"Suburkan kembali kecintaanmu"
assalamualaikum..agak lama medan yang telah daku ciptakan ini dibiarkan sepi tanpa apa-apa pengisian baru, bukanlah ketandusan idea..tapi banyak masalah yang tidak dapat dielakkan..utamakan mana yang lebih utama..itulah pesan guruku..akhirnya malam ini diizinkan juga oleh YA RABB untuk jejari yang dikurniakan ini mengetuk papan kekunci membentuk patah-patah perkataan yang akhirnya menjadi ayat yang sempurna dan mudah difahami..Subhanallah..begitu tinggi dan hebatnya kurniaan yang diberikan..artikel yang akan dikongsi bersama ini sebenarnya sudah lama dalam simpanan, walaupun hari kelahiran Baginda sudah lepas, tapi kita masih berada dalam bulan yang mulia ini..semoga sama-sama kita mengambil manfaat darinya..~suburkan kembali kecintaanmu~
ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang amat bijak bermain dengan intonasi suara, emosi dan hati kami amat memberikan impak yang besar..rasanya keseluruhan dewan dihujani air mata kasih dan rindu yang menggunung terhadap insan itu...insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, kehidupan, kemewahan dan segala-galanya untuk umatnya..pengorbanan dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada kita..sehingga ke detik-detik penghujung nyawanya masih mampu memikir dan menyebut.."UMMATI..UMMATI...UMMATI" ungkapan itu tidak lekang dibibirnya..malah sanggup meminta segala keperitan sakaratul maut yang akan menimpa umatnya diserahkan dan digalas diatas bahu baginda...sanggupkah kita berkorban seperti itu???SANGGUP???hanya insan hebat sepertinya mampu berkorban segala-galanya..mulianya hati insan yang bernama MUHAMMAD S.A.W. rasul dan juga nabi akhir zaman..penutup segala nabi dan rasul..
sia-sia lah hidup kita jika dalam sehari tidak ada langsung selawat dan salam ke atas baginda..masing-masing cuba muhasabah diri kita..ada atau tidak rasa getaran atau sebak yang bertamu di dada apabila mendengar pengorbanannya...tidak guna air mata darah sekalipun di dewan pada waktu itu, jika tidak dilakukan atau diamalkan segala yang tips-tips ust fakhrulrazi curahkan..biarkanlah dan juga biasakanlah hati dan fikiran kita basah dengan zikrullah dan selawat ke atas insan mulia itu...setidak-tidaknya setiap waktu kita tidak melupakannya walaupun kita sibuk dengan hal dunia.."tegakkanlah negara islam di dalam diri kamu, nescaya ia akan tertegak di atas tanah air kamu"..(Al-Imam Hassan Al-Hudhaibi)saudara yang dimaksudkan disini didalam bahasa arabnya adalah golongan ikhwan..mampukah kita menjadi ikhwan tersebut..yang amat baginda rindui,yang amat bererti dalam hidupnya...mampukah kita?? pertanyaan ini biarlah daku tinggalkan untuk kalian sendiri menilainya..hanya diri sendiri mampu menjawabnya..
kerana, sesuatu kejayaan itu tidak datang bergolek..maka kita yang harus berusaha..bak kata imam asy-syafie.."berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu datang selepas kepayahan..janganlah berdukacita kerana hidup inimeletihkan..sebab demikianlah hidup ini diciptakan"..fikir-fikrlah sendiri..kesenangan dan nikmat yang dikecapi hari ini atau di negeri yang kekal abadi yang lebih didambakan..
~renung-renungkan..dan selamat beramal~
P/s: jom sentiasa suburkan kecintaan pada haknya..bukan waktu maulidur rasul je..





0 ulasan:
Catat Ulasan