~BINGKISAN HATIKU~

"sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cintaku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu terus saja menuliskan..
kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta, akal terbaring tidak berdaya, bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur..
cinta sendiri yang mengubah CINTA"
~عندما يسبيح الحب~

Sabtu, 27 Ogos 2011

~pinjaman & kehilangan yang tiada ganti~

bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk terus menulis disini..YA ALLAH..berat betul dugaan yang diberikan buat kami sekeluarga..20 & 21 Ogos 2011..tanggal yang tidak akan dilupakan...

tidak ku sangka lambaian dan semyuman itu adalah yang terakhir..mereka pergi meninggalkanku tanpa sebarang penyakit..pedihnya hanya DIA yang tahu..

SABTU

5.00 = waktu sahur...selalunya aku hanya bersahur dengan segelas air milo panas & kurma sahaja...tapi pagi tu aku makan nasi bersama mereka..rupanya itulah kenangan makan bersuap dari abah & mak buat kali terakhir..

abah: "adik..makan bagi perabih lauk ni...petang ni tak de orang lalu makan dah" mak: "haah dik..makan banyak-banyak ye..meh mak suapkan..lama tak suap adik" dan aku...hanya mampu tersenyum waktu itu..awal pagi lagi kan...=)

6.15 = kebiasaannya abah akan ke masjid berjemaah subuh disana..tetapi pagi itu, dia hanya solat dirumah...lama abah termenung di atas sejadah..aku yang baru naik dari mengambil wuduk pelik melihat kelakuan abah..abah jarang termenung jauh sebegitu..usai solat subuh, dan aku lihat..abah masih begitu..aku terus menegur abah..cadangnya mahu menyakat abah...

aku: "abah nape ni???haaaa..ingat kat sape tu bah???"

lantas abah mengangkat wajahnya memandangku sayu..dan aku lihat dimatanya ada kesan basah & air matanya masih bergenang...

abah: "ntahla dik...abah rasa xsempat je nak jadi wali tuk adik & k.teh...tapi nasib baik abah dah kenal imam muda adik" lantas menguntumkn senyuman yang dipaksa buatku..

aku: "ishhh abah ni..ape cakap camtu plak...insyaALLAH xde ape-ape la" jawapan sebab nak cover malu..boleh pulak abah gunakan gelaran imam muda yang diberi oleh anak saudaraku..aku terus berlalu masuk ke bilik..

aku: aikkk...mak tido ke??selalunya mak xtido lepas subuh..terus niat untuk menyakat mak datang...hahaha..terus menggeletek kaki mak yang terjuntai dari katil..mak terkejut akibat kegelian..misi berjayaaaa...akibatnya sya pula menjadi mangsa mak..akhirnya tertidur keletihan dalam pelukan mak..owhh..itulah yang terakhir...

8.15 = aku yang diluar rumah memanggil mak yang sedang bersiap...
aku: "mak, oooo mak...mak ikut abah x ni???kang kena tinggal baru tau" mak: "abah mana boleh tinggal mak...mestilah mak ikut..mana abah ade situlah mak ada..mana abah pergi, mak pun akan pergi'

8.30 = mereka (abah, mak, abg ipar & anak saudara) keluar menaiki van yang dipandu arwah abah menuju ke temerloh pada perancangan asalnya..tapi dibatalkan saat-saat akhir kerana barang yang dicari, ada dijual di kedai kawasan jengka.

abah: "babai dik..assalamualaikum" abg: : "babai acu,,nanti kita jumpa lagi" mak hanya tersenyum..senyuman yang mampu menenangkan jiwa ini...

9.30 = abah menghantar abg iparku kembali ke rumah kerana dia tidak mahu bersama mengikut ke bandar jengka untuk membeli persiapan raya.

9.45 = abah, mak & abg (anak saudara) keluar semula ke bandar jengka...

11.30 = dalam perjalanan pulang ke rumah...mereka singgah di rumah p.long ku di jengka 16..melihat abah dalam keadaan mengantuk, p.long mempelawa abah untuk tidur di rumahnya dahulu..tetapi abah menolaknya dengan gurauan.."tak boleh long..aku kena balik tidur kt jengka..takut tak sempat kang"...lantas die memeluk p.long ku seeratnya seperti memberitahu masanya sudah hampir sampai..

12.00 = van yang dinaiki abah, emak & abg bergerak meninggalkan rumah p.long..lagi 600 meter dari jengka ku, van yang dipandu abah itu dikatakan terbabas dan termasuk sedikit ke jalan bertentangan dan akhirnya bertembung dengan lori yang amat laju dari arah bertentangan...van terpusing 180 darjah..abah tersepit ditempat pemandu..mak terpelanting keluar dan dilanggar oleh van rusa pula..abg tercampak dari tempat duduk belakang ke bahagian depan..

12.15 = itulah yang tercatat di sana..abah & abg meninggal di tempat kejadian..manakala mak pula dikejarkan ke hospital ke hospital jengka kerana keadaan yang sangat parah. bomba, polis,ambulans dan orang ramai datang memberi pertolongan..dikatakan waktu itu, keadaan lalulintas sangat sesak..kawan-kawan abah & mak ada yang pengsan, ada yang meraung, ada yang memandang tanpa reaksi...ya..siapa yang tidak terkejut..mereka pergi dalam keadaan yang sangat sihat..tetapi itulah janji ALLAH dengan mereka..

12.30 = aku yang sememangnya berada di bandar jengka bersama jiranku terus dihantar ke hospital jengka tanpa apa-apa penjelasan..bingung dengan sms yang masuk bertalu-talu mengucapakan takziah..akhirnya aku menghubungi abg iparku..

aku: "a.mamat..mak abah mana??" a.ipar: "adik kat mana ni??'' aku: "kat hospital jengka ni ha...nape adik dapat banyak sms ucap takziah ni??" a.ipar: "sabar dik..mak abah & abg accident ni..adik uruskan mak kat sana ye.." aku: "abah & abg mana?teruk ke accident tu?" a.ipar: "adik jangan tanya da ye...abah & abg, biar a.mamat uruskan...adik uruskan mak je kat sana ye"
aku terus menghubungi semua abang dan kakak..rupa-rupanya semua sedang bergerak balik..semua mendoakan yang terbaik..sepupuku datang ke hospital sebaik mengetahui berita itu..tiba-tiba keluar seorang doktor bertanyakan waris kepada mak..sya terus kehadapan kaunter..aku diberikan surat penukaran hospital untuk ditandatangani..keadaan mak yang kritikal menyebabkan mak terpaksa dihantar ke hospital temerloh (HOSHAS)..seorang jururawat keluar membawa cincin & handphone mak untuk diserahkan kepadaku..cincin itu kemek sedikit..terus ku sarung ke jari..semoga cincin ini mampu menguatkan aku meneruskan ayunan langkah kakiku saat itu..aku tidak dibenarkan menaiki ambulans bersama mak..sepupuku terus menawarkan diri untuk menghantarku ke HOSHAS..

didalam perjalanan, kami berselisih dengan kereta polis, bomba dan ambulans..tanpa aku ketahui..rupanya didalam itulah adanya jenazah abah & abg..kemudian berselisih pula dengan truck yang membawa van abah..melihat keadaan van yang remuk begitu..hatiku pilu..dalam hatiku memanjat kesyukuran...syukurlah hanya mak yang teruk ketika ini..menghubungi abang buat kesekian kalinya..barulah diberitahu bahawa abah & abg sebenarnya sudah tiada..pandanganku gelap..hancur segala harapan..musnah segala kekuatan..cincin perkahwinan mak & abah yang tersemat dijariku kukucup lama..menharapkan segalanya mimpi sahaja..kepada si dia yang jauh diperantauan, terus dikhabarkan berita duka ini..

setibanya di HOSHAS..mak ditempatkan di zon merah..ramai rakan taulan mak abah sudah tiba disana..pihak hospital jengka menghubungiku meminta kebenaran untuk post moterm jenazah abah.. aku tidak mengizinkannya walaupun diminta beberapa kali.. keputusanku muktamad..sekali mereka menyentuh abah untuk tujuan itu.. dimahkamah lah kita akan berjumpa...

lebih 45 minit menunggu..akhirnya aku dipanggil untuk melihat keadaan mak..sebelum itu, aku diterangkan tentang keadaan mak ketika itu..tangan sebelah kanan mak patah, pendarahan yang teruk dikepala, kecederaan yang teruk dibahagian mata kanan...dengan langkah yang longlai..aku menuju ke katil mak..aku tidak dibenarkan ke bahagian kanan tubuh mak...

aku mencium kakinya yang pucat..mohon dihalalkan segala susah payahnya dia membesarkan ku selama ini..menghalalkan setiap percikan keringatnya sewaktu melahirkanku..menghalalkan setiap titisan susuannya terhadapku..menghalakan segala-galanya buatku..mengampunkan dosa-dosaku terhadapnya juga redhakanlah aku sebagai anaknya..kaki itu bergerak semasa aku mengucupnya..ku harap gerakan itu menandakan segala permintaanku itu dia halalkan dan redhakan..mak masih memberikan tindak balas sewaktu aku menyentuh bahunya..ku bisikkan kata-kata semangat untuknya..ku alunkan selawat dan salam juga kalimah syahadah ditelinganya..juga kubisikkan pemergian abah dan abg ketelinganya..aku meminta izin darinya untuk pulang ke rumah sekejap untuk menguruskan jenazah suami dan cucunya..air matanya mengalir perlahan..aku meninggalkan HOSHAS dengan langkah yang lemah meredah gerimis dipetang itu..

setibanya di jengka, aku dan adik-beradikku menunggu jenazah di masjid..ramai orang yang sudah menanti dari jam 4.oo petang, walaupun sudah dimaklumkan jenazah akan tiba jam 5.30 petang..suasana petang itu sangat suram diringi gerimis petang seperti sama-sama menangisi pemergian mereka..

17.15 = 2 kenderaan jenazah masuk ke perkarangan masjid..kakak-kakakku terus memandangku meminta penjelasan..rupa-rupanya mereka tidak dimaklumkan dengan kematian abg..suasana bertambah pilu ketika itu..semua meraung melepaskan segala yang kesedihan yang terbuku..

selepas solat jenazah, kami diberi kesempatan melihat dan mencium arwah buat kali terakhir..bagaikan tidak percaya mereka sudah tiada kerana seperti melihat abah & abg tidur tenang sambil tersenyum..wajah itu panas lagi sewaktu dikucup..tanda hangatnya kasih sayang yang telah diberikan selama ini..kaki dan tangannya kukucup memohon kemaafan dan keredhaan darinya..bezanya kali ini, tiada lagi tindak balas dari tubuh itu..melihatnya tersenyum begitu..aku cuba menguntumkan senyuman paling indah buatnya..pergilah abah, adik akan baik-baik saja, jangan risaukan adik ye..semoga kalian tenang disana..

18.00 = mengiringi jenazah ke perkuburan..

18.15 = jenazah dibawa turun...abah & abg disemadikan bersama di dalam 1 liang lahad yang sangat besar..ini kerana penggali kubur tersalah maklumat..mereka menggali kubur itu untuk 3 orang..masing-masing kerisauan andai terpaksa bergelap dan masa berbuka pula kurang dari 1jam..

19.00 = alhamdulillah...segala urusan pengkebumian mereka dipermudahkan..selesai urusan pengkebumian dan talkin..sewaktu talkin dibacakan..ramai yang tertunduk mengalirkan ari mata..aku tidak tahu siapakah abah & abg dihati mereka..tetapi melihat mereka begitu, cuma 1 doaku.. semoga air mata mereka itu adalah saksi segala kebaikan yang pernah ditaburkan abah & abg didunia ini..

19.10 = berbuka puasa dirumah jiran..hanya seteguk air yang mampu kutelan ketika itu..itupun kerana sedang menjalani ibadah puasa..terus pulang ke rumah untuk mandi dan solat..mulai saat itu aku sudah tidak punya hati untuk bercakap dengan sesiapa pun..sepatah yang ditanya, sepatah yang kujawab..

20.00 = bergerak ke HOSHAS untuk melihat bonda tersayang..perasaan tidak enak kerana banyak kali menerima panggilan dari HOSHAS tentang keadaan mak..mak dipindahkan ke wad biasa kerana doktor tidak mampu menjanjikan apa-apa..mak menerima alat bantuan pernafasan..keadaan mak sangat lemah..kami masih tidak dibenarkan melawat mak.

22.00 = sahabat-sahabat dunia akhiratku tiba..semangat persahabatan dari mereka mengalir menguatkanku ketika itu..terima kasih sahabat..

24.00 = dibenarkan melawat mak..kami adik beradik dipanggil doktor..dan air mataku mengalir semula..otak mak da mati..hanya jantung yang masih berfungsi ketika ini..jika ALLAH izinkan mak hidup lama..mak akan lumpuh & buta..hancur luluh hatiku, mendengar hakikat itu.. beratnya dugaan ini...saudara-mara dari kedah sudah ramai yang sampai..ketika ini tiada had untuk sesiapa pun masuk menziarahi mak..masuk dan keluarlah jam berapa sekali pun..tiada yang akan marah..aku dan sahabat-sahabat terus setia disisi emak mengalukan ayat-ayat al-quran untuknya..tiada rasa mengantuk sedikit pun..
AHAD

4.00 = bersahur setelah dipaksa oleh kakak dan anak-anak saudara..hanya 3 suap nasi yang berjaya ditelan..terus ke surau menunaikan solat hajat..mengadu segalanya pada DIA..

5.30 = memaksa memejamkan mata juga untuk tenaga disiang harinya..

6.00 = menunaikan solat subuh dan meneruskan bacaan al-quran disisi mak..

7.00 = turun ke lobi HOSHAS membeli pampers buat mak..terlihat muka depan akhbar.."ATUK, CUCU MAUT"...terus mengambil dan membayarnya..terduduk melihat gambar hadapan berita tersebut..

8.00 = ramai kenalan abah mak datang..aku masih disisi mak..biarlah datang beribbu orang sekalipun..aku tidak akan berganjak dari situ..

10.00 = semakin ramai yang menziarahi mak..bilangan makin bertambah..doktor mengarahkan 2 pesakit dihadapan katil mak dialihkan ke wad lain kerana melihat kebanjiran manusia ketika itu..

14.00 = kehadiran insan-insan yang amat ku perlukan ketika itu..terima kasih kerana sudi memelukku, menenangkan aku ketika itu.. "ALLAH uji sya begini kerana DIA nak hadiahkan sya dengan sesuatu yang lebih berharga selepas ini" -umi-...

15.00 = orang ibaratnya tidak pernah surut..masih ramai yang menunggu diluar untuk menziarah..

16.00 = mak kritikal..denyutan nadinya makin lemah..dari abangku yang sulung sehinggalah kepada anak-anak saudaraku bergilir mengucupnya..bergilir membisikkan kalimah syahadah juga redha dengan takdir ini..."pergilah mak, kami redha mak pergi bersama abah & abg"...air matanya turun mengalir kepipi..

17.00 = menghantar k.teh dan 2 orang anak ke lobi..mereka harus pulang untuk meneruskan perjuangan hidup masing-masing..kerana pada keesokkan harinya k.teh menghadapi kertas terakhir untuk semester terakhirnya bagi menggenggam segulung ijazah..manakala 2 lagi anak saudaraku menghadapi trial SPM ketika itu...semoga mereka kuat..

18.00 = perbincangan terakhir bersama doktor

19.00 = keputusan bersama diambil untuk membawa mak pulang ke rumah..berbuka dengan air milo & kurma..alhamdulillah..

22.00 = urusan untuk membawa mak pulang diuruskan setelah disahkan oleh doktor.

22.30 = katil mak disorong keluar dari wad menuju ke ambulans yang menanti di bawah.

22.50 = ambulans bergerak keluar dari HOSHAS menuju ke jengka 17..dalam perjalanan...tiba-tiba nafas mak terhenti..aku terus menjerit

"mak tak boleh..mak tak boleh..anak cucu mak semua tengah tunggu mak kat rumah..mak kena kuat..YA ALLAH...tolonglah..berilah peluang mak untuk sampai rumah sahaja..bagilah mak balik rumah...tolonglah YA ALLAH.."


alhmdulillah..DIA mendengar permintaanku..mak kembali bernafas..aku terduduk kelegaan..syukur yang teramat sangat..

23.20 = sampai ke rumah..dipenuhi oleh sanak-saudara dan rakan taulan mak abah yang datang dari serata tempat..dirumah jiran diadakan bacaan yassin & tahlil untuk abah & abg...aku mengambil keputusan dan meminta doktor untuk membuka alat bantuan pernafasan mak di dalam ambulans.

23.25 = mak diusung masuk kerumah oleh anak menantu dan cucunya, dengan berhati-hati diletakkan diatas tilam yang telah disediakan..

23.30 = maka terputuslah nyawa dari jasadnya..dan dengan itu, berakhirlah lagi satu perjalanan kehidupan seorang hamba-NYA didunia...alhmdulillah..semuanya tenang menghadapinya ketika itu..

ISNIN

2.00 = orang ramai beransur pulang..kami adik-beradik bergilir-gilir merehatkan diri..si dia menghubungiku memberikan semangat yang semakin luntur...aku memejamkn mata dan berharap sangat segalanya adalah mimpi ngeri..dan apabila terjaga nanti segalanya seperti sedia kala..

2.30 = mandi dan solat..terus menemani jenazah mak hingga ke subuh..selepas solat subuh..aku ke rumah jiranku..menumpang kasih dipeha dan pelukan mereka..mohon untuk terus diberi kekuatan..

7.00 = orang ramai kembali memenuhi kawasan rumah..masih disisi jenazah menghabiskan 2 juzuk terakhir..

8.00 = urusan untuk penyediaan kain kafan dan bahan2 untuk memandikan mak dibuat..Datuk Tuan Ibrahim b. Tuan Man datang menziarahi..sugul wajahnya ketika melangkah masuk dan bergenang matanya taktala duduk berdoa dikepala mak..mungkin kerana keakraban mereka, maka beliau terasa dengan permergian ini..

9.00 = Alhamdulillah..aku diberikan pinjaman kekuatan dari-NYA..akulah yang terlibat sepenuhnya daripada urusan mandi hingga mengkafankan jenazah..seorang demi seorang anak, menantu, cucu, adik-beradik mak, anak-anak saudara mak abah mengucup wajah itu buat kali terakhir..dan diakhiri olehku...tersenyum wajahnya..dan ramai mengatakan wajah mak persis wajah abah..tenanglah mak disana..

11.00 = dibawa ke masjid untuk disolatkan..alhmdulillah..ramainya kenalan jauh dan dekat mak abah datang..

11.30 = jenazah dibawa ke tanah perkuburan...

12.30 = segala urusan selesai akhirnya..melangkah dengan perasaan yang bercampur baur meninggalkan pusara insan-insan yang disayangi itu..
YA ALLAH...aku bersyukur di atas nikmat-MU yang sangat bernilai ini..terima kasih kerana meminjamkan aku ibu bapa & anak saudara sehebat ini..mereka adalah sebaik-baik pinjaman..YA ALLAH kau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil..kumpulkanlah kami disana nanti YA ALLAH..tenang dan redhakanlah hati kami sebagaimana tenang dan redhanya mereka ketika menyambut kelahiran kami dahulu..jadikanlah kubur mereka seperti taman-taman syurga-MU..peliharalah mereka dari seksa kubur, perluaskanlah, perindahkanlah dan terangilah kubur mereka YA ALLAH...

#setelah 125 hari kehilangan mereka#


0 ulasan:

*cinta sejati menyembuhkan bukan menyakitkan..
yang terpendam, hapuskanlah..jangan membarah, yang ditangisi, lupakanlah... jangan dikenang,
yang dikesali, maafkanlah.. jangan difikir lagi,
kunci bahagia RUMAH kita..
pendamlah keimanan & ingatan manis,
kenangilah tangisan syukur,
semoga cinta terus dalam REDHA ILLAHI*

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP