~BINGKISAN HATIKU~

"sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cintaku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu terus saja menuliskan..
kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta, akal terbaring tidak berdaya, bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur..
cinta sendiri yang mengubah CINTA"
~عندما يسبيح الحب~

Isnin, 26 Januari 2009

Indahnya Sebuah Ukhwah




"YA ALLAH,jadikanlah aku ini dicintai dalam hati setiap orang yang beriman dan jadikanlah aku ini dicintai dalam hati semua insan. Namun biarlah kecintaan pada-Mu yang lebih UTAMA..." "Jika dikata embun pagi itu suci, suci lagi sebuah Pengorbanan & keikhlasan. Jika dilihat pulau itu indah, indah lagi sebuah pertemuan. Jika dirasa mutiara itu bernlai, bernilai lagi sebuah persahabatan" "Apabila kau berTEMAN, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau mungkin menjauhinya. Andainya kau ingin berTEMAN, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin memftnahnya. Andai kau ingin seorang TEMAN, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak menceriaknmu, kau mungkin menyalahkannya, Andai kau inginkan SAHABAT, terimalah dia seadanya kerana dia juga insan biasa, banyak perkara memerlukan pengorbanan...InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat" "Persahabatan adalah satu pertalian yang amat ISTIMEWA, keikhlasan seseorang membuat kita SUKA padanya, kejujuran seseorang membuat kita SETIA padanya, kesetiaan seseorang membuat kita SAYANG padanya, dan kehilangan seseorang, membuatkan kita akan kehilangannya untuk selamanya" "UKHWAH yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih, ada awal tiada penghujungnya, dicipta untuk MENGINGATINYA, dibahagi untuk CINTANYA, diratib demi REDHANYA" "Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang... Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada. Hidup tidak perlu terlalu sempurna, tidak perlu terlalu kaya, tidak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi. Persahabatan yang SEJATI akan membawa KERINDUAN yang ABADI. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita...oleh itu hargailah ia"

0 ulasan:

*cinta sejati menyembuhkan bukan menyakitkan..
yang terpendam, hapuskanlah..jangan membarah, yang ditangisi, lupakanlah... jangan dikenang,
yang dikesali, maafkanlah.. jangan difikir lagi,
kunci bahagia RUMAH kita..
pendamlah keimanan & ingatan manis,
kenangilah tangisan syukur,
semoga cinta terus dalam REDHA ILLAHI*

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP