkan dengan pelbagai tomahan hinggalah kepada penghinaan kepada jasad yang nabi saw yang mulia. Semuanya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menghilangkan nur Islam di bumi ALLAH ini.

Atas alasan kebebasan bersuara, baginda saw dihina lagi. Ulang cetak karikatur penghinaan kepada rasul saw oleh akhbar Denmark merupakan satu bukti. blog-blog menghina kekasih ALLAH ini juga wujud..Bahkan lambakan filem yang menghina agama ditonton tanpa perasaan oleh umat Islam sendiri.

Di manakan kita bila BAGINDA SAW dihina?
Di manakah kita bila BAGINDA SAW dicerca dan dimaki?
Di manakah kita bila BAGINDA SAW dilemparkan fitnah??

layakkah rasanya diri ini untuk menyatakan cinta kepadamu RASULULLAH...kerana dirimu insan mulia dan juga kekasih ALLAH..

sedikit kisah yang telah dijanjikan pada post yang lepas..tentang hebatnya kecintaan saidina Bilal b. Rabah r.a. terhadap baginda RASULULLAH SAW..semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri masing-masing bagaimana dan dimana tahap kecintaan kita kepada Baginda...

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan (sebuah tempat berdekatan Syam) untuk mengurangkan kesedihan dan kedukaan hatinya.

Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh BAGINDA S.A.W. dalam mimpi. BAGINDA S.A.W. berkata: “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.

Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menuju ke Madinah dan terus mendatangi maqam nabi s.a.w. tempat bersemadinya jasad kekasih dan kecintaaannya..Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis, suka dan duka perjuangan bersama nabi S.A.W telah meletakkan cintanya kepada RASULULLAH s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam lipatan memori yang abadi.

Seusai melepaskan kerinduannya kepada BAGINDA S.A.W di persemadian tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi S.A.W, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk dan dicium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada baginda RASULULLAH S.A.W di masjid ini.

oleh kerana tidak mahu menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri melaungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan Nabi S.A.W kepadanya.

berdiri tegak menghadap qiblat....Nafas ditarik sedalam mungkin menyembunyikan sebak di dada…azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.

‘Asyahadu an la ilaha illa Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika BAGINDA S.A.W masih hidup kembali memenuhi serata ceruk dan pelusuk Madinah.

Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah RASULULLAH S.A.W telah dibangkitkan semula?’.

Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama BAGINDA S.A.W.. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan Nabi S.A.W melainkan hari tersebut, dek kerana rindu yang menggunung kepada BAGINDA S.A.W..

Inilah tanda cinta para sahabat kepada RASULULLAH S.A.W yang sukar untuk kita temui dan rasai sekarang.inilah azan pertama dari mulut saidina Bilal r.a selepas kewafatan nabi MUHAMMAD S.A.W dan azan ke-2 di bumi jordan yang telah sya ceritakan di siri ke-2 musafir ilmu...

Pesan Imam Hassan al-Banna:

“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi RASULULLAH S.A.W datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu RASULULLAH S.A.W Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup RASULULLAH S.A.W patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”

‘BAGINDA RASULULLAH S.A.W hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. RASULULLAH S.A.W hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

mampukah kita menjadi seperti mereka???tepuk dada tanyalah iman...semoga semangat dan kecintaan seperti ini akan wujud dan dididik dalam diri setiap individu muslim hari ini...alangkah indah hidup ini jika pemimpin tertingginya adalah RASULULLAH S.A.W..walau tidak pernah menatap wajahmu..kami amat-amat merinduimu YA RASULULLAH..

Muhasabahlah cinta kita kepada RASULULLAH...

musafir ilmu ~siri terakhir~

Bismillahirrahmanirrahim

02/02/2009

Hari ke-5 pengembaraan diteruskan ke maqam Saidina Abdul Rahman Bin Auf Az-Zahry di Jubaihah, Amman…beliau merupakan seorang sahabat yang sangat kaya dan merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan termasuk dalam 10 orang yang telah dijamin syurga untuknya….

Pernah pada satu masa, beliau membebaskan 21 hamba. Dan pada ketika yang lain pula beliau mengagihkan barang dagangan yang membawa 700 ekor unta yang mengandungi makanan kepada orang-orang yang membuat kebaikan. Di akhir hayatnya pula, beliau menghadiahkan 1000 ekor kuda dan 50000 dinar untuk siapa sahaja yang melakukan kebaikan. Begitulah hebatnya kuasa duit…dengan duit manusia boleh jadi takut kepada ALLAH..dan dengan duit juga manusia boleh lari jauh dari nikmat ALLAH…zaman sekarang ni ada lagi tak insan seperti ini...yang sentiasa berfikir dan mengira hartanya yang tidak pernah habis-habis walaupun sudah banyak bersedekah…kalaulah ada…insyaALLAH…dunia akan aman..tiada lagi kemiskinan di mana-mana…

Selepas itu perjalanan diteruskan ke maqam & doreh Nabi Yusya’ bin Nun.beliau adalah anak saudara kepada Nabi Musa..alfata (pemuda) yang disebut didalam surah al-kahfi..dikatakan adalah nabi Yusyak..(cerita selanjutnya boleh cari atau baca di blog mardiah…sory dik..promote blog adik) Subhanallah.. terkejut dengan keadaan maqamnya…terlalu panjang…panjangnya lebih kurang 10meter..memang tinggi dan besar orang dulu-dulu rupanya…tapi bila syeikh yang jaga maqam 2 cerita barula tau yang dieorang pun xpasti kat mana jasad nabi Yusyak ni…sebab banyak sangat pendapat..2 la dibina maqam ni panjang..beliau juga adalah satu-satunya nabi yang boleh tahan matahari..menarik kisahnya..cari tau.. wallahua’lam

On the way ke maqam Nabi Syuaib.. Tiba-tiba ternampak signboard maqam nabi ALLAH…Nabi Ayyub a.s….Alhamdulillah..masing-masing teruja kerana ust dan ammu zaid sendiri pun tak pernah sampai ke maqam tersebut..ust pun berlari ke sebuah rumah untuk bertanya di mana maqam tersebut sebenarnya… Alhamdulillah..kesyukuran kupanjatkan kepada-MU diatas kesempatan yang diberi.. ada 1 pokok yang telah dibakar oleh penduduk kampong..ini kerana pokok itu hidup hampir 1000 tahun..juga dikatakan ada yang memuja atau menyembah pokok tersebut..wallahua’lam….lupa nak Tanya…mesti semua tahu kan kisah Nabi Ayyub???

Berharap sangat sahabat-sahabat yang disayangi tak lupa akan betapa hebatnya ujian dan dugaan yang ALLAH turunkan ke atas nabi Ayyub…bagi sesiapa yang lupa..apa cara sekalipun pohon dicari semula tau..penting untuk kita pada hari ini…sebagai panduan dan menilai tinggi mana tahap kesabaran kita kalau nak di bandingkan dengan Nabi ayyub..bukan setahun dua tapi 18 tahun lamanya bersabar dengan segala macam ujian yang ALLAH timpakan kepdanya…hebatnya kasih dan ketaqwaan beliau…semoga kita beroleh kesabaran yang tinggi sepertinya..ameen..

Hampir jam 10.30 pagi kami tiba di maqam Nabi Syuaib, Kami disambut oleh penjaga maqam, Syeikh Solah.. beliau pernah mimpi, bertemu dengan baginda..wallahua’lam…Nabi Syuaib merupakan bapa mertua kepada Nabi Musa..
Baginda sentiasa mengingatkan kaumnya untuk mengambil pengajaran daripada bala Allah yang timpakan ke atas umat Nabi Luth..sebabnya laut mati dekat je.. mereka tetap ingkar…maka janji Allah itu pasti…ALLAH menyeliputi perkampungan mereka dengan awan tebal, dan Allah hantar angin panas sehingga membinasakan sehingga tiada apa-apa yang tinggal menjadi kesan...

Dalam perjalanan…ust ade ceritakan pelbagai kisah..tiba-tiba ust cakap “kite da terlepas maqam nabi Uzairda la” dah la jalan sehala..mana la boleh nak pusing semula…da la bas pulak…xpela…semoga diberi kesempatan untuk ke sana sebelum terbang pulang ke tanah air tercinta tahun depan….

Kemudian…terus ke masjid Negara..tersergam indah…tapi xleh bawak masuk kamera…huhuhu..sedih…xdapat nak bergambar kenangan disitu…amek dari jauh jela…itupun sudah dikira beruntung..huhuhu

Berdekatan dengan masjid Negara..terdapat The Royal Automobile Museum..mampu tengok je la..rasa-rasanya untuk memiliki salah satu kereta tu memang tak mampu..huhuhu.. cuci mata je la dengan 1001 jenis kereta kat situ.. kebanyakannya kereta zaman King Hussein..raja yang paling lama memerintah…baginda ni merupakan raja kesayangan rakyat (raja berjiwa rakyat)..

Tiba di Rom Teater.. ust terus pergi beli makanan…kami pun apa lagi, terus la menjengah kedai-kedai cenderamata di sepanjang jalan..masing-masing membeli tanda kenang-kenangan untuk dikongsi bersama keluarga tercinta…lepas makan..ust bwk kami masuk..memang takjub..yela, bila berdiri di tengah-tengah dataran ni..semua orang kat dalam tu dapat dengar suara kita tanpa guna microphone pun…memang canggih..tempat ni tempat orang-orang Rom buat persembahan, bermain pedang dan lain-lain la…semua pakat memanjat ke tingkat teratas…bila naik tu xdela masalah sangat..tapi bila nak turun..semua macam budak kecil yang baru pandai berjalan (dapat kaki)…memang lucu..sampai de yang kena gelak je dengan pengunjung lain…huhuhuhu

Balik ke penginapan…berehat,coz malam ni ust dan k.ikin nak belanja makan…jam 8 malam semua serbu bilik k.ikin dan ust tuk makan…(sory, ktorng tolong makan je)…memang best…

03/02/2009

Begitu pantas masa berlalu…diam tak diam hari ni hari terakhirda..sedihnya..tempat first kami adalah Ajloun.. (Kalau sebut Ajloun, memang terkenal la sebagai tempat main salji..). nak buat camna,tahun ni salji tak turun-turun….semuanya perancangan dan takdir Allah..moga-moga dapat la merasa main salji sebelum terbang pulang ke Malaysia…

Turun dari bas terus naik truck khas yang membawa pengunjung ke Qasr Ajloun…tak dan nak panas lagi tempat duduk…da sampai..dekat je..ini adalah merupakan satu-satunya istana atau kubu yang dibina oleh orang islam..iaitu Sultan Izzuddin Usamah pada kurun ke-12.

memanjat ke tingkat atas istana.. boleh Nampak Al-Quds… Tapi samar-samar la..lagipun kabus tebal waktu tu..tambahan pula musim sejuk...dari atas ni juga kita dapat melihat pemandangan hijau terbentang di sekelilingnya..Ajloun dikatakan hutan simpan Negara Jordan…dulu Ajloun menjadi benteng utama bagi laluan di Negara-negara Timur Tengah..ini kerana kawasannya yang amat strategik…

kami terus ke Jerash(Kota seribu tiang). Ini adalah satu-satunya Bandar Rom yang terbesar di luar Negara Italy. Ia juga antara 10 bandar Decapolis yang mana 4 darinya terdapat di bumi Jordan ini dan yang selebihnya wujud di Syria dan Palestin…

Akibat tidakan spontan kami yang membuat video klip nasyid (permata yang dicari~de’hearty~)di tengah-tengah kota seribu tiang ni …tak dapatla kami ke maqam nabi Hud..tak ade rezeki pada kali ini…Insyaallah, lain kali kita akan cuba untuk ke sana ye…ameeenn

Perjalanan yang jauh dan semuanya keletihan…akhirnya semua terlentok nampaknya…huhuhuhu…kami menuju ke Ummu Qais.. batu-batu kat sini kebanyakkannya berwaran hitam….ianya terletak diatas bukit..memang segar sangat udara kat sini..terasa seperti berada di padang ragut yang menghijau…kaki mula terasa sakit..tapi tetap bersemangat ke dalam sebabnya teringin sangat nak tengok bukit Golan dan Tasik Thobari…kerana benda ini menjadi rebutan diantara 3 penjuru..Jordan, Syria dan Israel…sekarang kedua-duanya menjadi milik Israel…sedih kan???

Menurut cerita ust…bilamana yakjut dan makjut keluar nanti…mereka akan minum air tasik Thobari ni sehingga kering…kisah tasik Thobari ini ada disebut dalam hadis..tapi tak sempat tulis pun..kertas da hilang..sapa-sapa yang tahu..bolehlah berkongsi ilmu ye…

Nampak gayanya macam da tak sempat nak ke medan peperangan Yarmouk..sebabnya da nak maghrib waktu tu…insyaallah,semoga diberi kesempatan ke sana satu hari nanti…lepas je makan dan solat…kami terus menuju ke istana kecil kami yang sudah 6 hari ditinggalkan…

Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi..atas limpah kurnia dan rahmat kasih sayang-NYA..diri ini diberi kesempatan menyelusuri dan menambah pengetahuan di dataran Syam ini…banyak lagi ilmu dan mutiara-mutira berharga yang perlu dikutip dalam masa yang berbaki 17 bulan lebih ini…semoga diberi kesempatan dan dipermudahkan segala urusan…
Wallahua’lam..

P/s: sory..gambar-gambar xleh nak upload..internet down skrng ni…lain kali ek.pas2 da banyak yang nak dipostkan tapi internet problem maka disimpan dahulu…internet da ok nanti baru diupdate semula k…

Sabtu, 14 Februari 2009

musafir ilmu ~siri ke-2~

31/1/2009

Musafir ilmu diteruskan pula ke maqam-maqam sahabat-sahabat nabi di wadi urdun (Ghour Syamali)..perjalanan dimulakan dengan bacaan doa kemudian diikuti dengan bacaan mathurat. Semoga perjalanan dan diri dilindungi dari syaitan yang tidak pernah berputus asa melalaikan manusia. Sepanjang perjalanan disaji dengan pemandangan lading limau dan sayur-sayuran yang subur..teruja melihat limau-limau yang sudah masak di pokok-pokok. Terasa diri begitu hampir dengan Palestin yang dijajah (kini Israel) kerana border antara dua Negara ini amat jelas kelihatan….terlalu dekat tapi jauh..hanya doa yang dapat disumbangkan.semoga Palestin akan dimiliki semula…amen.

Maqam pertama yang dituju ialah maqam Saidina Muaz bin Jabal dan puteranya Abdul Rahman Muaz b. Jabal..Saidina Muaz memeluk islam ketika umurnya berusia 18 tahun. Beliau memiliki wajah yang kacak, pemurah, berambut kerinting dan merupakan seorang pemuda yang bijak. Dan nabi Muhammad pernah berkata “orang yang paling mengetahui halal dan haram di kalangan umatku adalalah Muaz ibn Jabal”. Beliau juga termasuk antara 6 orang sahabat yang megumpulkan al-quran di zaman Rasulullah. Beliau meninggal ketika berusia 38 tahun akibat jangkitan wabak taun amwas. semoga ALLAH mengurniakan kami kefaqihan dalam ilmu halal dan haram...

Kemudian kami ke maqam Saidina Amir b. Abi Waqas..maqamnya terletak diperkampungan al-waqas yang dijaga rapi oleh kerajaan Jordan. beliau terkenal dengan tahap kesabaran, keberanian yang cukup tinggi dan tetap pendirian.. buktinya apabila ibunya dapat tahu akan keIslamannya, Ibunya bersumpah akan duduk di bawah terik matahari sehingga beliau kembali kepada ajaran asalnya. Namun beliau tetap dengan pendiriannya.

Maqam ke-3 yang diziarahi ialah maqam Saidina Abu Ubaidah b. Al-Jarrah r.a..beliau adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad yang terawal memeluk islam..antara hadith nabi yang membuktikan kelebihan Syaidina Abu Ubaidah adalah:

1) Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah.

2) Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana adalah Abu Bakar, Uthman b. Affan dan Abu Ubaidah Al-Jarrah

Beliau adalah seorang insan yang amat zuhud, rumahnya hanya ada sebiji mangkuk dan sehelai tikar..untuk digunakan sebagai bekas mengambil wudu’ dan bersolat..beliau layak menerima zakat tapi ditolaknya kerana sifat tawadu’ menguasai dirinya…cukuplah kebahagian dinegeri yang abadi sana sebagai balasan..sungguh hebat dan mulai hatimu…Beliau meninggal dunia kerana jangkitan wabak taun Amwas ketika berusia 58 tahun sebelum sempat memegang jawatan khalifah selepas Umar. Nama beliau telah dicalonkan sendiri oleh khalifah Umar.

Perjalanan diteruskan ke maqam Saidina Dhirar b. Al-Azwar. Beliau adalah seorang penunggang kuda yang hebat dan handal bermain pedang. Kisahnya mahsyur bersama adiknya Khaulah Al-Azwar..seorang srikandi islam yang begitu hebat di waktu itu. Berusaha berhabis-habisan untuk menyelamatkan abang yang dicintai sepenuh jiwa yang menjadi tawanan pihak musuh dalam peperangan yarmouk..Khaulah berpakaian seperti seorang tentera muslimin sehingga tiada siapa yang mengenalinya..hebatnya kecintaan seorang adik yang telah diajar segala ilmu peperangan oleh seorang abang dan beliau berjuang tanpa rasa gentar demi abangnya dan juga untuk agama islam tercinta…Subhanallah.Saidina Dhirar juga terkena jangkitan taun amwas sehingga beliau meninggal.

Kemudian kami terus ke masjid untuk solat. Di masjid itu juga terletaknya maqam sahabat nabi iaitu Syaidina Syurahbil B. Hassanah r.a…beliau terkenal dengan ketaqwaan, keberanian, kecerdikan dan berlaku adil untuk memutuskan sesuatu hukum. Antara peperangan terbesar yang disertai oleh beliau ialah peperangan yarmouk dan peperangan pembukaan Baitul Maqdis. Beliau juga wafat akibat terkena jangkitan taun amwas…

setiap kali ke maqam-maqam sahabat dan nabi-nabi, hati akan terasa sebak dengan pengorbanan mereka…dan akan terasa sayu untuk meninggalkan kerana tidak tahu apakah aka n ada kunjungan buat kali ke-2 da seterusnya…semoga diberi kesempatan seperti itu…wallahua’lam.

Perjalanan diserikan dengan cerita dan tazkirah yang disampaikan oleh adik fakhrul..memang best sampai semua lentok…huhuhuhu…maaf dik ea..ammu zaid menunaikan janji yang telah dipatri…membawa kami ke laut mati…turun ke tepi laut dengan membawa makanan…lepas menjamu selera barulah turun ke gigi air..cuba merasa kemasinan airnya…YA ALLAH..memang masin hingga menjadi pahit..dahsyat sungguh azab ALLAH..merenung ke tengah lautan sambil bermuhasabah diri sendiri dengan nikmat dan azab ALLAH…Astghrafillahulazim..

Akhirnya rancangan yang main-main menjadi kenyataan apabila ust menunaikannya…huhuhu…pi main bowling kat Mukhtar Mall…ust pun join gak…memang best sangat-sangat..riuh-rendah la…biasala kalau da main memang tak ingat la…tak tahula mana yang lagi banyak.. straight ke longkang…huhuhuhu…kami balik menaiki cooster sebabnya ammu zaid da balik..penat melayan kerenah kami…penuh 1 cooster tu dengan kami aje..memang seronok sangat..yela, ust yang belanja..memang la seronok..huhuhu..syukran ust…jasamu dikenang..

balik je apalagi semua la melepek je kat atas sofa..lepas je makan, solat semua tidur, penat sangat…….semoga mimipi-mimpi indah menemani tidurmu...zzzzzz


01/02/2009

Hari ke- 4.. Kami meneruskan lagi pengembaraan.. Pengembaraan pada pagi ni agak jauh, lebih kurang 2 jam perjalanan…kami menuju ke Azraq, di negeri Zarqa’. Ada 3 qusur di sana yang hendak di tuju..

Kami tiba Qasr Al-Azraq lebih kurang 10.45 pagi..Kubu ini yang dibina daripada batu-batu dari Byzantine. Subhanallah, memang hebat senibina orang zaman dahulu kala…sebelah pintu sahaja beratnya 1 tan..memang agak susah untuk kami membukanya..tapi bila da ramai-ramai pakat tolak..alhamdulillah..akhirnya Berjaya..kami memerlukan hampir 10 orang untuk menggerakkan 1 pintu..tetapi penjaga qusur ini hanya memerlukan 1 jari untuk membukanya..cukup berbeza kekuatan orang-orang melayu dengan orang-orang arab...kubu ini dibina tanpa penggunaan simen…Cuma menggunakan tanah liat sahaja, tapi ianya masih boleh berdiri megah hingga ke hari ini..

Kami dibawa naik ke bilik Thomas Steward Lawrance…beliau adalah salah seorang pesuruhjaya British ketika pemberontakan Arab menentang kerajaan Turki Uthmaniah pada 1 ketika dahulu... berjaya menjadi lagenda kerana memihak kepada bangsa Arab dan digelar “Lawrence of Arabia”..

Hampir jam 12 tengah hari kami tiba di Qasr Amrah… Tempat ni khas untuk mandian pada masa dahulu... Kat luar bangunan bilik mandian, ada kincir air. Hebat sungguh..takjub dengan kepakaran yang ALLAH kurniakan kepada mereka..Dalam bangunan mandian, banyak ukiran-ukiran di dinding, yang seolah-olah menceritakan kepada pengunjung tentang kehidupan di masa lalu.. cara memburu binatang, cara menangkap ikan…. Pintu-pintu bilik kat sini kecik aje, sampai ade yang masuk dengan membongkokkan badan…huhuhu (tu la tinggi sangat) ianya bertujuan untuk mengekalkan suhu-suhu bilik, lebih-lebih lagi dimusim sejuk..

Lepas tu..perjalanan diteruskan ke Qasr Al-Haranah…sini pulak tempat untuk bermalam aje..memang terdapat banyak bilik disini....ade je pintu yang menyambungkan bangunan 4 segi ini..memang unik..masing-masing sakan bergambar kerana terlalu teruja dengan seni binaanya…lepas je bergambar semua berlari melawan tiupan angin sejuk yang sangat kuat untuk menuju ke tempat bas kerana masing-masing tidak sabar untuk menuju ke Ashabul Kahfi….

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Ashabul Kahfi sebelum pintu ditutup.. tempat 7 orang yang telah ditidurkan Allah selama 309 tahun.ini juga merupakan bukti kita sebagai manusia akan dibangkitkan kembali oleh Allah, dengan jasad dan rohnya sekali! Kisah ini diceritakan di dalam Surah al-Kahfi : ayat 9-26. akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke sini..tempat yang selama ini hanya didengar dan diketahui kewujudannya..tempat yang amat dekat dihati..subhanallah..aku bersyukur atas nikmat usia dan kesempatan yang telah KAU berikan...

Kisah Ashabul Kahfi ni juga adalah bukti kepintaran Saidina Ali..apabila datang 3 orang pendeta Yahudi menemui Saidina Umar dan bertanyakan pelbagai soalan..jika segala pertanyaan dijawab dengan tepat..mereka berjanji akan memeluk agama ISLAM... Antaran soalan yang ditanya..

1) Sebutkan 5 benda yang hidup tanpa ibu bapa..

2) Apakah dia kubur yang berjalan..

3) Apakah makhluk yang dapat bagi peringatan tapi dia bukan manusia, atau jin.


Ada lagi soalan lain..tapi terlupa (kalau ada sesipa yang tahu boleh maklumkan kepda sya ye..) Saidina Umar adalah seorang yang amat jujur..buktinya..segala persoalan itu tidak diketahui akan jawapannya..maka tanpa rasa malu beliau menjawab..‘AKU TIDAK TAHU’...

Bersamanya ketika itu ialah Salman al-Farisi, beliau terus lari mendapatkan Saidina Ali. “ wahai Saidina…Selamatkan agama kita..”. maka saidina Ali terus ke rumah saidina Umar untuk menjawab segala persoalan pendeta tersebut..


ALHAMDULILLAH..segala jawapan yang dimahukan ada bersama saidina Ali..jawapan pada persoalan…

1) Adam, Hawa, unta Nabi Soleh

2) Apabila nabi Yunus ditelan ikan nun dan dibawa mengelilingi 7 lautan..

3) Semut Nabi Sulaiman yang mampu bagi peringatan.

Apabila mendengar semua jawapan..2 orang pendata terus mengucap syahadah, tapi ada seorang yang masih tidak berpuas hati. Kemudian Saidina Ali diminta menceritakan perihal Ashabul Kahfi. Memang terbukti kecerdikan dan kebijaksanaan Saidina Ali, kerana beliau menerangkan apa yang dirasakan terlalu remeh untuk diketahui.. contohnya kebesaran istana, susunan kerusi dan peralatan dalam istana, berapa permata yang ada di mahkota raja..memang best kisahnya.. Rupa-rupanya 6 pemuda dari 7 Ashabul kahfi ini adalah pembesar Raja Diqyanus…dalam kalangan pembesar dan cerdik pandai pada zaman itu..mereka ni adalah pembesar yang sangat taat pada raja, ini kerana raja Diqyanus tu tak pernah menghadapi masalah kesihatan pun,,,tetapi apabila raja Diqyanus dapat berita yang salah 1 daripada tanah jajahannya telah dirampas…die pun jatuh dari tahtanya kerana teramat sedih..terus 6 pembesar tu terfikir; yang mana mesti ada 1 kuasa lain yang lebih hebat dan tinggi dari raja mereka.(ALLAH)

Setelah kata putus diambil..mereka pun melarikan diri dari istana tersebut..tiba-tiba mereka terjumpa seorang pengembala kambing dan menceritan apa yang terjadi dan mereka mahu mencari kebenaran wujudnya TUHAN selain raja Diqyanus.. pengembala itu pun menyertai 6 pembesar tadi..diriwayatkan itulah Ashabul Kahfi yang ke-7..walluhua’lam. Pengembala tadi membawa anjing bersama mereka.walaupun pada mulanya 6 pembesar tersebut tidak bersetuju…tapi apabila dengan tiba-tiba anjing tu berkata “aku akan jadi pelindung kamu disepanjang perjalanan ini”.itulah yang dipercayai qithmir yang mulia..satu-satunya anjing didunia ini yang akan masuk ke syurga ALLAH..

akibat keletihan mereka berhenti rehat di dalam sebuah gua, akhirnya semua tertidur keletihan…disangkanya tidur sehari atau setengah hari..tapi rupa-rupanya 309 tahun lamanya mereka ditidurkan..HEBAT sungguh perancangan ALLAH..

Oleh kerana kelaparan salah seorang pembesar yang bernama Tamlikha keluar untuk membeli makanan. Keadaan menjadi asing padanya apabila kalimah LAILAHA ILLALLAH dan penduduk disitu semuanya berpakaian sopan seperti muslim...rupa-rupanya agama Islam telah tersebar di negara itu...keadaan bertambah pelik apabila penjual roti bertanyakan soalan yang bukan-bukan..ini kerana duit yang digunakan olehnya adalah duit zaman dulu..penjual tersebut membawanya meghadap raja kerana dikatakan menjumpai dan menyorokkan harta karun..Akhirnya kebenaran tetap di pihak yang benar.. dan semua orang percaya, 7 pemuda yang telah ditidurkan ALLAH sudah dibangunkan kembali..

Raja dan pembesar ke gua tersebut..Tapi Tamlikha meminta mereka menunggu sebentar di luar kerana bimbang akan mengejutkan sahabat-sahabatnya yang lain pula.. Tamlikha dan 6 yang lain terus memohon doa pada Allah supaya tidurkan dan dighaibkan mereka semua dari pandangan manusia demi kemaslahatan semua pihak..…permintaan mereka telah dikabulkan dan mereka akan dibangkitkan untuk bersama-sama dengan perjuangan Imam Mahdi kelak..wallua’lam..

Destinasi terakhir hari ini menziarah ke maqam Saidina Bilal bin Rabah..tapi ianya bukanlah doreh... Dikatakan di sinilah salah 1 daripada 2 tempat yang Saidina Bilal melaungkan azan selepas kewafatan Rasulullah. Ini kerana kesedihan yang teramat sangat dengan kewafatan kekasih ALLAH itu…dan Saidina Bilal berazam tidak ada lagi azan dari suaranya selepas kewafatan Rasulullah. Disebabkan kelantangan dan kemerduan suara Saidina Bilal, azan tersebut mampu didengari sehingga ke al-Quds…segalanya atas kehendak dan kurnian ALLAH...

Mesti kawan-kawan tahu kan dari mana datangnya gelaran bilal yang masih digunakan pada hari ini bagi muazzin di masjid-masjid dan surau-surau...tentunya dari nama Saidina Bilal b. Rabah ini sendiri…

Alhamdulillah. .pengembaraan pada hari ini berakhir dengan selamat dan tiada sebarang masalah..…ASYKURUKA YA RABB..

Selamat malam semua..huhuhu

Selasa, 10 Februari 2009

musafir ilmu menjelajahi jordan ~siri 1~

Bismillahirrahmanirrahim….akhirmya sempurna sebuah musafir ilmu kembara anak-anak Malaysia..sebuah pengembaraan yang memakan masa 6 hari 5 malam akhirnya Berjaya..jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan pada UST. MOHD SALIHIN B. MOHAMED NASOHA, serta isteri dan putera yang comel (kak ikin & hakim), adik AHMAD FAKHRUL RAZI B. NORIZAN (pljr thn 1 lughah,Syria) atas pengorbanan masa.duit,tenaga dan juga di atas perkongsian ilmu sepanjang perjalanan ini…juga tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada ammu zaid dan srikandi-srikandi seramai 14 org yang mengikuti musafir ilmu ini.insyaALLAH..sya akan catatkan tempat yang kami ziarahi dan serba sedikit apa yang diperolehi dalam musafir ilmu ini..moga-moga ianya dapat memberi manfaat atau perkongsian ilmu antara muslim.


29/1/2009

Seawal jam 4.45 pagi kami memulakan perjalanan dengan bacaan doa semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Kemudian berhenti solat dan terus ke Amman untuk mengambil anak dan isteri ust.kemudian meneruskan perjalanan ke PETRA. Dalam perjalanan singgah sebentar di wadi musa, tempat yang dipercayai mukjizat kenabian yang mana dikatakan 12 air mata air terpancut dari batu selepas nabi musa a.s. mengetuk tongkatnya. Dan dipercayai 7 daripadanya ada di Jordan…wallahua’lam.


Batu yang dikatakan diketuk dengan tongkat nabi Musa a.s.


air yang menyejukkan


Sampai di PETRA buat kali ke-2. Alhamdulillah, kedatangan kali ini memang tidak sia-sia. Mana tidaknya,waktu datang kali pertama dulu main jalan je..tak banyak yang tahu tentang PETRA. PETRA adalah salah 1 benda ajaib di dunia. PETRA adalah perkampungan kaum Tsamud. Kaum ini telah dikurniakan kepakaran dalam memahat bukit-bukau di sekelililng mereka. Tapi kaum ini sombong dengan nikmat ALLAH. Telah diutuskan nabi Soleh umtuk memberi peringatan kepada kaum ini. Mereka telah mencabar nabi Soleh untuk membuktikan kenabiannya. Maka ALLAH telah mengirimkan seekor unta betina. ALLAH telah melarang mereka dari membuat sebarang kejahatan terhadap unta tersebut dan memberi amaran azab ALLAH yang dahsyat jika larangan itu diingkari. Kerana mereka ini kaum yang sombong, mereka telah menyembelih unta itu tanpa pengetahuan nabi soleh, mereka tidak merasa takut sebaliknya mereka mencabar nabi Soleh tentang azab yang akan menimpa mereka. Maka janji ALLAH itu pasti..selepas hari ke-3 meraka dibinasakan dengan kawasan perkampungan mereka dilitupi awan hitam dan diturunkan gempa bumi yang dahsyat sehingga orang luar tidak tahu apa-apa yang terjadi…begitulah pedihnya azab ALLAH…

On the way pulang tu..ust ade tujukkan sebuah rumah kecil berwarna putih…rupa-rupanya disitulah terletaknya maqam nabi Harun..nun jauh dipuncak bukit..


PETRA


Kemudian perjalanan diteruskan ke Wadi Rum. Ia terletak kira-kira 8.5 km dari PETRA..tempat ini juga dikatakan tempat pegambaran filem star wars dan juga the lord of the ring..wallahua’lam..memang menyeronokkan kerana dapat melepaskan rindu dengan menaiki trak merentasi padang pasir…dulu waktu kat IKIP naik trak merentasi hutan untuk sampai ke tapak perkhemahan…memang berbeza…tapi keseronokan menaiki tark jelas terpamer di wajah sahabat-sahabat tersayang..terasa kerdilnya diri bila duduk beramai-ramai di atas puncak batu, berzikir memuji ILAHI dan ciptaan-NYA, sambil menghayati suasana matahari terbenam..petanda berakhirnya siang dan akan malam bakal menjelma..terasa sebak dada apabila membuat panggilan kepada AYAHANDA tersayang (ust kamil b. jamaluddin) di tanah air tercinta, orang yang selama ini banyak berkorban masa, tenaga, duit buat kami, orang yang selalu memberi nasihat-nasihat tentang agama dan kehidupan..perasaan rindu mencengkam hati kami..terasa ingin terbang pulang menatap wajah-wajah yang dirindui..walau jauh di mata kalian dan nasihat-nasihat kalian tetap dekat di hati kami…itulah ujian jiwa yang ALLAH timpakan buat kami di sini sebagai perantau..semoga semuanya akan berjaya melepasi ujian ini…dugaan kecil untuk memantapkan diri..perjalanan pulang dihiasi dengan adegan-adegan melucukan. Tapi biarlah menjadi rahsia peserta musafir ilmu ini sahaja…huhuhuhu





bemain pasir yang amat halus..



Musafir ilmu diteruskan ke Aqabah…kami akan bermalam di sana..akibat keletihan semua peserta tertidur di dalam perjalanan..alhamdulillah, sampai di Aqabah kami diberi perlepsan untuk merayau-rayau di sekitar Bandar sementara ust menyelesaikan urusan penginapan kami..walaupun ada masalah pada mulanya tapi Alhamdulillah kami dapat rumah yang terlalu selesa…rumah 2 bilik untuk 7 orang (3 katil bujang dan 1 katil kelamin) itulah perancangan ALLAH..terima kasih ust sebab bersusah payah untuk keselesaan kami.lepas je makan dan membersihkan diri serta solat semua hanyut dek mimpi-mimpi indah untuk hari-hari mendatang..

30/1/2009

Bangun seawal pagi kerana terlalu teruja untuk pengembaraan di hari ke-2..ust memaklumkan perjalanan akan bergerak pada jam 10 pagi..mula-mula semua semangat nak bejalan-jalan di laut merah tapi bila da siap sarapan semuanya layu dan terpaku di depan television je..Cuma adik-adik medic aje yang ke laut merah…memang teramat jelous..yela..dioerang naik glass boat menyusuri laut merah. Laut yang menenggelamkan firaun dan pengikut-pengikutnya yang mengejar nabi musa a.s. dan orang-orang yang beriman..sungguh hebat kuasa ALLAH..segalanya tak mampu untuk sesiapa pun menandingi kekuasaan-NYA..
kami singgah di perkampungan kaum aykah yang ditukarkan menjadi beruk akibat dari kedegilan mereka yang menangkap ikan pada hari sabtu. larangan ALLAH telah mereka ingkari dan turunlah azab itu kepada mereka.. ALLAH melarang mereka menangkap ikan pada hari sabtu kerana hari itu adalah hari kebesaran bagi kaum yahudi..kemudian kami dibawa mengelilingi bandar aqabah..atas dasar simpati ust dan ammu zaid, kami dibenarkan ke laut merah walaupun tidak termasuk dalam tentatif program..pengalaman menaiki glass boat amat menyeronokkan..almaklumla, masing-masing da lama tak berjumpa dengan laut…memang riuh-rendah la dengan suara masing-masing..maknanya tiada lagi perasaan cemburu di hati terhadap adik-adik medic...huhuhuhu..


Perkampungan kaum Aykah

Laut merah



Dalam glass boat


Ammu zaid membawa kami melalui jalan-jalan yang jarang dilalui oleh kenderaan awam..jalan ini hanya dilalui oleh tentera-tentera dan juga lori-lori sahaja..perasaan agak cuak kerana sepanjang jalan kami dapat melihat border antara Jordan dan Israel…kelibat tentera-tentera juga berada di mana-mana sahaja..tapi setelah dimaklumkan ammu zaid adalah bekas tentera..segala keraguan hilang dengan sendirinya…pemandangan yang indah..melintasi kawasan berbatu, kemudian padang pasir dan kawasan subur yang dijadikan kawasan pertanian di Jordan. Kehadirandan keletah si kecil hakim yang amat comel menghiburkan dan menyerikan perjalanan kami..

Mohd ushom hakim b. mohd salihin


Destinasi kami seterusnya adalah maqam nabi Luth a.s. jalan yang sempit menyukarkan untuk bas mendaki ke atas…kami berjalan selama 20 minit kemudian mendaki 305 anak tangga unutuk sampai ke gua yang dikatakan tempat nabi Luth, anaknya dan pegikutnya yang beriman kepada ALLAH berlindung dari azab ALLAH..nabi Luth diutuskan unutk menyampaikan islam kepada kaum Sadum..kaum yang suka sesama sejenis..tapi kaum ini tidak menerima ajaran yang disampaikan sehinggalah pada 1 hari ALLAH terlalu murka dengan mereka..tidak pernah ALLAH murka sebagaimana hari tersebut..maka ALLAH telah memterbalikkan 7 perkampungan kaum Sadum..maka lenyaplah kaum itu dan tempat tinggal mereka sekali..pada hari ini 7 perkampungan itu telah digelar Laut Mati..murkanya ALLAH sampai ke hari ini tiada seekor pun hidupan di dalam atau di atas laut mati.malah tubuh manusia tidak akan tenggelam jika trun ke dalam lautan ini...semoga kita dijauhkan dari kemurkaan ALLAH..isteri nabi Luth turut terkena tempias azab itu kerana perasaan ingin tahunya terhadap azab ALLAH itu membuatnya mengingkari larangan ALLAH yang tidak membenarkan mereka menoleh ke belakang ketika azab diturunkan..ust ada menunujukkan batu menegak yang dikatakan isteri nabi Luth a.s…..wallahua’lam


Maqam nabi Luth


Batu yang dipercayai isteri nabi Luth a.s.

kerana terlalu ramai pengunjung di laut mati, ammu zaid tidak jadi singgah di situ kerana tiada tempat parking tambahan pula hari tu adalah hari jumaat..memang semua amat kecewa, tapi ammu zaid dan ust berjanji akan membawa kami ke situ pada keesokan hari. Kami terus menuju ke hotel di Amman. 1 rumah ade 2 bilik. Dok 5 orang..memang best…malam tu memang masa untuk kami berehat sepuas-puasnya..menonton television lepas tu seorang demi seorang syahid…menyulam mimipi indah untuk hari esok..huhuhuhu

*cinta sejati menyembuhkan bukan menyakitkan..
yang terpendam, hapuskanlah..jangan membarah, yang ditangisi, lupakanlah... jangan dikenang,
yang dikesali, maafkanlah.. jangan difikir lagi,
kunci bahagia RUMAH kita..
pendamlah keimanan & ingatan manis,
kenangilah tangisan syukur,
semoga cinta terus dalam REDHA ILLAHI*

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP